Mari kenali Ambrin Buang yang hampir rebah kerana audit 1MDB

S1

Semalam kami ada cerita pasal ‘Jenab Bond’ Nor Salwani Muhammad – penjawat awam ala-ala spy Malaysia yang selamatkan bukti penting kes 1MDB, kami sebut sekali seorang individu: Tan Sri Ambrin Buang, mantan Ketua Audit Negara yang digeruni orang politik dan kakitangan awam.

Nor Salwani, James Bond versi Malaysia yang letak perakam suara kat kotak pensil

Nor Salwani berkongsi di Mahkamah Tinggi KL ketika Ambrin dapat tahu ada arahan untuk pinda Laporan Audit 1MDB nampak sedih dan berbisik-bisik perlahan. Bila Ambrin nak basuh muka, Nor Salwani ikut dia sebab Ambrin nampak macam nak tumbang.

Selain daripada watak Nor Salwani, kita ada lagi seseorang yang perlu dikenali

Sebelum tu Nor Salwani kata, Ambrin kelihatan tak senang ketika sampaikan arahan pengguguran tiga dapatan Laporan Pengauditan 1MDB terhadap pasukan audit Jabatan Audit Negara. Kata Ambrin, Laporan Audit 1MDB dan semua syarikat-syarikatnya boleh siap dalam lima bulan, tapi hampir setahun nak siap sebab susah nak dapat info.

S1
Ambrin Buang. Via Projek MMO

“… pengauditan yang dijalankan oleh sepasukan 12 pegawai dari Jabatan Audit Negara sejak Mac 2015 mengambil masa kira-kira setahun disebabkan kesukaran mengakses maklumat yang diperlukan untuk audit. Jabatan Audit Negara mengambil masa yang lama kerana menghadapi limitasi dalam mendapatkan sebahagian dokumen asal dan penting, lewat diserahkan atau tidak diserahkan sama sekali oleh 1MDB bagi tujuan pengesahan transaksi dan sebagai bukti audit,” – Ambrin, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Ambrin kata dokumen-dokumen tu penting bagi audit bagi sahkan kedudukan sebenar kewangan dan operasi 1MDB serta urus niaga yang berkaitan. Antara dokumen penting yang tak pernah sampai dari 1MDB adalah akaun pengurusan kumpulan tu bagi tahun berakhir 31 Mac 2015 dan penyata bank daripada institusi kewangan luar negara.

S1
Bagi yang dah lupa apa pertuduhan Najib Razak. Via MalayMail

Tambahan lagi, takde capaian dapat dibuat terhadap komputer, komputer riba dan pelayan komputer di 1MDB bagi dapatkan data serta maklumat untuk tujuan rujuk silang dan analisis semasa pengauditan, menurut Ambrin.

Mengikut dia, Jabatan Audit Negara kemudian hantar surat rasmi kepada Arul Kanda selaku CEO bagi mengarahkan 1MDB bagi kerjasama untuk bagi team audit check semua rekod dan dokumen.

Pernah dedahkan pelbagai skandal masa dia jadi Ketua Audit negara, buat ramai orang gerun

Dia ni sebelum kerja kat audit ada kerjaya panjang sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), termasuk sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (1999-2001) dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran (2001-2006). Ambrin jadi Ketua Audit Negara pada 2006 sampailah 2017. Dia juga sehingga hari ni Ahli Dewan Diraja Selangor.

Bila dia jadi Ketua Audit, Laporan Ketua Audit Negara yang melihat secara rawak semakan ke atas Kementerian, Jabatan dan Syarikat Kerajaan mendedahkan banyak amalan penyelewengan. Sebelum ni laporan tu keluar sekali setahun, tapi mula dengan dia, laporan keluar tiga kali setahun.

Kes-kes yang didedahkan Laporan Audit zaman dia termasuklah:

  1. Skandal RM250 juta NFC melibatkan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil dan suami.
  2. Isu penurunan kuasa Menteri Belia dan Sukan Dato’ Sri Azalina Othman kepada KSU Kementerian untuk luluskan 8 kontrak bernilai RM449 juta.
  3. Kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan membina 7 projek Rumah Awam Kos Rendah bernilai RM39.1 juta.
  4. Subsidi gas memasak untuk pengguna domestik terlebih bayar sebanyak RM1.7 bilion kepada restoran dan dobi yang tak layak menerima subsidi antara 2015-2017.
Via Giphy

Kalau masih ingat kes pembelian barang-barang oleh kerajaan yang mana harga dibayar berpuluh-puluh kali ganda harga sebenar – juga didedahkan oleh laporan dia. Pada orang politik dan pegawai kerajaan yang takutkan Ketua Audit Negara – pesan Tan Sri Ambrin Buang mudah: takut Allah lebih dari takut Ketua Audit Negara, senang hidup kamu!

Kita perlukan lebih banyak lagi orang macam Ambrin Buang, tegas dan berani

Dekat Malaysia ni budaya mengampu memang tak boleh bawak bincang, dan ramai ahli politik termakan dengan budaya mengampu ni. Sebab itulah ia ‘budaya’ yang disukai ramai orang. Budaya ni sebabkan ramai pegawai tak berani cakap benda yang betul, atau tegur benda yang salah. Sebabnya – selain daripada takut kehilangan jawatan, diorang jugak takut tak naik pangkat.

Cuba tengok Ambrin Buang, walaupun dia berkemungkinan ‘digantikan’, yang memang berlaku pun, dia tetap jalankan tugas yang dengan penuh jujur. Kami harap selepas ni akan lepas ramai lagilah orang macam dia, sesuatu yang amat diperlukan oleh negara kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *