займ срочно

Kisah pencipta anti-virus John McAfee yang baru-baru ini meninggal di dalam penjara

f1
Kisah pencipta anti-virus John McAfee yang baru-baru ini meninggal di dalam penjara

Pernah dengar sebuah program anti-virus bernama McAfee? Program anti-virus McAfee ni dipuji dan mendapat pengiktirafan daripada ramai orang seluruh dunia. McAfee ni sebuah jenama terkemuka, dan kini dah banyak jenis perlindungan yang diorang berjaya cipta di bawah produk anti-virus diorang. Dengan kepesatan teknologi komputer dan kedatangan Internet, program anti-virus ni seolah-olah suatu keperluan untuk dipasang dalam komputer demi perlindungan sistem komputer dan data pengguna sendiri.

728 X 90

Namun kali ni, kami taknak cerita sangat pasal McAfee. Kami nak cerita pasal pengasasnya, John David McAfee. Berbeza dengan produk di bawah namanya ni, dia memiliki hidup rahsia yang serba ‘bahaya’ sehingga dia berjaya ditahan di Sepanyol dan disahkan mati dalam penjara hanya beberapa hari lepas kena tahan. Apa yang kita sebenarnya tau pasal John McAfee?

mcafee tag h rgb
Via McAfee.com

Memang berbakat dalam matematik, berjaya cipta program anti-virus pertama yang berjaya dipasarkan

John David McAfee dilahirkan di Gloucestershire, United Kingdom pada 18 September 1945 dalam sebuah kem tentera Amerika Syarikat. Bapanya sorang tentera Amerika yang ditugaskan di sana, manakala ibu dia sorang warganegara British. Dia dibesarkan di Virginia, Amerika Syarikat. McAfee meneruskan pelajarannya, dan memperoleh ijazah sarjana muda Matematik pada 1967 daripada Kolej Roanoke di Virginia. Lepas tu, dia nak sambung belajar ke arah laluan ijazah kedoktoran dalam Matematik. Tapi hajat dia tak kesampaian kerana dibuang daripada kolej negeri Louisiana Utara kerana bercinta pulak dengan sorang pelajar ijazah sarjana muda, yang akhirnya jadi isteri pertamanya.

Sementara usaha dia nak sambung belajar dulu.. dia memang dah kena ambil bekerja sebagai pengaturara di Institut Kajian Angkasa NASA di New York daripada 1968 hingga 1970 untuk program Apollo. Dari situ, dia banyak ambil pengalaman bekerja dengan beberapa syarikat terkemuka lain seperti Univac, Xerox, Computer Sciences Corporation dan akhirnya jadi konsultan daripada 1980-1982. Pada 80-an tu, penciptaan komputer menjadi perhatian zaman tu, dan begitu jugaklah dengan kewujudan virus komputer pertama iaitu Brain.

john mcafee
Ni lah dia John McAfee.. -via Time.com

Dia berjaya cipta program anti-virus pertama dan memasarkannya di bawah syarikat yang guna namanya iaitu McAfee Associates Inc. Pada 1993, dia letakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif dan setahun lepas tu, dia jual semua baki sahamnya yang ada dalam syarikat tersebut dan takde kena mengena dengan sebarang operasi syarikat tu lagi. Nampaknya dia macam dah fed up jugak dengan birokrasi dalam syarikat tu, sebab dulu pada 2014, Intel beli McAfee dan nak tukar nama produk berkaitan sebagai Intel Security. John McAfee kata dia syukur sangat Intel beli dan putuskan hubungannya dengan ‘program yang paling buruk’ kat dunia ni. Bisnes tu dipisahkan semula, sekali lagi menggunakan jenama McAfee.

Terus maju dalam bidang sekuriti siber, tapi akhirnya terjun terus dalam pelaburan mata wang kripto

Dengan nama (yang jadi jenama antarabangsa) dan bakat yang dia ada, tentulah reputasinya terus memberikannya lebih banyak peluang untuk dia bina benda baharu jugak. Bersama Tribal Voice, dia bangunkan salah satu program instant messaging pertama dunia, PowWow. Pada 2000, dia jadi pelabur dan ahli lembaga pengarah Zone Labs yang cipta program tembok api (firewall). Kemudian, dia turut melabur dalam bidang aerotrekking.

aerotrekking
Aerotrekking jadi salah satu sukan kegemaran ramai.. -Via Spokesman

Dalam usaha pelaburan ni, mesti ada jugak untung rugi dia kan… begitulah jugak dengan kisah McAfee. Pada 2009, New York Times laporkan tentang status kewangan peribadinya yang menjunam daripada $100 juta kepada hanya $4 juta akibat krisis kewangan 2007-2008. Untuk pengetahuan korang pada ketika tu, krisis tersebut disebabkan oleh gelembung harga rumah yang tercipta kerana ketamakan bank-bank di sana. Hasilnya, bila gelembung tu pecah… McAfee yang dah sibuk laburkan wangnya dalam pembinaan rumah rugi besar sebelum tu dah rugi besar.

Kemudian pada 2014, dia terjun semula ke dalam bidang yang dia mahir iaitu bidang sekuriti siber. Dia lancarkan Cognizant, sebuah aplikasi untuk telefon pintar yang mudahkan para pengguna tengok kebenaran yang diperlukan untuk sesebuah aplikasi dipasang dalam telefon pintar. 2 tahun selepasnya, dia banyak jugak buat bising untuk sedarkan para pengguna tentang kelemahan sekuriti Android.

Dia turut berganjak ke dalam pelaburan mata wang kripto, dan berpandangan bahawa ia penting untuk sekuriti siber nanti. Kerana dia amat yakin dengan masa depan mata wang kripto, banyak jugak habis harta dia dalam pelaburan tersebut. Hal ni jugaklah yang menjadi kata-kata akhirnya kepada media sebelum dilaporkan mati dalam penjara baru-baru ni.

Dalam Twitternya, dia kata;

“AS percaya saya sembunyikan kripto. Saya harap saya ada buat tapi ia telah dicairkan oleh banyak tangan kumpulan McAfee (kepercayaan anda tidak diperlukan), dan baki aset saya telah dirampas. Kawan-kawan saya hilang kerana takut dikaitkan (dengan saya). Saya tiada apa-apa lagi. Tapi, saya tidak menyesal apa-apa pun.”- seperti yang dipetik Rt.com

Masih ada percaya McAfee dibunuh lepas dia isytihar takde harta lagi, namun autopsi kata dia bunuh diri

Di sebalik kejayaan dan prestasinya sebagai sorang pencipta, pengasas pelbagai produk penting dalam bidang teknologi… dia jugak banyak berhadapan dengan isu perundangan. Pada 2008, dia dipanggil sebagai defendan dalam kes sivil berkenaan kematian Joel Bitow dan sorang penumpang semasa diorang naik pesawat aerotrekkingnya.

Seterusnya pada 2012, dia jadi suspek kepada operasi dadah di Belize selepas dia umum bahawa dia tengah usahakan dadah perubatan untuk dijadikan sebagai ubat herba. Harta bendanya dikatakan dirampas dan rumahnya dibakar pada 2014 di Belize. Pada 2015, dia ditahan pulak di Tennessee atas tuduhan memandu di bawah pengaruh arak dan memiliki senjata api semasa mabuk.

Pada 2019, McAfee dan para penumpang kapal pesiarnya dikatakan memiliki senjata api yang berbahaya di Republik Dominican lalu ditahan selama 4 hari. Kata Kementerian di sana, diorang dah rampas senjata tersebut, manakala McAfee dan yang lain tu kena lepaskan jugak. Ketika pandemik ni jugak, dia buat hal lagi.

Dia menipu kata dia kena tahan di Norway lepas taknak guna topeng pelitup muka yang lebih baik. Dia kemudiannya berkicau kat Twitternya, mengadu dia kena tumbuk semasa usaha penahanan dia tu. Akan tetapi, warganet cepat perasan bahawa gambar yang dia kepilkan tu ada perkataan Jerman untuk ‘polis’.. jadi cerita dia pasal Norway tu sekadar sandiwara je lah. Rupanya, dia sebenarnya nak cuba masuk Jerman pada hari gambar tu ditangkap, tapi dia tak ditahan.

john mcafee thong
McAfee ditahan sebab nak masuk Jerman secara haram (kiri) dan dia ditegur sebab tak pakai topeng pelitup muka yang betul (kanan).. -Via NY Post

Satu lagi kes berprofil tinggi yang membuatkan dia ni terus dicari dan terus berlari dari satu negara ke negara yang lain adalah kematian Gregory Viant Faull pada 2012 di Belize. Dia ni jiran McAfee, ditemui mati dengan ada luka tembakan. McAfee ni dah popular dengan pelbagai masalah di Belize lari ke Guatemala secara haram. Dahlah lari… muncul secara terbuka pulak kan di bandar Guatemala tu, maka polis kat sana tangkap pulak untuk dibawa ke Belize. Dia taknak, dan buat-buat sakit jantung demi mempercepatkan urusan kerajaan AS bawa pulang dia dari sana.

Bila dah dibawa pulang, mahkamah kat Florida pulak taknak buang kes tuduhan ke atasnya mengenai kematian Faull. Faull ni expatriat Amerika, jadi tentulah ni boleh tertakluk dalam bidang kuasa AS jugak. Dia larikan diri lagi pada 2019 atas tuduhan larikan diri dari cukai. Dia hidup kat atas kapal je lah, sebelum dia ditahan kat Sepanyol pada 2020. Dia dipenjarakan di Sepanyol, dan pada 23 Jun 2021 Sepanyol mengesahkan ekstradisinya kembali ke AS.

Ramai tak percaya dia ni gantung dirinya hingga meninggal dunia kat penjara hanya beberapa jam lepas dia disahkan bakal dihantar pulang ke AS. Autopsi yang dilaporkan oleh pihak berkuasa Sepanyol kata dia memang bunuh diri. Peguamnya Javier Villalba, menafikan dia pernah rancang nak gantung diri dia manakala balunya, Janice McAfee masih takk percaya dia sanggup buat macam tu.

Yang pasti, John McAfee adalah sorang tokoh teknologi yang sangat penting dalam sejarah teknologi kita. Walaupun sejarah peribadinya agak ‘berwarna-warni’ dengan spekulasi, gimik dan lagak-lagak terbuka serta pelaburan yang menjadi… dan tak menjadi; McAfee terus hidup dalam ingatan manusia alaf ke-21, dan hidup jugak dalam komputer korang.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top