Asal usul El-Risitas, pelawak yang hasilkan ketawa legenda yang selalu jadi “meme”

F1

Dunia Internet tak pernah tak meriah. Terima kasih kepada kreativiti dan perkongsian netizen, banyak meme-meme yang entah dari mana muncul menghiburkan kita semua. Pernah nampak tak mamat ni?

Via MakeaGIF

Mesti pernah, kan? Walaupun tengok gambar saja, kita boleh terngiang-ngiang macam mana dia gelak terkekek-kekek. Tapi tak ramai yang tahu dia ni siapa sebenarnya. Nama sebenar mamat ni, Juan Joya Borja atau lebih dikenali sebagai El-Risitas (The Giggles). El-Risitas ni seorang pelakon komedi. Jadi tak peliklah kalau dia gelak saja pun dah kelakar. Haha.

Video dia gelak sering dijadikan meme, ini cerita asal yang kelakar dalam kesedihan

Okay, kita dah tahu dah siapa El-Risitas ni. Tapi dari mana pula asal-usul klip video yang dia gelak dalam temuramah tu? Sebenarnya dalam video itu, El-Risitas telah ditemuramah dalam sebuah rancangan televisyen Ratones Coloraos pada tahun 2007. Kenapa dia gelak? Sebab dia cerita pasal satu pengalaman semasa dia bekerja di restoran.

Paella 7100 16x9
Paella, makanan Sepanyol. Kuali yang digunakan ini pula dinamakan sebagai Paellas (Paella Pan).

Kisahnya begini…

Satu malam tu, dia bekerja basuh pinggan mangkuk dan segala jenis periuk belanga. Selepas itu, dia pun turunlah ke pantai untuk rendam 20 biji kuali Paellas. Dia ikat semua kuali tu dan gantung pada kayu yang dipacakkan di tepi pantai. Kiranya macam nak rendam kuali tu dengan air lautlah. Mungkin senang nak basuh lepas tu, kot?

Tapi malam itu, air laut surut lagi. Esoknya bila dia nak pergi kutip kuali-kuali yang dia gantung untuk rendam dalam air laut tu…. tinggal sebiji saja! Yang lain semua hilang sebab air laut naik!

Itu pun dia jumpa kuali tu sebab kuali tu tersepit celah batu!

Bila bos dia tanya, mana kuali-kuali yang dah rendam tu? Dia tunjuk sebiji saja yang selamat. Nak masak Paella macam mana ni, kita ada satu kuali saja?? Tapi beras ada 2 kg. Sudahnya dia dengan bos dia, dua-dua menangis. Paling kejam tu, bos dia suruh dia ganti kuali-kuali tu dengan duit dia sendiri.

Habis gaji dia untuk 19 biji kuali paella…

Kesudahannya, El-Risitas berhenti kerja  sebab dia serik dengan kuali-kuali yang hilang tu.

Macam mana temuramah El-Risitas itu boleh tular? Semuanya bermula di Mesir…

Entah siapa punya kerja yang mula buat meme parody dengan subtitle suka hati tak ikut skrip asal. Biasa tengok tak orang guna babak dalam filem kemudian subtitle merapu? Ya, itulah yang terjadi pada video temuramah ini juga.

7 tahun selepas temuramah ini, pada 2014, tiba-tiba klip video ini tular di media sosial, tapi versi parody dengan subtitle tak ikut skrip. Pada waktu itu, Abdel Fattah Al-Sisi baru naik jadi Presiden Mesir lepas gulingkan Dr Morsi. Kalau anda mengikuti perkembangan di Mesir, mesti tahu yang rakyat Mesir tak nak pun Al-Sisi ni jadi Presiden.

Jadi, netizen di Mesir ni pun macam kita juga, bila tak suka dengan politikus dalam negara, kita troll. Jadi, Ikhwanul Muslimin yang buat parody kutuk Al-Sisi ni dengan klip video El-Risitas ni.

Selepas meme ini tular di Mesir, ia terus popular di Internet. Klip video yang dah lebih 10 tahun pon boleh jadi popular balik sebab kreativiti netizen di alam maya. Haha. Di Malaysia pula, bila GST mula diperkenalkan, rakyat jadi marah sebab harga barang pakat naik. Benda RM10 jadi RM10.60. Pergi ATM nak cucuk duit, kena cas RM1.06.

Walaupun parody ini kelakar dan mengutuk GST, tapi, dalam masa yang sama ia mendidik juga. Sebab masa itu, Malaysia laksanakan GST pada kadar paling rendah kalau nak dibandingkan dengan negara lain. Ada pula yang sembang nak pindah luar negara, padahal tak tahu kat luar GST lagi tinggi!

Dunia Internet tak boleh lari dari budaya meme, parody dan troll

Dunia Internet ni dunia yang terbuka, dunia anarki. Kalau kita sekat macam mana pun, ada banyak cara nak akses kandungan yang dimuat naik di situ. Kalau anda padam blog post pun, netizen masih boleh ‘korek’ di Google dengan setting ‘cached’.

Jadi berhati-hatilah dalam membuat kenyataan, lagi-lagi kalau anda sendiri seorang menteri atau politikus. Jangan menyakitkan hati rakyat. Kalau dulu orang turun berdemonstrasi, sekarang orang hanya perlukan papan kunci untuk troll anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *