Pakatan Harapan tolak Belanjawan 2021 hari ini, adakah kerajaan akan jatuh?

F1

Hari ini merupakan hari terakhir untuk Pakatan Harapan melakukan sesuatu sekiranya mereka ingin gugat kerajaan. Memanglah selepas ini Parlimen akan bersidang lagi, tapi sukar nak lihat ‘peluang’ macam ni akan wujud lagi. Sebenarnya usaha-usaha untuk mempersoalkan majoriti kerajaan pada hari ini telah berlangsung agak lama, sejak diorang jadi kerajaan pada Mac tahun ini. Cuma, usaha tu selalunya akan menemui jalan buntu. Pembangkang dapat tamparan hebat apabila kerajaan dapat majoriti semasa bacaan kali kedua Belanjawaan 2021, menyebabkan ada yang fikir kerajaan pada hari ini adalah kerajaan yang sah.

728 X 90

Masalahnya, konflik dalaman yang berlaku di antara UMNO, PAS dan BERSATU berkemungkinan akan membuka ruang untuk ‘pengkhianatan’ berlaku dalam kalangan mereka. Cuma, kami tak rasa ramai rakyat yang terlalu ternanti-nanti apa yang akan berlaku hari ini.

Mahathir dan Ku Li tiba-tiba buat sidang media semalam, katanya bersedia untuk hari ini

Semalam secara tiba-tiba Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh umumkan untuk adakan sidang media. Setelah umumkan kerjasama di antara mereka berdua, Dr. Mahathir kata Datuk Seri Najib Razak takde dalam kerjasama tu. Dr. Mahathir jelaskan sekiranya menerima bekas Perdana Menteri keenam tu, dia akan masih kekal sebagai Perdana Menteri dan tak akan lepaskan jawatannya. Katanya kalau dengan Najib dia tak boleh kerjasama.

Saya minta maaf, saya dijemput untuk menjadi Perdana Menteri sebelum Tan Sri Muhyiddin jadi Perdana Menteri lagi. Saya kata kepada mereka satu kerajaan yang bergantung kepada Datuk Seri Najib untuk jadi kerajaan bukanlah satu benda yang saya boleh terima. Tapi Muhyiddin kata dia boleh terima. Dia ambil lah,” – Dr Mahathir, seperti yang dilaporkan dalam FMT

Dia secara terang-terangan harapkan ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat agar menolak Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 pada sesi bacaan kali ketiga esok. Langkah tu dikatakan penting kerana kerajaan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat goyah.

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan menyeru ahli Parlimen menolak bajet

Sentimen yang sama dikongsi oleh Pakatan Harapan apabila diorang menyeru Ahli Parlimen menolak Belanjawan 2021 semasa undian akhir yang dijangka berlaku esok, kerana bajet Perikatan Nasional itu tak memenuhi apa yang dipohon dan diharapkan wakil rakyat.

Majlis setiausaha gabungan tu ada senaraikan beberapa tuntutan yang indah khabar dari rupa, contohnya kemudahan mengeluarkan wang caruman Akaun 1 KWSP, moratorium automatik ke atas bayaran balik pinjaman bank, pendidikan anak-anak, kehilangan pekerjaan, dan bantuan kepada petugas barisan depan.

“PH menggesa agar semua Ahli Parlimen, sama ada di sebelah pembangkang mahupun dalam kalangan penyokong kerajaan, yang memahami Belanjawan ini tidak menepati objektif dan matlamat untuk memerangi Covid-19, membantu rakyat, dan menghidupkan semula ekonomi, agar memilih untuk menolaknya pada bacaan kali ketiga,” – Majlis Setiausaha Pakatan Harapan

Setakat semalam, 25 daripada 27 kementerian berjaya melepasi undian peringkat jawatankuasa, di sebalik persoalan yang ditimbulkan pembangkang berhubung keabsahan pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Bagi Timbalan Pengerusi BN, Malaysia perlukan lembaran baru politik

Cuma, menurut Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamad Hasan, perikatan dan gagasan politik baru mungkin tak diperlukan untuk jamin sebuah kerajaan yang stabil. Malaysia katanya perlukan lembaran baru politik yang lebih utamakan dasar, idea dan kecerdikan baru yang akan bawa negara jadi lebih maju.

Pngtree Cute Girl In Orange Hijab Confused Illustration In Hand Drawn Style Png Image 2332180
Mohamad Hasan. Via MalaysiaKini

Dia juga kongsikan kata-kata ulama ulung dari Indonesia, Buya Hamka yang pernah berpesan, – ‘Orang berakal hidup untuk masyarakatnya, bukan buat dirinya sendiri’. Malaysia memerlukan mereka yang sebegini untuk tanah air. Akhirnya, cerita hari kelmarin berlalu dan ceritanya sudah diceritakan. Hari ini, benih baru tumbuh. Demikian juga Malaysia, ia perlukan benih dan inspirasi baru.

Katanya dah tiba masa untuk kaedah politik cara lama ditutup dan lembaran baharu politik dibuka untuk bela bangsa dan majukan negara menerusi dasar lebih kukuh. Kata kemungkin yang diperlukan oleh Malaysia bukan lagi perikatan politik demi perikatan politik, tapi dasar, idea dan kecerdikan.

“Mungkin tiba masanya kita tutup riwayat lama, bukakan lembaran baharu. Baik hentikan termenung gundah gulana kerana apalah gunanya lama terharu,” – Mohamad Hasan, seperti dalam hantaran Facebooknya

Pngtree Cute Girl In Orange Hijab Confused Illustration In Hand Drawn Style Png Image 2332180
Agaknya apa yang akan berlaku hari ini? Via Berita Harian

Reaksi ni mungkin datang setelah Jumaat lepas, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Hamzah Zainudin cadangkan satu gagasan besar ditubuhkan bersama di antara Gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Katanya, Piagam Persefahaman Politik antara tiga gabungan parti besar itu perlu dibentuk dan ditandatangani.

Barangkali kekalutan yang kita sedang hadapi memberi kita pengajaran besar

Kami yakin para pemerhati dan penganalisis politik yang ada di Malaysia pastinya akan bingung dengan dinamik politik yang berlaku pada hari ini. Kami yang jenis hari-hari baca berita pasal politik pun kadang-kadang terkeliru dengan apa yang sedang terjadi. Cuma buat kali ke-3,000 – kami nak kata; kekalutan politik yang dirasai oleh rakyat Malaysia pada hari ini berpunca daripada sikap tidak menghormati amalan demokrasi.

Setiap kerajaan yang memerintah sudah tentu memiliki kekurangan masing-masing, dan kami rasa wajar kerajaan itu diberikan peluang sehingga habis penggal untuk terus memerintah. Kami harap selepas ini takde lagi kerajaan yang tidak melalui jalur politik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *