Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
F1
Isu Semasa

Air zamzam ‘haram’ dijual kat Malaysia? Ini penjelasan sebenar…

By Subeditor
January 8, 2020 4 Min Read
Comments Off on Air zamzam ‘haram’ dijual kat Malaysia? Ini penjelasan sebenar…

Zam, zam alakazam, itulah ayat Do dalam filem Laksamana Do Re Mi apabila dia nak gunakan tikar terbangnya. Kami pun tak tahu asal perkataan ni; entah ada kaitan dengan air zamzam atau tak. Sebabnya sejak beberapa hari lepas isu berkenaan air zamzam ni tengah meletup. Macam inilah kebanyakan orang kita; suka benda-benda yang ‘magis’.

Kalau dulu orang Islam ramai yang fokus jadi peneraju keilmuan, sekarang ramai yang lebih minat bincang benda-benda yang magis; macam kalimah Allah dekat kucing. Apa-apa pun, meh kita layan cerita air zamzam ni…

Korang boleh dipenjarakan tak melebihi 2 tahun atau didenda tak lebih RM10k kalau jual air zamzam

Isu air zamzam kembali panas, kerajaan ulangi amaran penjualan air mineral dari telaga yang terletak kat Masjidilharam, Makkah tu boleh dihukum penjara dan denda. Tindakan itu selaras dengan langkah Arab Saudi haramkan eksport air zamzam. Macam biasalah, mesti ada pihak yang tak berpuas hati.

S1
Via Media Adil

Sebenarnya kegusaran pihak berkuasa bukanlah disebabkan air zamzam tu semata-semata tapi angkara penipuan oleh sesetengah penjual. Sudahlah tak 100 peratus tulen, airnya pulak diambil dari sumber tercemar.

Air zamzam pernah timbulkan kontroversi di United Kingdom apabila kononnya dikesan mengandungi racun arsenik yang boleh bawa maut. Di Malaysia, semua makanan dan minuman yang diimport tertakluk di bawah Akta Makanan 1983. Kalau ikut akta tu, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan mengimport, mengedar dan menjual air zamzam boleh dikenakan denda tak melebihi RM10,000 atau penjara tak melebihi dua tahun.

Larangan jual air zamzam tak bermaksud ia tak boleh diminum. Malah, air zamzam adalah antara buah tangan yang paling popular apabila pulang dari Tanah Suci. Bagi yang sudah tunaikan umrah dan haji, mereka tahu betapa berharganya sebotol air zamzam.

Hakikatnya, air zamzam bukan sahaja popular dalam kalangan umat Islam, malah dikagumi orang bukan bukan Islam.

S1
Via ArabNews

Seorang saintis Jepun, Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama mendapati kandungan air zamzam mempunyai keajaiban dan berbeza dengan air yang lain. Menurut beliau, molekul air zamzam yang didedahkan kepada kata-kata seperti doa akan berubah menjadi molekul berbentuk kristal yang indah.

Mufti Negeri Sembilan setuju dengan cadangan kementerian, kata benda tu masuk akal

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad kata, air zam zam diambil dari Mekah Arab Saudi secara percuma untuk diminum kerana air tu adalah yang terbaik berbanding air biasa. Katanya, adalah tak sesuai air zam zam diambil dan dibawa ke negara ni semata-mata untuk diniagakan bagi dapatkan keuntungan.

S1
Mufti Negeri Sembilan. Via Deenamik

Dia persoalkan; air zam-zam diambil dari Masjidil Haram di Mekah secara percuma dan dibawa balik (ke Malaysia) untuk diminum kerana ia adalah air yang terbaik. Kenapa pula air itu hendak diniagakan?

“Tidak sesuai sama sekali air zam zam yang diambil untuk diniagakan kerana apabila aktiviti itu dijalankan, sudah tentu kemungkinan ada kalangan pihak tertentu yang cuba mengeksploitasinya untuk mendapatkan keuntungan. Kemungkinan ada pihak-pihak yang berkenaan menggunakan air paip yang dibotolkan tetapi mendakwa ia adalah air zam zam, bertujuan bagi mengaburi pengguna,” – Mohd Yusof Ahmad, seperti yang dilaporkan HMetro

Dia kata macam tu ketika diminta untuk ulas langkah Kementerian Kesihatan yang nasihatkan orang ramai supaya tak beli air dilabel sebagai air zam zam di pasaran tempatan kerana dikhuatiri tiruan. Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataannya tegaskan bahawa air zam zam dikategorikan sebagai air mineral semulajadi dan termaktub mengikut Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

580551
Via Sinar Harian

Mufti Negeri Sembilan tu kata jugak; tindakan kementerian menghalang orang ramai membeli air itu adalah tepat kerana air zam zam tak sesuai diniagakan. Dia kata, tindakan proaktif kementerian terbabit akan dapat pastikan orang ramai tak terperangkap dengan kerakusan pihak tertentu atau peniaga yang ingin mendapatkan keuntungan mudah.

Dia menambah; pihak kementerian dah tentu tak mampu untuk pantau atau lihat air yang dijual di pasaran sebagai air zam zam, justeru melalui larangan tu akan dapat memastikan keaslian air zam zam terpelihara.

Jangan terlalu mudah untuk tertipu di atas nama agama, kaji dulu

Ada sarjana agama pernah kata; kalau nak tipu orang – bungkuslah hal yang batil dengan agama, nescaya ramai orang bodoh akan terpedaya. Kalau kita tengok ‘marketing’ yang ada pada hari ni; banyak produk atau servis sering dikaitkan dengan agama, padahal takde kaitan pun. Sebabnya ramai tahu – jual produk ni, macam main politik jugak; kalau korang main sentimen agama atau bangsa, mesti ramai akan termakan.

 

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
F1
Previous

Jeneral Affendi Buang, anak Sarawak yang latih juruterbang seawal usia 26 tahun

F1
Next

China ceroboh kepulauan milik Indonesia? Pulau ni ada guna dialek Terengganu

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme