Malaysia dikatakan sedang menjajah Papua New Guinea, ini ceritanya

F1

Kayu balak ni dah diketahui umum sebagai salah satu hasil komoditi negara yang banyak menguntungkan rantaian pemain dalam industri tu. Negara kita sendiri pun ada dasar dan polisi yang khusus untuk pokok balak, tapi kalau orang dah taknak berjual beli secara betul… tak kisah dah sekiranya kayu balak ni diperoleh dengan cara yang salah.

728 X 90

Sarawak antara negeri yang mempunyai kontroversi berkaitan dengan kayu balak ni. Misalnya pada 2010, kaum peribumi Penan diseksa dan dirogol wanitanya oleh kelompok pembalak hanya kerana kaum Penan ni tinggal mendiami dan ‘menjaga’ kawasan hutan yang mereka tebang tu. Kemudian pada 2016, sorang aktivis alam sekitar dibunuh di Miri kerana aktif memperjuangkan hak tanah adat daripada dirampas kaum pembalak dan pemaju tanah.

Balak Sarawak
Via Harian Metro

Balak bernilai RM 1.09 juta berjaya dirampas, rupanya hampir setiap tahun ada je laporan operasi rampas kat Sarawak

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan melaporkan bahawa sepanjang tempoh Januari hingga 20 November tahun ni, sejumlah 18,826 meter padu balak pelbagai spesies dengan nilai royalti RM1.09 juta yang melibatkan aktiviti pembalakan haram telah dirampas.

Dalam tempoh tersebut jugak, 79 kes pembalakan haram telah disiasat di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 2015, dengan 13 kes daripadanya telah dihadapkan ke mahkamah dan 4 kes dimenangi kerajaan negeri. Tak sedikit jumlah kes tu, dan tu pulak hanya pada tahun ni je. Tahun-tahun lain pulak, PGA Sarawak rampas 1,003 batang balak dinilaikan lebih RM 1 juta pada 2019 dan Polis Marin Sarawak rampas 170 batang balak bernilai RM90,000 setahun sebelum tu.

Balak Sarawak 2017
Via Berita Harian

Kemudian pada 2017, Polis Marin Sarawak berjaya rampas 469 batang balak pelbagai jenis dan saiz bernilai RM535,500. Pada 2016, Sarawak Forestry Corporation (SFC) pulak berjaya rampas 722 batang balak manakala pada 2015, Jabatan Hutan Sarawak berjaya merampas 2,552 batang balak haram yang dianggarkan bernilai RM500,000. Ni dah 5 tahun berturut-turut, kegiatan pembalakan haram terancang masih mencengkam negeri tersebut.

Kalau korang nak cari laporan rampasan tahun-tahun sebelumnya pun boleh je, sebab perkara ni sebenarnya dah mendapat perhatian meluas di luar Malaysia. Setakat dalam pengetahuan kami, sekurangnya 3 buah buku dah diterbitkan dan ditulis berdasarkan pengalaman dan penyelidikan penulis-penulis ni turun padang melihat sendiri sejauh mana kesan kegiatan pembalakan haram.

Buku Balak Haram Sarawak
Antara buku yang harus dibaca untuk faham pasal isu balak di Sarawak.. -Via Goodreads

Kegiatan pembalakan haram tak mudah untuk diselesaikan; hal ni diakui oleh kerajaan negeri Sarawak. Pada 2016, kerajaan negeri secara terbuka nyatakan komitmen mereka memerangi pembalakan haram ni dalam Laporan Tahunan Pertubuhan Kayu Tropika Antarabangsa (ITTO) 2016. Di samping tu, penambahbaikan Sistem Pengesahan Kayu Dibenarkan Sarawak (STLVS) terus diusahakan dari semasa ke semasa.

Dalam tahun yang sama jugak, Pengarah Jabatan Hutan Sarawak ketika tu optimis bahawa Sarawak boleh capai sifar pembalakan haram menjelang 2020. 4 tahun lalu visi tersebut dilontarkan. Dah masuk 2020, pembalakan haram masih berleluasa lagi meskipun dengan operasi rondaan serta penambahbaikan sistem maklumat yang dikatakan lebih baik dari tahun-tahun lalu.

Modus Operandi Balak Haram
Via Berita Harian

Hanya niat di atas kertas, bagaimana pula dengan gelar Raja Balak Asia yang kini ‘menjajah’ Papua New Guinea?

Kat dalam kertas, amatlah mudah untuk menuliskan harapan, impian dan rancangan pelaksanaan yang diharap berjaya untuk jangka masa panjang. Namun bagaimana pula jikalau ‘tokoh besar’ sendiri pun dikatakan terlibat dalam industri perkayuan dengan skala yang besar? Sebelum ni kami dah sentuh pasal Raja Balak Asia ni… jadi kali ni pulak, Raja Balak didakwa ‘menjajah’ Papua New Guinea.

Mengikut dakwaan Sarawak Report, siap dengan filem dokumentari yang disiarkan oleh pihak mereka kat Youtube bertajuk “Malaysian Colonialism in Papua New Guinea” menyebutkan syarikat pembalakan Malaysia banyak terlibat dalam kegiatan pembalakan kat beberapa kawasan termasuklah Papua, Pulau Solomon, Amerika Selatan dan Congo.

“The Big Six”, merujuk pada laporan Sarawak Report sebagai enam syarikat balak yang besar dan berpusat di Malaysia sendiri turut dikatakan dipayungi oleh Abdul Taib Mahmud dan beberapa wakil rakyat di Sarawak. Ni adalah satu dakwaan yang serius dan perlu disiasat sedalamnya oleh pihak berkuasa.

SR jugak turut berusaha merungkai beberapa pertalian syarikat ni dengan kelompok ahli politik dan tokoh perniagaan dari beberapa negara termasuklah negara kita. Selain tu, dakwaan-dakwaan lain termasuklah syarikat-syarikat ni gagal menjaga kebajikan pekerjanya serta melanggar etika dan prinsip penjagaan alam sekitar di kawasan operasi pembalakan mereka. Korang boleh baca laporan mereka kat sini.

Malaysia Dakwa Balak Papua Jajah
Antara syarikat yang dikenalpasti..- Via Sarawak Report

Kita dah banyak diheret masuk ke dalam skandal-skandal kes berprofil tinggi, sehingga masuk Netflix dalam siri “Dirty Money”. Kali ni, kita sekali lagi diseret masuk dalam dakwaan ‘menjajah’ negara lain. Ia suatu dakwaan yang serius dan memburukkan nama negara serta harus diteliti sekiranya kes ni betul-betul berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *