Bau stokin dan 3 benda paling annoying dalam pawagam

Bau stokin dan 3 benda paling annoying dalam pawagam

Menonton filem di pawagam adalah salah satu kenikmatan hidup. Tanpa mengira usia, agama dan jantina – kebanyakan orang menjadikan pawagam sebagai tempat untuk mereka berhibur dan menghabiskan masa bersama orang yang tersayang. Paling best kat panggung wayang ni, hampir semua orang boleh tengok wayang. Katakanlah family kalian ambik keputusan untuk bersukan pada hujung minggu tu – tak semua orang boleh bang. Seperti kalimah ‘Islam for all’, pawagam pun for all actually.

Tapi macam di kebanyakan tempat, mesti ada saja orang yang ambil keputusan untuk letakkan otaknya di lutut ketika memasuki pawagam. Baru-baru ni ada lelaki bertindak mendedahkan spoiler filem Avengers: EndGame kepada penonton yang masih menunggu giliran di luar pawagam menyebabkan dia dibelasah sehingga mengalami pendarahan.

Kan dah mendapat. Via TEV

Katanya benda tu jadi di Hong Kong pada 24 April lalu, di sebuah pawagam di Causeway Bay. Otak mana bang? Kan dah berkicap muka. Selain tu ada lagi benda yang lain yang biasanya orang tak ada otak akan buat.

1. Beranggapan pawagam adalah pusat jagaan kanak-kanak

Sebelum tu nak cakap awal-awal; kami tak adalah marah kalau ibu bapa bawak anak-anak datang tengok movie, seperti yang kami cakap tadi – pawagam for all. Tapi yang menjadi masalah adalah kanak-kanak yang tak boleh mengawal diri daripada menjadi superhero, dan sekali-sekala tarzan. Kanak-kanak ni tak salah, sebab memang patut pun mereka berperangai macam tu. Dalam hal macam ni, sifat bangang sepatutnya dikreditkan penuh kepada ibu bapa yang membawa anak-anak tu.

Rasa macam nak hempuk parents dia. Via Tenor

Paling menyakitkan hati apabila kanak-kanak ni dah mula bising sekuat azan di masjid, ibu bapa kanak-kanak tu boleh buat muka selamba badak macam takda benda tengah berlaku. Jadi perhatian kepada ibu bapa yang kaki panggung dan ada anak kecil – pastikanlah anak-anak anda terkawal. Kalau dah mereka buat ragam, bawaklah keluar kerana orang lain nak fokus dengar suara movie bukan tangisan anak anda.

2. Pawagam juga bukanlah pusat berkungfu

Mentang-mentanglah adegan berlawan selalu muncul dalam sesebuah filem, ada juga penonton yang ambil keputusan untuk berkungfu dalam pawagam. Macam mana mereka berkungfu? Mereka akan gunakan kaki untuk menendang kerusi orang yang berada di hadapan.

Ketika dia sedang merasakan dirinya setanding Bruce Lee, dia tak sedar yang orang di hadapan sedang menyumpah-nyumpah kelakuan kungfunya. Dan ahli kungfu pawagam ini adalah antara orang yang paling tak faham bahasa selalunya, jeling berapa kali pun masih tak faham.

Via Tenor

Barangkali mereka perlu dikungfu kot. Jadi bagi mereka yang suka akan aksi-aksi kungfu, ketahuilah yang berkungfu melawan kerusi yang tak bergerak tu bukanlah benda yang patut dilakukan di pawagam. Kalau dah teringin benar nak sepak something, pergilah ambil latihan seni bela diri atau pergi main futsal.

3. Mengadakan diskusi terbuka dan bermain telefon

Kami faham, telefon sekarang ni dah umpama makanan asasi. Pergi mana-mana ke bawa dan main. Tapi kalau rasa berada kat pawagam tu, bagilah telefon bimbit tu berehat. Apa yang paling tak best – ada orang tak silent dan siap berOTP (on the phone) kat pawagam. Kami pun tak tahu kenapa ada orang yang hati kering macam ni. Kalau kebetulan kalian nampak ada orang macam ni dekat pawagam, cepat-cepatlah azan kat telinga kiri dia.

Via NST

Termasuklah juga orang yang adakan diskusi terbuka kat pawagam. Contohnya cerita Avengers: EndGame. Tak apa kalau tak tahu, tapi dalam pawagam bukan masa yang sesuai untuk adakan perbincangan dengan suara nyaring. Kasihanilah orang yang nak menikmati filem. Kalau dah tahu diri tak cukup ilmu untuk menonton sesebuah filem, rajin-rajinlah belajar sebelum masuk pawagam ye.

4. Pawagam bukanlah ruang tamu anda

Setiap kali hari raya, kita akan dengar ungkapan; masuklah, buat macam rumah sendiri. Apabila anda masuk pawagam, anda tentunya tak akan dengar ungkapan macam ni daripada pekerja pawagam. Paling common pun dia akan kata – enjoy the movie. Apalah masalah orang yang datang siap bawak selimut ni? Bila dia datang bawa selimut yang aromanya mampu mengkhayalkan minda penonton. Kalau ganja diharamkan sebab boleh buat orang high, membawa selimut di pawagam juga patut diharamkan!

Via BHarian

Ini belum cerita lagi orang yang datang siap buka kasut supaya bau stokin meresap dalam pawagam tu. Tahulah nak selesa, tapi fikirlah juga keselesaan hidung orang lain. Kalau rasa tak selesa berkasut masa kat pawagam, pakailah selipar awal-awal. Itu pun kami nak ajar ke?

List ni boleh sampai 100, sebab memang banyak

Kalau diikutkan, banyak gila lagi perangai orang kita ketika berada di pawagam. Sebagai penonton kalian kena sedar, ada jugak penonton lain yang bayar tiket sebijik dengan tiket yang kalian bayar. Mereka pun ada hak nak tengok dengan hati yang tenang. Jadi apa lagi perangai orang kat pawagam yang kalian tak suka? Cuba beritahu kami…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top