Anwar dikatakan ada majoriti 113, ini jawapan Pengarah Komunikasi PKR

F1
Anwar dikatakan ada majoriti 113, ini jawapan Pengarah Komunikasi PKR

Semalam ada khabar angin yang mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikhabarkan nak menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi untuk kemukakan bukti bahawa dia dah ada jumlah nombor untuk bentuk kerajaan. Kalau ikut laporan Astro Awani, dia dikatakan dah ada 113 sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD).

728 X 90

Anwar dikatakan sekali lagi ada sokongan, bersedia untuk menghadap YDPA

Menurut laporan AWANI, sumber dalaman PKR beritahu dengan jumlah sokongan tu, Anwar dikatakan dalam proses memohon perkenan menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara. Dalam laporan yang sama, dikatan seorang pegawai menteri memberitahu, usaha terbaharu Anwar itu bukan sekadar khabar angin. Usul itu katanya akan cuba digerakkan sebelum Dewan Rakyat tamat pada Khamis depan (17 Disember 2020).

“Berkemungkinan Anwar akan umum perkara ini esok atau lusa. Tetapi kami dengar ia akan berlaku sewaktu ‘3rd reading Budget’ (Bacaan Kali Ketiga Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021), hari Selasa. Heard this time with SDs (kali ini dengan SD),” – Sumber yang siapa entah, seperti yang dilaporkan ASTRO AWANI

Kalau benda ni betul, ia bukanlah kali pertama Anwar katakan dia dah ada sokongan majoriti. Pada September lalu, Anwar kata dirinya dah ada jumlah sokongan yang disifatkan ‘kukuh dan meyakinkan’ untuk jadi PM. Pada 13 Oktober lalu, Anwar diperkenan untuk menghadap Agong di Istana Negara dan persembahkan dokumen yang didakwa mengandungi butiran sokongan majoriti ahli Parlimen yang diperlukan.

Sokongan kali ini datang dari ahli-ahli penting UMNO, termasuk Presiden UMNO

Aksi Anwar ni dikatakan dapat sokongan dari 10 Ahli Parlimen (MP) UMNO termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya sokongan yang diperolehi Anwar daripada 10 MP UMNO tu datang dalam bentuk akuan bersumpah (SD).

Pngtree Cute Girl In Orange Hijab Confused Illustration In Hand Drawn Style Png Image 2332180
Adakah kita akan melihat pasukan ini? Via MyKMU

Sumber tu mengatakan 10 MP UMNO selain Pekan dan Bagan Datoh ialah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Selain itu, nama Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Ahli Parlimen Paya Besar Mohd Shahar Abdullah dan Anggota Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria turut tersenarai.

Selain Ahli Parlimen UMNO, Anwar juga dikatakan dapat sokongan dua ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa ahli Parlimen yang dahulunya bersama-sama dalam parti Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya sokongan UMNO kepada PH yang turut dianggotai oleh DAP tu sepatutnya dicetuskan semasa kemelut Perak baru-baru ini, tetapi digagalkan setelah Majlis Tertinggi (MT) UMNO menolak kerjasama parti itu dan PH.

Macam menarik je ceritanya. Via Giphy

Antara respons terawal tentang khabar angin ini datang dari Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu. Katanya dia menunggu perkembangan mengenai 113 akuan bersumpah (SD) tu. Katanya dia belum dapat sebarang berita dan masih menunggu perkembangan lanjut mengenai perkara tu.

“Saya juga menunggu, sama seperti orang lain menunggu,” – Bang Mat, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Mat Sabu turut berkata, kerajaan sekarang tak stabil dan tak boleh dibiarkan begitu sahaja. Sebab tu, dalam usaha untuk kita buat percaturan politik semula, mereka perlu sediakan jentera pilihan raya yang lebih mantap untuk digerakkan di semua bahagian.

Menurut Fahmi Fadzil, apa yang korang dah baca tadi tu cuma khabar angin

Cuma perkara ini dikatakan cuma khabar angin yang takde asasnya. Perkara tu disahkan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil ketika diminta mengulas laporan media yang mengatakan Anwar dah ada majoriti. Sebelum itu, Fahmi turut menyatakan jemputan media yang tular berhubung sidang media Datuk Seri Anwar pada Isnin lalu adalah palsu.

“Itu khabar angin sahaja. Ia mula disebarkan oleh sebuah portal berita dengan menggunakan hanya satu ‘sumber’ yang tidak dapat dipastikan atau disahkan,” – Fahmi, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Dia kata benda ni amat mendukacitakan apabila timbul dan difahamkan Pejabat Ketua Pembangkang juga telah mengeluarkan penafian berhubung perkara tersebut. Dia kata, apabila menulis berita berdasarkan sumber seeloknya diusahakan dua, tiga sumber berbeza untuk ‘triangulate’ atau sahkan maklumat. Akhirnya ‘laporan’ itu digunakan untuk timbulkan polemik malah juga penafian.

Norma baharu politik yang wujud pada tahun 2020 tidak boleh diulangi

Kami sebenarnya takdelah minat sangat dengan game politik yang dah bermula sejak Langkah Sheraton ni. Secara jujur, kami rasa kita bukan je hilang tahun 2020 kerana Covid-19 – kita juga kehilangan tahun 2020 kerana drama politik yang tak habis-habis. Kami rasa ini adalah kesan tidak menghormati keputusan pilihan raya. Kami harap lepas ni, siapa yang menang pilihan raya, dialah yang akan jadi kerajaan sampai habis penggal.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top