8 jenis bunga yang indah dipandang, tapi baunya BUSUK…

Titan Arum Blossoms In Kiel

Pada kebiasaannya, kita semua pasti akan beranggapan bahawa bunga merupakan satu benda yang cantik, indah, wangi, mendamaikan dan sebagainya. Tapi, kalau korang nak tahu sebenarnya tak semua bunga mempunyai ciri tu. Ada juga bunga yang berbau busuk dan tidak menyenangkan tau. Kat bawah ni kami senaraikan 8 bunga yang busuk kat dunia…

1. Arum maculatum, tumbuhan berbau busuk yang boleh mengakibatkan keracunan…

Untuk pengetahuan korang, pokok ini juga turut dikenali dengan pelbagai nama antaranya ialah Jack in the Pulpit, Adder’s Root, Wild Arum, dan banyak lagi. Namun demikian, walau apa sekalipun nama yang diberi kepada bunga ini, ramai orang sangat bersetuju bahawa bunga ini mengeluarkan bau seperti najis.

Jack In The Pulpit
Via: britannica.com

Tumbuhan ni banyak di Eropah dan Turki yang mana kebiasaannya akan tumbuh di kawasan hutan. Tumbuhan ini menggunakan baunya yang busuk dan spadiksnya yang berwarna ungu untuk menarik perhatian serangga. Selain itu, tumbuhan ini juga boleh dimakan jika ia dikeringkan dan dimasak dengan cara yang betul. Sekiranya asid oksalik di dalam tumbuhan ini tak dikeluarkan dengan betul ianya boleh mengakibatkan kercunan apabila dimakan. Lebih kurang macam ikan buntal lah.

2. Hydnora Africana, tumbuhan parasit yang berbau najis…

Tumbuhan ni adalah sejenis tumbuhan parasit yang berasal daripada negara Afrika Selatan. Ianya takde klorofil dan tumbuh di tanah kecuali bunganya. Bunga tumbuhan ini juga mengeluarkan bau seperti najis untuk menarik perhatian serangga.

Hydnora Africana
Via: flickr.com

Selain tu, tumbuhan ini juga memerangkap serangga dalam masa yang singkat untuk memudahkan proses pendebungaan. Baunya yang busuk itu dihasilkan oleh osmophores iaitu kawasan yang lembut di sekitar kelopak bunganya. Tumbuhan ini juga menghasilkan buah yang tumbuh di tanah dan mengambil masa selama hampir dua tahun untuk masak.

3. Helicodiceros muscivorus, tumbuhan yang mengeluarkan bau seperti daging busuk…

Kalau korang nak tahu, bunga ini juga dikenali sebagai Arum Lily Kuda Mati. Bunga ini dinamakan macam tu sebab penampilan dan baunya yang sangat busuk. Bunga ni adalah merupakan tumbuhan yang asli daripada Corsica dan kepulauan Balearic di Sepanyol. Tumbuhan ni juga mempunyai bunga yang mengeluarkan bau seperti daging busuk bagi menarik perhatian serangga untuk membantu proses pendebungaan.

Helicodiceros Muscivorus
Via: bunganusantara.com

4. Amorphophallus Titanum, bunga yang mempunyai batang terbesar di dunia…

Bunga ini juga dikenali sebagai Titan Arum, Bunga Mayat atau Bunga Bangkai dan berasal dari hutan hujan Sumatera, Indonesia. Tumbuhan ini merupakan bunga tanpa cabang dan mempunyai batang terbesar di dunia.

Titan Arum1web
Via: id.wikipedia.org

Pada kebiasaannya, bunga ini mungkin hanya akan berkembang sekali sahaja dalam tempoh masa satu hingga 10 tahun lamanya dan ia bertahan sehingga satu hari sahaja. Ketika ia mekar, bunga ini akan menghasilkan bau busuk seperti bau bangkai mamalia. Oleh sebab hal tu, bunga ini telah dikelaskan sebagai carrion flower ataupun bunga bangkai.

5. Dracunculus Vulgaris, bunga yang berasal daripada negara Balkan dan Turki…

Tumbuhan ni mempunyai pelbagai nama lain seperti Arum Hitam, Lily Voodoo, Lily Ular, Lily Busuk dan Arum Naga. Bunga ni berasal daripada negara Balkan dan beberapa bahagian lagi berasal daripada Turki. Tumbuhan ni mempunyai bunga yang cantik berwarna ungu kemerah-merahan tetapi mengeluarkan bau yang sangat tidak menyenangkan.

Ia mengeluarkan bau seperti bangkai untuk menarik ejen pendebungaan. Kini, terdapat beberapa laporan yang menyatakan bahawa bunga ini telah dibiakkan di Amerika Utara.

Dracunculus Vulgaris 14239867pa R
Via: gardenseedsmarket.com

6. Lysichiton americanus, bunga yang busuk apabila mekar…

Tumbuhan ini juga dikenali sebagai Swamp Lantern ataupun Western Skunk Cabbage dan ianya biasa ditemukan di kawasan paya dan raya di Pasifik. Dengan kelopak hijau yang besar, tumbuhan gergasi ini mempunyai bunga berwarna kuning yang mengeluarkan bau sangat busuk apabila ia mekar.

Olympus Digital Camera
Via: bestglitz.com

Bau yang dihasilkan juga agak lama walaupun bunga itu telah kering. Bau daripada tersebut menjadi ejen pemikat serangga bagi membantu proses pendebungaan. Selain itu, baunya juga dikatakan sama spesies dengan tumbuhan Eastern Skunk Cabbage.

7. Rafflesia Arnoldii, bunga yang mempunyai berat sekitar 10kg…

Korang mesti kenal dengan bunga Rafflesia kan? Rafflesia dalah merupakan sebuah bunga tunggal terbesar di dunia dan ianya juga adalah merupakan salah satu bunga yang mempunyai bau yang busuk. Rafflesia sangat cantik untuk dilihat tetapi bukan untuk dihidu. Bunga yang biasanya ditemui di hutan hujan Malaysia dan Indonesia ini mempunyai berat sekitar 10kg dan berukuran tiga kaki diameter.

Bunga Raflesia
Via: majalahkartini.co.id

Bunga ni adalah tumbuhan parasit dan tidak mempunyai akar, daun ataupun batang. Walaupun Rafflesia mengeluarkan bau yang busuk tetapi ianya bukanlah mengeluarkan bau seperti bangkai.

8. Bulbophyllum Phalaenopsis, ada pelbagai warna…

Bunga Bulbophyllum phalaenopsis ini adalah merupakan bunga yang berasal daripada pulau Papua New Guinea dan dikelaskan dalam kategori orkid. Bunga ini biasanya berwarna seperti putih, krim, merah dan ungu.

2829868 94bddfb1 C729 4d21 Bc43 C7a77581ee22 700 700
Via: tokopedia.com

Bunga ni mengeluarkan bau daging membusuk yang sangat kuat bagi tujuan menarik serangga sebagai ejen pendebungaan. Bunga ini merupakan adalah bunga yang paling terbesar dalam keluarganya dengan rentang daunnya yang berukuran sekitar empat kaki lebar. Dan yang peliknya, walaupun bunga ini berbau busuk namun ianya ditanam secara meluas.

Tak semestinya yang cantik dan indah itu akan menyenangkan korang…

Dalam hidup ni, mesti semua orang nakkan benda dan perkara-perkara yang indah sahaja berlaku dalam hidupnya kan? Tapi, korang kena ingat bahawa tak semua benda yang cantik dan indah itu akan menyenangkan hidup korang tau. Macam bunga kat atas tulah, walaupun dia cantik tetapi dia sangat busuk dan tak menyenangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *