Nor Salwani, James Bond versi Malaysia yang letak perakam suara kat kotak pensil

"spectre" Beijing Premiere

Korang biasa tengok cerita spy kan? Alah macam James Bond 007 tu. Ada gadget macam-macam, pen boleh tembak lah, jam boleh kawal bom atau spek untuk simulasi berlawan. Tapi ini cerita betul, di Malaysia ia melibatkan wanita Melayu.

Via Giphy

Pengarah Audit (Sektor Tadbir Urus) Jabatan Audit Negara, Nor Salwani Muhammad, beritahu Mahkamah Tinggi KL dia masukkan perakam suara ke dalam pencil box milik bos dia, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, wakil Jabatan Audit tanpa pengetahuannya Saadatul sebelum mesyuarat bermula pada Februari 2016.

Nor Salwani masukkan perakam suara sebab dia kena buat minit mesyuarat…

Ni audit wei, makna biasanya orang belajar akaun. Siapa yang pernah buat akaun tau lah betapa bosannya akaun ni. Tengok nombor je. Tak sangka pulak jadi akauntan boleh jadi James, eh Jenab, Bond pulak. Tapi memang ada satu filem ni, The Accountant pasal akauntan bertauliah yang terlibat dengan geng-geng jenayah dan pengganas.

Ok balik pada cerita ni. Nor Salwani kata dia masukkan perakam sebab dia kena buat minit mesyuarat koordinasi audit 1MDB tapi dia tak boleh masuk mesyuarat.

“Saya dilantik sebagai koordinator penyediaan laporan audit 1MDB. Disebabkan itu, saya perlu mengetahui apa yang dibincangkan dalam mesyuarat terbabit kerana saya tidak boleh menyertainya Saadatul Nafisah tidak tahu yang saya menyimpan perakam dalam bekas pensel miliknya. Selepas mesyuarat habis, saya ambil perakam itu daripada bekas penselnya sebelum membawanya ke pejabat,” – Nor Salwani Muhammad, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian

S2
Korang dah boleh beli kot perakam suara, macam berguna je. Via Jakarta Notebook

Nor Salwani maklumkan kepada mahkamah sebagai saksi pendakwaan pada hari keempat perbicaraan kes bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak dan CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy kerana didakwa pinda laporan akhir audit 1MDB – kes yang dipanggil ‘Kes PAC’ sebab Najib ni banyak sangat kes dia ada.

S2
Najib. Via AWANI

Mengikut Nor Salwani, sepanjang 22 tahun bekerja, pengalaman dengar rakaman mesyuarat bertarikh 24 Februari 2016 tu adalah yang pertama baginya dan kandungan rakaman tu sangat mengejutkan. Bila peguam Najib, Tan Sri Shafee Abdullah tanya Nor Salwani, dia jawab dia tak sempat bagi tahu kepada Saadatul dia letak perakam tu dan takde niat nak sorok benda tu.

Mesyuarat tu minta digugurkan penyata kewangan 1MDB, Salwani terkejut badak…

Sehari sebelum Nor Salwani bagi keterangan, recording audio berkenaan dakwaan pindaan laporan akhir audit 1MDB yang dipengerusikan Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara ketika tu dipasang di mahkamah, dan mengejutkan semua yang ada kat situ.

Bila dapat tahu kena gugurkan penyata kewangan. Via Giphy

Ali sahkan bahawa takde minit diambil dari pihaknya tentang mesyuarat tu. Memang biasa bila buat kerja, lagi-lagi benda remeh macam audit, dibuat rakaman untuk mudahkan urusan orang yang buat kerja. Kenapa kali ni berahsia sangat agaknya?

Nor Salwani kata dia dan team khas audit 1MDB terkejut dengar recording suara minta digugurkan penyata kewangan 1MDB waktu mesyuarat berjalan.

“Selepas mendengar rakaman itu, kami terkejut dengan apa yang berlaku dalam mesyuarat. Antara yang memeranjatkan kami adalah apabila diminta menggugurkan dua penyata kewangan 1MDB supaya ia tidak dilaporkan dalam laporan audit,” – Nor Salwani Muhammad, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian

S2
Salwani. Via Berita Harian

Ali, Arul Kanda, Tan Sri Shukry Mohd Salleh (Pejabat PM) dan Datuk Seri Mohamad Isa Hussain (Kementerian Kewangan), Tan Sri Ambrin Buang (Ketua Audit Negara) dan Saadatul ada kat mesyuarat tu. Sebelum ni Ali mengatakan mesyuarat tu dibuat ikut perintah Najib yang mahu penyelarasan Laporan Audit 1MDB. Najib tak puas hati dengan Laporan Audit asal.

Selepas mesyuarat ni, Ketua Audit Negara yang terkenal dengan ketegasan macam nak rebah…

Nor Salwani turut berkongsi ketika Ambrin keluar dari mesyuarat, Ketua Audit Negara yang cukup digeruni orang politik dan kakitangan awam sebab ketelusannya tu nampak sedih dan berbisik-bisik perlahan. Bila Ambrin nak basuh muka, Nor Salwani ikut dia sebab Ambrin nampak macam nak tumbang.

“Dia merungut apa gunanya audit, itu yang saya dengar,” – kata Nor Salwani di mahkamah, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

S1
Bekas Ketua Audit Negara. Via ProjekMM

Sebelum tu Nor Salwani kata, Ambrin kelihatan tak senang ketika menyampaikan arahan pengguguran tiga dapatan Laporan Pengauditan 1MDB terhadap pasukan audit Jabatan Audit Negara.

Najib Razak didakwa atas tuduhan gunakan jawatan dia sebagai PM bagi arahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), bagi elak dihukum. Najib didakwa lakukan kesalahan tu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Februari 2016 dan 26 Februari 2016.

Arul Kanda Kandasamy pula didakwa subahat dengan Najib, pinda laporan audit untuk selamatkan Najib daripada dikenakan tindakan berkaitan 1MDB, di tempat dan masa sama mengikut Akta SPRM 2009.

S1
Via EdgeProp

Wei, ni audit. Semua orang yang kerja kerajaan ke, syarikat ke, tau audit ni tak boleh main-main. Audit ni guna dia untuk nak elak penipuan, nak tahu boleh percaya ke syarikat tu. Kalau PM sendiri didakwa suruh tipu audit, ni bukan kes main-main.

Tapi bukan saja parti UMNO yang dikatakan terlibat dengan 1MDB, PAS pun pernah dengar penjelasan dari Arul Kanda setahun lepas insiden ni (2017) dan isytihar puas hati dengan 1MDB.

S1
Via FB

Dan masih ada pengikut dari kedua-dua parti ni tak marah pada Najib atau Arul Kanda Kandasamy selepas pendedahan mengejutkan ni, tapi marah pada Nor Salwani yang berani dan boleh dikatakan wirawati agama, bangsa dan negara dalam perkara ni.

Rasulullah s.a.w. kata kalau Fatimah puteri baginda mencuri, Rasulullah sendiri akan potong tangan Fatimah sebab mencuri. Kalau seleweng duit rakyat tapi depan-depan cakap pasal Islam dan Melayu okay, tapi yang rakam bukti nak dihukum gantung?

Kes ni buktikan betapa masih ada pegawai yang benci rasuah, patut dilindungi

Kami percaya secara asasnya manusia ni benci benda-benda yang jahat, seperti rasuah. Cuma, ramai yang tak berani suarakan atau ‘kantoikan’ pemimpin yang rasuah. Sebabnya risikonya tinggi, macam kes ni – masa tu Najib jadi PM kot, siapa yang berani langgar? Kami harap dalam era Pakatan Harapan ni, masih adalah penjawat awam yang berani macam Salwani.

Via Giphy

Kita kena cari jalan atau ‘framework’ untuk lindungi orang-orang macam ni dari sudut keselamatan dan undang-undang. Kita tak nak diorang pulak didakwa macam kes Rafizi hari tu. Ini adalah cabaran untuk PH untuk buktikan mereka berani ‘dikantoikan’ oleh penjawat awam atau mana-mana individu kalau diorang buat salah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *