Tak dapat pergi kedai sebab PKP? Kami senaraikan LIMA kedai atas talian yang power

F1

Memandangkan ikan dan sayur ni boleh dianggap sebagai produk makanan utama dalam amalan pemakanan rakyat kita, kami senaraikan 5 kedai atas talian yang jual bahan-bahan makanan tanpa korang ke pasar pun!

Lebih menarik, ni adalah 100% milik peniaga tempatan serta berfungsi dalam platform besar seperti Shopee dan Lazada yang boleh diakses kat mana-mana pun. Yang penting ada Internet je.

Via Giphy

1. Jual pakej sayuran ikut jenis masakan, buat sambal pun jadi mudah!

Salah satu kedai online yang popular dalam platform Lazada adalah Cameron Farmers. Walaupun pilihannya tak banyak macam korang nak ke pasar, tapi idea produk tu sebenarnya memudahkan para pembeli nak pilih pakej sayur-sayuran ikut jenis masakan yang korang nak buat.

Antara jenis masakan yang jadi produk Cameron Farmers ni adalah pakej untuk masakan stir fry, masakan asam pedas, salad, sambal sate, sambal tumis dan jagung. Korang takyah fikir sangat nak pilih sayur apa kat dalam pakej sebab semua dah tersedia.

Cameron Farmers
Antara pakej popular yang ditawarkan..

Berdasarkan pemerhatian kami dari ratings yang diberi oleh para pelanggan, rata-rata agak berpuas hati dengan servis, kualiti serta tempoh penghantarannya. Tapi jikalau korang tinggal di luar Selangor, korang kena tunggu lama sikit sebab mereka kena pakai kaedah penghantaran yang lain.

Apapun begitu, kalau korang jenis malas nak fikir apa sangat – yang penting dapat masak… pakej yang ditawarkan oleh Cameron Farmers ni mungkin sesuai untuk korang. Harga pun berpatutan, selain dari kuantiti sayur yang agak mencukupi.

Pakej Box Vege
Via Lazada

2. Tekak rasa nak makan ikan dan udang, boleh buat steamboat sendiri kat rumah!

Tatkala waktu PKP tengah berlangsung ni, tak bermakna korang tak boleh enjoy sebentar dengan nikmat makanan yang disediakan dari dapur korang sendiri. Sedap jugak kan nak makan steamboat, atau sekadar nak buat sup ikan je ke… yang penting makanan laut tu senang diperolehi.

MyMarket2u beri peluang untuk korang lampiaskan rasa tekak tu, dengan tawaran beberapa pakej MCO yang telah disediakan ataupun korang yang pilih sendiri apa nak dibeli. Ni barulah tepuk dada tanya selera.

Mco Pack
Ikan ada, ayam pun ada…

Antara makanan laut yang ada kat kedai tersebut adalah udang dan kerang lala, selain dari beberapa jenis ikan lagi seperti ikan merah, ikan siakap, cencaru, jenahak dan potongan salmon. Nak melengkapi menu steamboat korang tu, ada je makanan ‘lazim’ macam bebola ikan, kek ikan dan banyak lagi! Buat oden pun boleh, tau…

Setakat ni, banyak juga pembeli yang tinggalkan pujian dan 5 bintang dekat ruang komen mereka. Bahan masakan pun ada dijual jugak, jadi senanglah korang pilih dan beli sekaligus kat 1 kedai je berbanding kena urus 2-3 pesanan dari kedai-kedai yang berasingan.

3. Makanan kering turut terjual, tak perlu risau pasal ‘kesegaran’…

Ada orang malas nak fikir pasal faktor kesegaran ni lagi-lagi bila nak berhadapan dengan tempoh penghantaran yang agak lambat sampai kerana PKP. Kalau bab makanan laut yang kering macam ikan bilis atau ikan masin, korang tak perlu risau sangat pun.

One Wonderful Grocer menjual makanan laut kering, termasuklah rempah ratus dan beras pulut. Bagus jugak ni sebab kami rasa tak banyak penjual ada stok macam beras pulut, lada putih Sarawak, tiram kering dan kepala sotong kering.

Makanan Kering Ready Stok
Herba Cina pun ada…

Tak seperti kedai yang sebelum ni kami dah sebut, mereka takde jual pakej khas untuk satu-satu jenis masakan. Yang kami dapat cari ketika penulisan artikel ni adalah pakej bahan masakan yang terdiri daripada ubi kentang, bawang besar, bawang kecil dan halia.

4. Udang liar dan sup fish maw Sabah kini mudah didapati, dikatakan sebagai sumber kolagen…

Penggemar makanan laut sekarang ni boleh dah cari makanan laut dari lautan Borneo pula, iaitu dari Sabah. Sesiapa yang pernah datang ke Sabah sentiasa tak ketinggalan nak rasa makanan laut yang ada kerana segar dan lebih murah.

Udang Sabah Besar
Fuh besarnya udang harimau ni.. -Via Shopee

Udang liar dan fish maw ni agak terkenal jugak sebagai salah satu produk istimewa dari Sabah, dan kini, korang berpeluang rasai sendiri khasiat produk negeri di bawah bayu ni. Mican Foods antara pembekal dan penjual makanan laut yang jarang sekali diperoleh dari kedai lain.

Pilihan Mican Foods

Selain tu, makanan kering seperti ikan bilis dan udang kering Sabah pun boleh dibeli dari Mican Foods ni. Setakat yang kami dapat perhatikan, ramai jugak orang beli udang liar Sabah ni.

Manakala untuk fish maw pulak, ia dikatakan mempunyai pelbagai jenis manfaat kesihatan seperti meningkatkan metabolisme, jadi sumber kolagen dan bantu kehamilan. Biasanya kalau harga pasaran, boleh cecah ratusan jugak ni… Mican Foods pula hanya jual RM65 untuk 200g fish maw –  boleh tahan murahlah tu.

Fish Maw Sup
Popular dibuat sup rupanya fish maw ni.. -Via No Frills Recipe

5. Berita baik untuk vegetarian yang bosan makan sayur, ada kedai yang sesuai khas untuk korang…

Kami faham bahawa tak semua boleh makan daging, atau memilih untuk taknak makan daging. Takpe, kami hormat keputusan pemakanan korang. Sebab tu kami masukkan sekali sebuah kedai yang menumpukan produknya untuk kelompok vegetarian pulak.

Vegetarian
Via Vegsoc

Yishenshu Groceries ni adalah sebuah kedai dalam talian yang agak popular kat Lazada, dan walaupun nama macam ada stail Cina sikit, mereka ada pilihan produk yang dijamin halal.

Kami tertarik dengan salah satu produk Yishenshu ni, iaitu bebola daging vegetarian yang halal. Menurut deskripsi produk tersebut, ia dibuat daripada tepung soya tapi sesuai menggantikan bebola berasaskan daging. Banyak lagi produk macam ni boleh didapati kat katalog kedai tersebut di Lazada.

Yishenshu

Mungkin untuk bukan vegetarian, ni boleh jadi satu lagi pengalaman cuba makanan baharu selain dari korang buat Dalgona dan resepi puding karamel tu. Lagipun, ramai pelanggan dah cuba Yishenshu dan berpuas hati dengan servis serta kualiti makanan mereka.

E-bazar satu idea yang baik, negeri lain perlu contohi Selangor…

Masa COVID-19 ni lah, platform perniagaan dalam talian semakin pesat. Menurut kajian dari Malaysian Digital Association, kedai dalam talian Jaya Grocer dan perkhidmatan penghantaran bahan makanan HappyFresh catat lonjakan penggunaan hingga 600% berbanding beberapa minggu lalu.

Happyfresh Riderr
Via Typeform

Memandangkan bazar Ramadan pun dah dibatalkan dan sebarang perhimpunan amat tak digalakkan demi menghentikan penularan pandemik COVID-19 ni, eloklah jika kerajaan negeri seluruh Malaysia ni mempertimbangkan idea e-bazar yang dibuat kat Selangor.

Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Amirudin Shari kata;

“Platform digital ini dinamakan E-Bazar Ramadan Selangor Grab membolehkan para peniaga menjana pendapatan semasa Ramadan. Selain itu, ia juga memberi peluang rakyat Selangor membeli juadah berbuka puasa dalam talian”- seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani pada 8 April 2020

Grabfood Ramadan
Via Soyacincau

Kerajaan negeri pun harus fokus bangunkan mekanisme terbaik untuk para petani, nelayan dan peraih hasil hutan dan bekerjasama dengan mana-mana syarikat perkhidmatan penghantaran seperti yang dah dilakukan oleh negeri Selangor.

Kami tengok situasi ni memberi keuntungan pada semua pihak jugak. Secara langsung, perkara ni akan bantu ekonomi rakyat. Para pembeli hanya perlu tunggu je makanan sampai, selain dari jaminan perkhidmatan pelanggan dari platform Grab. Takpelah kalau ‘suasana’ Ramadan tu berkurangan… yang penting dapat puasa. Betul tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *