Jeneral Affendi Buang, anak Sarawak yang latih juruterbang seawal usia 26 tahun

F1
Jeneral Affendi Buang, anak Sarawak yang latih juruterbang seawal usia 26 tahun

Jarang jugak kita nak dengar cerita pasal pahlawan kita kat langit, kan? Kalau tahun lalu, keluar kisah tentera elit kita dalam filem ‘Paskal’, jadi harapnya lepas ni adalah jugak filem pasal tentera udara kita. Jasa dan pengorbanan mereka selama ni dalam usaha mempertahankan negara adalah suatu perkara yang perlu dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia. Tak senang nak jadi tentera ni sebenarnya…

Tudm Sarawak
Via Sarawak Voice

Anak Sarawak bekas Panglima TUDM, jadi Panglima Angkatan Tentera

Jeneral Tan Sri Affendi Buang, seorang pejuang kelahiran Sarawak ni sekali lagi dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-21 menggantikan Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin yang bersara wajib pada 2 Januari lalu. Pelantikan ni turut menandakan Affendi Buang sebagai Panglima TUDM kedua yang diangkat jadi Panglima Angkatan Tentera lepas Tan Sri Azizan Ariffin.

Majlis Serah Terima Tugas jawatan tu disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Mohammad Sabu bersama Timbalannya, Liew Chin Tong dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali.

Affendi Buang lahir di Kuching, Sarawak pada 21 Ogos 1962, dia awal-awal lagi menerima latihan ketenteraan Maktab Tentera Diraja Cawangan Putera pada 1978, dan dipindahkan ke Cawangan Kadet. Pada 1981, barulah dia ditauliahkan dalam TUDM. Dia akhirnya dilantik menjadi Panglima Tentera Udara pertama dari Sarawak ketika berumur 54.

Sepanjang kariernya dalam TUDM, dia dah banyak berjasa dalam pembangunan TUDM khususnya dalam pengoperasian pesawat pejuang Skyhawk dan MiG-29. Apa tidaknya, pada umur 26 tahun, dia dah dipertanggungjawabkan melatih para anggota TUDM dalam pengoperasian Skyhawk dan kemudiannya dihantar ke Rusia untuk menjalani latihan dalam MiG-29.

Skyhawk Kapal
Pesawat Skyhawk milik TUDM. -Via Pinterest

Selain tu, dia pernah jadi salah seorang daripada skuad ketenteraan yang dihantar oleh Malaysia untuk kawal kegiatan puak komunis pada 1980-an di Sarawak sebelum termeterainya perjanjian pengunduran komunis PKM dan Parti Komunis Kalimantan Utara. Kami dah tulis sikit-sikit pasal peristiwa Perjanjian Hatyai ni dan kaitannya dengan abu Chin Peng dulu.

Turut latih kumpulan aerobatik Malaysia, Smokey Bandit

Masa korang seronok tengok aerobatik kat acara pertunjukan Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (LIMA), korang takkanlah tak pernah terfikir macam mana pesawat pejuang TUDM boleh buat bermacam formasi menarik? Haa… untuk pengetahuan korang, Affendi Buang ni antara pengasas latihan aerobatik menggunakan MiG-29.

Menurut Aerobaticteams.net, Smokey Bandit adalah sebuah kumpulan pesawat MiG-29 berlima yang utama dalam TUDM. Kena dengan namanya, warna kapal tersebut pun serupa dengan ‘kelabu asap’, dan merupakan salah satu unit skuad No. 17/19 atau lebih dikenali sebagai ‘Taufan Ganas.’ Kesemua juruterbang Smokey Bandit ni bukan setakat tau pusing-pusing je… Mereka ni tetap bekerja sebagai sebahagian dari pasukan tentera udara.

Display Team Smokey Bandit
Anggota Smokey Bandit. -Via jijanlaa.wordpress.com

Selain tu, Smokey Bandit ni diasaskan pada 2001 di Kuantan dan dah popular lepas secara rasminya buat pertunjukan pada 2011 di Brunei International Defense Exhibition (BRIDEX). Lepas tu barulah Smokey Bandit ni semakin dapat perhatian umum apabila dah buat pertunjukan kat beberapa acara antarabangsa seperti di Formula One “Petronas” Malaysian Grand Prix di Sepang dan LIMA.

Lebih menarik lagi, Smokey Bandit ni turut menampilkan seorang juruterbang wanita, Mejar Patricia Yap Syau Yin yang selalunya buat persembahan solo dalam formasi mereka. Mejar Patricia juga merupakan juruterbang pesawat pejuang wanita pertama di Malaysia dan berasal dari Sandakan, Sabah. Fuh… bekas ketua (Affendi Buang) pun Sarawak, manakala juruterbang wanita solo pula dari Sabah. Ni barulah semangat Borneo!

Mejar Patricia Yapp Smokey Bandit
Mejar Patricia, juruterbang wanita pertama kita. -Via Majalah Labur

Nak jadi juruterbang TUDM, kena lalui latihan demi latihan sukar…

Walaupun nampak macam seronok je bawa pesawat pejuang, namun korang kena betul-betul miliki minat yang tinggi dan gigih menghadapi latihan-latihan yang sukar. Seorang penulis blog, Tohairuddin Rasid kongsikan pengalamannya menjalani latihan TUDM di Alor Setar dan Kluang. Katanya, hanya juruterbang je yang dapat naik pangkat hingga jadi Panglima TUDM macam Affendi Buang, Panglima Angkatan Tentera kita yang baharu ni.

Apai Kapal Pejuang
Cool jugak ni. Mereka pun ada nama kod sendiri. Affendi Buang dikenali sebagai “Apai”, manakala Patricia dikenali sebagai “Foxy”. -Via I Love Borneo

TUDM dah pelbagaikan kaedah pengambilan perajurit iaitu sama ada melalui Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ataupun daripada mana-mana institusi pengajian lain yang diiktiraf di Malaysia. Macam Patricia tadi, dia sendiri merupakan graduan UTM dalam Diploma Kejuruteraan Aeronautikal sebelum memutuskan untuk terus berkecimpung dalam TUDM lepas menamatkan latihan penerbangan pada 2002.

Setakat ni, kami tengok syarat kelayakan TUDM ni memerlukan calon yang seimbang dari segi mental dan fizikal. Pertama sekali, calon mestilah warganegara Malaysia dan dah berumur 18 tahun ke atas pada tahun mereka mohon kemasukan ke TUDM. Kadar penglihatan pula haruslah sempurna tanpa perlu apa-apa bantuan penglihatan, dan tak rabun warna. Syarat tinggi untuk lelaki pula adalah minimum 1.62 meter manakala untuk perempuan, 1.57 meter. BMI pun mesti seimbang iaitu dalam 18 hingga 25.

Yang belum lepas BMI tu, bolehlah rajinkan bersenam. -Via Giphy

Dari segi kelayakan akademik pulak, calon perlu melepasi SPM atau memiliki Sijil Vokasional Malaysia (SVM), selain dari Sijil SKM Tahap 2 dan 3. Diploma Kejuruteraan pun diterima jugak, macam Patricia tadi. Korang boleh cuba mohon kat sini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top