Wanita diminta jadi Doraemon? Ini fakta penting tentang Doraemon

F1
Wanita diminta jadi Doraemon? Ini fakta penting tentang Doraemon

Semalam orang ramai kecoh dengan cadangan Kementerian Wanita dan Keluarga (KWK) untuk para wanita sepanjang tempoh Perinta Kawalan Pergerakan. Pesanan itu diberikan kepada semua wanita, sama ada suri rumah atau mereka yang bekerja dari rumah.

91705302 2961666203854242 5354473730070282240 N
Hantaran yang buat orang ramai marah. Via MalaysiaKini

Dalam siri hantaran di Instagram rasminya, kementerian tu nasihatkan golongan wanita agar bertolak-ansur, dan tak bergaduh atau menyindir pasangan masing-masing, termasuklah ketika meminta mereka membuat kerja-kerja rumah.

“Jika melihat pasangan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kehendak kita, elakkan dari berleter- gunakan perkataan ‘humorous’ seperti ‘cara sidai baju macam nilah sayangku’ (tiru nada Doraemon dan diikuti dengan gelak manja!)”

Following the advice from our Ministry of Women, Family & Community Development…I’ve prepared a short tutorial for the ladies at home 🙂.Here’s what happened in case you’ve not read the latest goss 😂 – https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/03/31/ministrys-mco-advice-to-women-wear-make-up-while-working-at-home-speak-to-s/1851985#tutorial#nadadoraemon

Dikirim oleh Chelsia Ng pada Senin, 30 Maret 2020

Bagi yang dah lupa dengan cerita Doraemon, ia adalah kisah Nobita didatangi oleh sebuah robot kucing bernama Doraemon yang datang dari abad ke-22. Doraemon ni datang untuk tolong Nobita supaya keturunan Nobita dapat nikmati kejayaan dan tak perlu menderita akibat bebanan hutang yang akan terjadi pada masa hadapan disebabkan kebodohan Nobita.

Apabila Nobita gagal dalam peperiksaan di sekolahnya atau diganggu oleh Gian dan Suneo, Nobita selalu datang kepada Doraemon untuk mintak bantuannya. Doraemon biasanya akan bantu Nobita dengan gunakan peralatan-peralatan canggih dari poket ajaibnya.

Via Giphy

Selalunya Nobita akan gunakan peralatan Doraemon secara keterlaluan dan mendapat masalah yang lebih besar. Hari ni kami akan cerita beberapa fakta berkaitan Doraemon yang ramai tak tahu.

1. Nama sebenar Doraemon adalah MS-903, nama Doraemon membawa dua maksud

Ketika dicipta di kilang, nama sebenar Doraemon adalah MS-903, ia adalah kod pembuatan Doraemon. Alah, macam setiap produklah, selalunya akan ada kod untuk merujuk produk itu. Supaya lebih mudah untuk dikenali ramai, robot kucing ni diberi nama Doraemon yang berasal dari dua perkataan dalam bahasa Jepun.

Dora maksudnya kucing liar dan Emon merupakan kata tambahan Jepun yang sering digunakan untuk merujuk manusia atau haiwan yang berjantina lelaki. Cuma maksud perkataan Dora ni jugak boleh membawa erti gong, sebab bentuk tubuh Doraemon yang bulat seperti gong.

2. Berapa jumlah alat ajaib yang ada di kantong ajaib Doraemon?

Kalau tengok dalam poket Doraemon tu, macam takde penghujung je alatan yang dia ada. Semua alatan tu pulak canggih nak mampus, sebab datang dari masa hadapan. Kalau korang pernah terfikir berapa banyak jumlat alatan yang ada kat poket Doraemon tu, jumlahnya adalah 4,5000 alat. Benda yang kami paling nak ada dua – kipas yang lekat kat kepala tu, dan pintu kemana saja.

Kalau ada pintu ajaib tu, tak payah beli tiket kapal terbang untuk travel.

3. 1293 adalah nombor ‘ajaib’ bagi Doraemon, sebab bawak banyak makna pada dia.

Walaupun rakyat Malaysia tak percaya sangat pada nombor ajaib, tapi nampaknya Doraemon ada nombor ajaib atau nombor bertuah – 1293. Sebabnya, hampir semua benda yang ada kat Doraemon terkait dengan angka ini.

Ini bukan Doraemon asli. Via Giphy

Doraemon ada berat badan 129.3 kg, tinggi 129.3 cm, ukur lilit pergelangan tangan dan kakinya 129.3 mm, dan ukur lilit kepalanya dan dadanya adalah 129.3 cm. Doraemon jugak boleh berlari pada kelajuan 129.3 km/jam dan melompat setinggi 129.3 cm ketika dalam bahaya.

4. Tapi mesti ramai yang pelik kenapa Doraemon ni takde telinga

Doraemon ni robot yang berbentuk kucing. Sebagai kucing, Doraemon sepatutnya ada telinga, tapi, kenapa kalau kita tengok dalam cerita Doraemon; dia takde telinga? Kami pun tak tahu macam mana dia masih boleh mendengar.

Dulu sebenarnya Doraemon ada telinga, tapi kedua telinganya rosak ketika menjadi pengasuh bayi Sewashi yang merupakan cicit Nobita dari abad 22. Masa tu ada sebuah robot tikus yang menggigit telinganya dan akhirnya membuatkan Doraemon kehilangan kedua-dua telinganya.

5. Sebenarnya Doraemon ni bukan warna biru, dia asalnya robot yang berwarna kuning

Kalau kita ditanya, Doraemon ni berwarna apa, mesti ramai yang akan jawab dia berwarna biru. Sebenarnya dia pada asalnya berwarna kuning. Macam mana boleh jadi warna biru pulak? Doraemon berwarna biru ada kaitan dengan telinganya yang hilang digigit tikus. Setelah dia tahu bahawa telinganya digigit tikus, Doraemon terus murung.

Oleh sebab tengok Doraemon ni murung, adiknya Dorami berikan ramuan untuk buatkan Doraaemon ni jadi lebih gembira dan lupakan peristiwa dia digigit tikus. Tapi Dorami ni tersalah bagi pulak, dia bagi Doraemon ramuan yang bawak kesedihan.

Setelah meminumnya, Doraemon semakin sedih dan dia pun terus menangis, sehingga warna kuning pada tubuhnya luntur dan jadi warna biru.

Wanita bukan Doraemon atau hamba dalam perkahwinan, dua-duanya kena saling membantu

Sebenarnya konsep meminta wanita melakukan semua kerja di rumah ni adalah konsep yang telah menyebabkan ramai wanita tertindas dan terdedah kepada keganasan rumah tangga. Dalam rumah tangga, seharusnya pasangan saling membantu dan melengkapi satu sama lain. Kalau semua isteri yang kena buat; itu bukan isteri namanya, tapi hamba.

Dwan Rakyat 1 1582853313
Rina Harun. Via MalayMail

Untuk kementerian yang patutnya membantu wanita dan keluarga; diorang tak patut buat jenaka yang tak lawak macam ni. Kami rasa kementerian ni akan jadi kementerian pertama yang bawak liabiliti kepada Perikatan Nasional. Sebab Menteri dan Timbalan Menterinya macam tak tahu apa yang diorang buat dan fungsi kementerian tu.

 

Maklumat berkenaan Doraemon diambil dan disunting dari TribunSolo.com.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top