Rindu nak melancong ke luar negara? Kami ada cara untuk korang boleh melancong

F1

Di kala pandemik ni, kita dah semakin pantas melangkah ke arah dunia digitalisasi. Daripada perkhidmatan, perniagaan, pendidikan… semakin ramai yang dah beralih ke dunia Internet. Sekarang ni, sebuah lagi industri turut dipergiat lagi proses digitalisasi dan bakal membuka lebih banyak ruang baharu untuk orang ramai yang minat nak jadi usahawan dalam talian – industri pelancongan.

728 X 90

Pada mulanya, macam pelik jugak bila kita cuba bayangkan nak melancong online. Biasanya kita beli barang online je. Dengan kemajuan dunia sekarang, melancong pun kita dah boleh buat dalam talian tau!

Sebenarnya kita dah biasa guna teknologi pelancongan digital ni, cuma masih ramai tak sedar

Untuk mereka yang masih tercari-cari idea nak buka bisnes, industri pelancongan digital mungkin sesuai untuk korang. Memandangkan industri pelancongan kini dihambat dengan kekangan pergerakan dan penutupan sempadan negara, pelancongan domestik menjadi jalan utama untuk memacu semula industri pelancongan kita. Namun jalan kedua ni sudahpun dibuka dan bakal diperluas lagi.

Pelancongan digital secara umumnya merupakan apa-apa aktiviti digital yang berkaitrapat dengan industri pelancongan. Kita memang dah biasa dengan aplikasi-aplikasi pelancongan digital, cuma kita tak tau tu pun sebahagian daripada pelancongan digital jugak. Misalnya, aplikasi tempah hotel atau tiket untuk masuk ke sesebuah tempat pelancongan tu sebenarnya sebahagian daripada pelancongan digital.

Online Book
Via eZee Absolute

Korang baca ulasan mengenai sesebuah hotel atau tempat pelancongan kat laman web popular seperti Booking.com, Agoda dan Trivago; hah… laman-laman ni lah yang digolongkan dalam sektor pelancongan digital. Kita dah lama menikmati kemudahan pelancongan digital, bahkan banyak menyumbang tenaga untuk memastikan orang lain pun boleh nikmati pengalaman terbaik korang dalam sesebuah tempat apabila korang tinggalkan ulasan untuk kediaman yang korang tinggal tu.

Komuniti penggembara dan pelancong turut boleh dimasukkan dalam sektor pelancongan digital. Dengan Internet, kita boleh berhubung dengan sesiapa saja seluruh dunia termasuklah pelancong luar yang pernah bertandang kat lokasi pelancongan tu. Kadang-kadang bila kita nak penjelasan atau nasihat daripada mereka yang pernah melawat sesebuah tempat yang nak dituju, ada je yang boleh bantu misalnya komuniti di Tripadvisor.

Tripadvisor
Via The Guardian

Daripada contoh-contoh yang kami sebut ni, memang tak dinafikan idea pelancongan digital tu sudah akrab dengan kita. Banyak je benda baharu yang boleh diwujudkan dalam sektor pelancongan digital ni, tak semestinya hanya sekadar nak buka tempat menarik ataupun sediakan inap desa (homestay) semata-mata.

Pengalaman tak berkurang harganya dengan e-pelancongan, tetap popular dalam kalangan pelancong dan peminat aktiviti

Dua perkara yang membuatkan ramai gian nak melancong adalah pengalaman berharga dan foto-foto indah untuk dikenang. Dengan teknologi sekarang ni, kita dah boleh definisikan semula apa tu pengalaman melancong dengan kehadiran e-pelancongan. Kat negara luar, e-pelancongan bukan suatu yang pelik dah sebab pengalaman tersebut tetap berharga dan dapat belajar sesuatu yang baharu.

Sewaktu kita sedang berperang dengan gelombang awal pandemik dan terpaksa berkurung diri di rumah, banyak perkhidmatan pelancongan yang menukar mod ‘offline’ mereka menjadi ‘online’ dan ia dibuat secara percuma je. Google umpamanya, dah menambahbaik kemudahan mereka yang membolehkan kita mengakses lokasi pelancongan seperti Piramid Giza, Great Wall of China menerusi Google Earth atau Google Map.

Google Map Earth Pyramid
Kini semua orang boleh tengok piramid.. -Via Business Insider

Kalau minat nak tengok muzium dan galeri seni yang gah, Google turut sediakan akses percuma untuk semua ke beberapa muzium gah dengan koleksi unik mereka seperti Museum of Modern Art, Tokyo Fuji Art Museum, Museum of Far Eastern Antiquities dan macam-macam lagi. Yang kami sebut ni cuma sebahagian kecil je, dimana lokasi fizikalnya berada di luar negara.

Akses ni membolehkan korang mendekati sendiri lukisan dan pameran maya yang dijalankan oleh muzium dan galeri tersebut. Dari segi pengalaman, nilainya tak berkurang pun. Lukisan dan koleksi tu pun bukan boleh disentuh sekiranya korang berada di tempat-tempat ni secara realiti.

Program Malaysian Virtual Experience (MyVXp) turut dilancarkan atas idea yang sama dilakukan oleh Google. Lebih dari 450 orang dah berjaya dilatih lepas pelancaran program tersebut, yang mana akan digelar sebagai hos dalam MyVXP. Program tersebut membolehkan korang ‘membeli’ pengalaman dengan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan oleh para hos yang terdiri daripada pelbagai negeri dan kelebihan tersendiri.

“Saya rasa inilah peluang yang sebenarnya yang sepatutnya semua penggiat industri pelancongan harus mengambil peluang ini untuk mereka mempromosi bukan sahaja untuk pelancong tempatan dan juga luar negara. Sudah terbukti yang mana kami anjurkan kebanyakan produk kami (penggiat industri) dibeli oleh pelancong luar negara walaupun ketika ini sempadan negara Malaysia masih ditutup,”- Uzaidi Udanis, Pengerusi Tourism Productivity Nexus (TPN), seperti yang dilaporkan Sepatahdua.my

Antarabangsa Hammock Malaysia
Malaysia catat buat festival hammock pertama dengan gunakan MyVXp..-Via Kofnikel.com

Kami dah godek sikit laman web yang disebutkan oleh Uzaidi ni, iaitu Kofkino.com. Banyak aktiviti dan perkongsian menarik yang disenaraikan, antaranya perkongsian buat kopi ikut tradisi suku kaum etnik Dusun di Sabah, mendengar bisik rahsia pembuatan tempe dan menyelami pengalaman duduk di Pulau Kapas.

Ni suatu peluang menarik buat sesiapa saja yang dirasakan mempunyai kemahiran, pemandangan dan pengalaman yang menarik untuk dikongsikan. Dengan bayaran serendah RM5 hingga RM50, korang boleh belajar banyak benda serta menikmati pengalaman berharga dengar perkongsian ekslusif secara langsung dari hos kepada penonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *