Anwar saran raihkan perbezaan tapi tetap tegas

f1 min (5)

Perbezaan pandangan dan ideologi adalah hal yang biasa, dan berlaku di seluruh dunia. Baru-baru ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak supaya tak jadikan perbezaan politik sebagai senjata permusuhan, sebaliknya ia boleh digunakan untuk memperkasakan negara.

Semua ini berlaku kerana Anwar sedar semakin banyak fakta yang tak tepat dan fitnah dilemparkan, terutama di media sosial oleh segelintir pihak mengenai usaha kerajaan untuk membantu rakyat. Sebenarnya, perang ideologi dan propaganda lebih banyak berlaku di alam digital – mana-mana pihak yang menafikan hal ini akan kalah pada pilihan raya akan datang.

screenshot 2023 06 25 164234

Sebagai contoh, baru-baru ini ada isu dibangkitkan iaitu perjanjian persempadanan dimeterai dengan Presiden Indonesia Joko Widodo, dan perkara itu menurutnya telah dijawab di Parlimen, namun ia masih terus dimainkan, dengan pelbagai tuduhan kononnya ia bagai menjual maruah negara, tak bertanggungjawab dan khianat kepada negara.

“Perkara ini hangat dikeluarkan di media sosial dengan penuh penipuan dan fitnah…ini masalah kita, tidak bolehkah perbezaan politik ini jangan kita jadikan senjata permusuhan, senjata fitnah.. tetapi jadikan perbezaan ini untuk bagi cadangan yang lebih baik, saya belum dengar lagi apa cadangan yang lebih baik,” katanya.

Anwar macam tu ketika berucap di majlis pelancaran Sentuhan Kasih Desa di Nilai, Negeri Sembilan. Anwar turut menyeru agar kementerian dan agensi kerajaan perlu jadi jentera bertanggungjawab dalam menyalurkan maklumat yang benar dan menangkis perkara yang palsu kepada masyarakat.

Sementara itu perdana menteri jelaskan bahawa kenaikan purata tarif eletrik hanya libatkan mereka dengan penggunaan melebihi 1,500 kilowatt (kwj), dan ia tak akan bebankan golongan kurang berkemampuan.

“Tentang pengurangan subsidi elektrik, dia (pembangkang) kata kita bebankan rakyat, pengurangan ini dikurangkan kepada pengguna 1,500 kWj… tetapi kempen (pembangkang) kata ia beban kepada rakyat…siapa yang buat keputusan nak naikkan dulu? Kerajaan terdahulu (Perikatan Nasional) buat keputusan itu, ada hitam putih. Orang biasa, penjawat awam, tidak termasuk dalam kategori kena bayar kadar elektrik yang lebih tinggi. Kita ambil langkah ini supaya wang itu kembali kepada rakyat seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan eBelia Rahmah pada 26 Jun ini,” – Anwar Ibrahim

Dengan laungan harus bersama, Anwar tetap tegas dengan perasuah

Sementara Anwar menyeru untuk mengetepikan perbezaan, Anwar beri jaminan tak akan berlaku zalim terhadap sesiapa termasuk pemimpin pembangkang. Cuma, dia tegaskan ia bukan alasan untuk penguatkuasa tak ambil tindakan seperti mendakwa pemimpin pembangkang.

“Apa yang mereka (pembangkang) bawa ini (tuduh) pertuduhan palsu. Saya tak sanggup fitnah orang dan saya mahu di umur ini dengan kepayahan (yang saya lalui) dulu (jadi) sebagai pengajaran dan peringatan. Ia supaya tidak ada kezaliman kepada tokoh-tokoh pembangkang. Jadi jangan buat alasan, seolah-olah parti pembangkang itu tidak boleh didakwa,” – Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan

Beberapa bulan lepas, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim sifatkan sikap pendendam Anwar berhubung pendakwaan terpilih lebih teruk berbanding ketika pentadbiran pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Merujuk pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, yang berdepan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta, Awang berkata ia adalah satu permulaan daripada tindakan Perdana Menteri.

screenshot 2023 06 25 164513

Sebagai respons kepada tuduhan itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) melontarkan pertanyaan kepada pemimpin PAS berhubung apa bentuk kezaliman yang dia lakukan kerana dia hanya kerana mahu bersihkan negara ini dari perasuah.

Anwar mahu hentikan amalan rasuah yang dilakukan pemimpin terdahulu daripada terus menular sehingga merosakkan negara dianggap zalim.

“Zalim apa? Kamu tahukah apa kes ini? Kamu bacakah pertuduhan dia? Kamu nak pertahankan orang atau parti yang ambil RM200 juta, RM300 juta daripada syarikat-syarikat, ataupun daripada keputusan kerajaan dan habuan itu dipindahkan daripada parti. Itu pun nak dipertahankan, Islam apa begini? Saya tidak mengerti. Bagaimana kita boleh perkatakan kita pertahankan idealisme kemudian kata (mendakwa) sebagai Melayu tulen,” – Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Parlimen

Dalam masa yang sama, Anwar sentiasa menekankan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Peguam Negara dan badan kehakiman agar harus kembali bebas sebagai institusi yang ada integriti. Dia tegaskan kepada institusi yang kami sebutkan tadi, jangan melindungi perasuah kerana negara sudah rosak.

Anwar berpandangan rakyat sepatutnya mendapat pembelaan dan negara boleh dipacu dengan hebat, tetapi kerana penyakit ini (rasuah) menyebabkan semua menjadi rosak. Kadang-kadang dalam perbincangan dengan pihak berkuasa, Anwar sendiri tak tahu di mana nak mulakan sebab dalam setiap fail, ada masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *