10 permainan kanak-kanak yang budak 90’an confirm tahu

Sekarang merata-rata tengok budak main Beyblade. Apa benda Beyblade tu? Haa permainan yang datang dari komik Beyblade, dia macam gasing tapi lebih bergaya. Komik tu sebenarnya dah wujud sejak 1999 lagi tau. Seronok tengok budak-budak ni main permainan yang tak melibatkan mata menenung gadget je memanjang.

No photo description available.
Siap ada tournament anjuran masjid! Via Facebook.com

Tengok Beyblade tu terkenang zaman 90’an dulu. Zaman tu ada juga game console macam Sega atau Atari tapi itu untuk orang kaya-kaya lah, yang lain memang akan keluar cari member untuk main macam-macam permainan. Ni kami senaraikan antara 10 yang popular.

1. Gasing

Image result for gasing
Via FB

Memandangkan dah bincang sikit Beyblade, gasing ni kira dia punya asal usul lah. Cuma gasing ni lebih berseni sebab bentuk dia diukir cantik macam-macam style lepas tu ada paku tajam di bawah. Pemain kena lilit gasing tu dengan tali dan lempar tengok berapa lama dia boleh pusing. Kadang-kadang tu boleh lagakan, takuk gasing kawan…hehe.

2.  Batu Seremban

Image result for batu seremban
via News Straits Times

Ini satu lagi permainan simple. Jahitan kain yang diisi dengan beras, atau biji kacang hijau atau saga, lepas tu campak-campak dan tangkap. Tangan kena laju ni dan dia punya permianan ada peringkat. Standard main lima batu je, tapi kalau dah hebat tu tujuh batu pun boleh.

3. Teng Teng

Image result for teng teng
via remaja.my

Ada kapur, ada batu kecik pun dah cukup. Kapur tu guna untuk lukis kotak-kotak atas lantai, buat lah bentuk macam mana pun tapi biasanya ada sembilan kotak. Lepas tu kena lompat-lompat je.  Baling batu ke dalam kotak untuk bina rumah, dan rumah ni pihak lawan tak boleh pijak. Siapa paling banyak rumah dia menang.

4. Penutup botol (Bottle cap)

Related image
via Tallypress.com

Zaman sekarang ni nak cari bottle cap pun susah, tapi kalau dulu nampak je penutup botol memang cepat-cepat simpan sebab nak buat koleksi lepas tu main. Mainan dia perlukan ketepatan menembak dengan jentikan. Pihak lawan boleh bagi arahan nak tembak yang mana paling mencabar. Siap boleh guna tangan untuk bagi swing sikit, atau yang mana skillful tu akan chip penutup botol tu.

5. Selipar tiga

Image result for mainan selipar tiga
via Made in UITM

Kalau tak ada batu seremban atau penutup botol sekalipun, sekurang-kurangnya kita ada selipar kan? Haa itu pun boleh jadi bahan mainan lah. Kaedah dia simple je; susun tiga selipar bentuk menegak, satu kumpulan kena jatuhkan dengan membaling selipar. Lepas tu kena cuba susun dia balik secara menegak. Satu kumpulan lagi kena cuba halang dengan membaling selipar kat orang tu. Kalau kena, you’re out!

6.  Sepak bola kertas

Image result for bola sepak kertas
via Tokopedia

Sebelum ada FIFA dan Football Manager, kita ada bola sepak kertas. Masa zaman 90’an dulu, bola sepak negara mempunyai bakat-bakat besar yang mungkin disumbang oleh permainan ni yang memerlukan strategi dan ketepatan. Main macam main bola; susun 11 pemain kad manila kemudian ada satu bola kertas dan dua gol kertas. Dia kena tekan manila kad tu untuk sepak bola atau pass kat pemain lain, lepas tu cuba lah score gol.

7. Lawan pemadam

Image result for mainan lawan pemadam
via Youtube

Ni permainan habiskan masa kat kelas sementara tunggu cikgu masuk. Hanya perlukan pemadam lepas tu cuba timpa pemadam kawan. Dia mirip wrestling sikit. Lepas tu kalau menang kadang-kadang tu pemadam kawan tu jadi milik kita.

8. Lompat getah

Image result for mainan lompat getah
via Remaja.my

Macam batu seremban, permainan lompat getah ni biasanya dikatakan mainan budak perempuan tapi tipu lah laki kalau kata tak pernah main. Sebabkan permainan ni lah getah-getah mak kat dapur tu habis sebab kena ikat getah tu panjang-panjang. Permainan dia best sebab dia ada stages dia bermula dari zero point atas tanah lepas tu naik sikit-sikit sampai atas kepala! Setiap stage tu kena lompat lepas lah, kalau tak lepas kira gagal dan pasukan lawan punya turn.

9. Tamiya

Related image
via Forumfree

Ini mainan yang memerlukan pelaburan sikit. Bukannya senang nak jadi juara kereta paling laju kena tukar macam-macam komponen kereta. Tapi seronok sebab mesti ada kawan yang semangat sikit siap ada track kat rumah. Tamiya ni punya famous siap ada kartun anime pukul 5 petang, Dash Yonkuro.

10. Tamagotchi

Related image
via Bandai.com

Macam Tamiya, Tamagotchi ni tak lah dikategorikan sebagai permainan tradisional. Permainan ni pun perlukan satu gadget. Tapi sebab masa kecik dulu mainan ni terlalu famous, rasanya semua budak ada kot. Tamagotchi ni mainan bela binatang peliharaan digital. Mula daripada telur je, lepas tu kita bagi makan, main dengan dia, bagi dia tidur sampai lah jadi besar. Dah macam jaga anak, bagus lah nak terapkan kebertanggungjawab tanpa melibatkan nyawa haiwan betul-betul.

Kembalikan zaman kanak-kanak kami!

Sebenarnya banyak lagi permainan ni yang tak sempat nak cerita. Konda kondi, galah panjang, guli, tepuk terup…mudahnya nak menghiburkan kanak-kanak 90’an. Tapi zaman sekarang dah kurang sangat tengok budak-budak main permainan-permainan yang simple macam ni. Agaknya kalau kita perkenalkan balik beberapa mainan ni budak-budak sekarang berminat tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *