Wan Saiful kata pendakwaan rasuahnya cacat

f1 min (6)

Bekas Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan didakwa minta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk bantu syarikat Nepturis Sdn Bhd dapatkan projek “Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur” daripada Kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang jumlah keseluruhannya RM232 juta.

Wan Saiful juga dituduh terima bagi dirinya suapan wang tunai berjumlah RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn Bhd sebagai upah bantu syarikat Nepturis dapatkan Surat Setuju Terima bagi projek itu.

Dia didakwa lakukan kedua-dua perbuatan itu di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana, pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku, Bukit Tunku antara 8 Julai 2022 hingga 30 Sept 2022.

Peguam Wan Saiful hantar surat ke SPRM

Wan Saiful Wan Jan ada hantar surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu perundangan babitkan dua pertuduhan rasuah yang dihadapinya. Peguam Wan Saiful, Amer Hamzah Arshad maklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob bahawa pihaknya menyerahkan surat tersebut melalui e-mel pada 2 Mei lepas.

“Kami mahu pihak pendakwaan meneliti isu yang dibangkitkan dalam surat tersebut. Pihak pembelaan mengambil langkah yang sepatutnya kerana ia membabitkan pertuduhan yang akan dibicarakan di mahkamah,” – Amer Hamzah, seperti yang dilaporkan Awani

screenshot 2023 06 28 081538

Amer Hamzah ketika ditemui pemberita berkata dalam surat tersebut pihaknya membangkitkan bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya tak menepati Seksyen 152, 153 dan 154 Kanun Prosedur Jenayah.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Amirah Muhammad Ali kata pihaknya menerima surat berkenaan pada 3 Mei dan sedang mempertimbang isu yang dibangkitkan. Surat tu akan dirujuk kepada pengarah pendakwaan dan mereka akan beri maklum balas mengenai perkara tu dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tu diterima.

Siti Amirah kata pihaknya masih belum memperoleh beberapa dokumen daripada pihak bank berkaitan perbicaraan untuk diserahkan kepada pasukan pembelaan. Pihak pendakwaan mohon tarikh pengurusan kes lain ditetapkan untuk mereka memaklumkan perkembangan mengenai surat tersebut selain menyerahkan dokumen berkenaan dan pernyataan saksi kepada pihak pembelaan.

Rozina kemudian kata sebarang isu dalam kes tu sepatutnya diselesaikan dalam tempoh tiga bulan sejak kes bermula dan tarikh perbicaraan sepatutnya boleh ditetapkan lebih awal.

Wan Saiful kata pendakwaan cacat

Kita akan mengetahui status kes ini dalam permohonannya Wan Saiful untuk batalkan dua pertuduhan rasuah yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa pada 21 Julai depan. Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur menetapkan tarikh keputusan permohonan bekas ketua penerangan Bersatu tu yang mendakwa alasan pertuduhan ‘cacat’.

Hakim mahkamah jenayah Rozina Ayob mendengar hujahan lisan daripada peguam Wan Saiful, Amer Hamzah Arshad dan timbalan pendakwa raya Rashidah Murni Adzmi.

Semasa perbicaraan, Amer berhujah pertuduhan adalah cacat kerana ia tak nyatakan dengan betul tarikh spesifik kesalahan yang didakwa. Peguambela tu menambah bahawa mereka tak memohon pembebasan penuh terhadap Wan Saiful, tetapi tertuduh diberi pelepasan tak berjumlah pembebasan (DNAA) dalam kes tu.

Rashidah balas bahawa pertuduhan itu dirangka dengan betul kerana ia cukup untuk beri notis kepada tertuduh mengenai jenis kesalahan yang didakwa.

Menerusi permohonannya, Wan Saiful menegaskan dua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 adalah cacat. Wan Saiful dakwa pertuduhan tak nyatakan masa dan tarikh spesifik kesalahan yang didakwa dilakukannya, sekali gus melanggar Seksyen 153 Kanun Tatacara Jenayah (CPC).

whatsapp image 2023 02 21 at 10.01.14 am 1 1

Katanya, pertuduhan itu tidak mengandungi butir-butir yang mencukupi untuk memberikan notis yang mencukupi kepadanya mengenai kesalahan yang didakwa dilakukannya, sekali gus melanggar Seksyen 154 CPC.

Wan Saiful berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tak kurang lima kali ganda nilai dorongan. Mahkamah jenayah menetapkan ikat jamin RM400,000 dan perintahkan pasport Wan Saiful dirampas sementara menunggu penyelesaian kes.

PN katanya sedia untuk menang semua kerusi

Sementara itu, Wan Saiful kata Perikatan Nasional (PN) sedia untuk menangi semua kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri biarpun bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin buat keputusan tak bersama gabungan parti tu.

Katanya, ia terpulang kepada bekas Ahli Parlimen Rembau tu sama ada mahu bersama dengan gabungan parti PN atau tidak.

“Kita sudah dimaklumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pengerusi PN) yang memberi penjelasan kepada kita (soal tawaran kepada KJ) dalam Majlis Tertinggi dan ketika ini biarlah perbincangan itu antara mereka berdua. Majlis Tertinggi bersetuju sepenuhnya apa yang disuarakan Tan Sri Muhyiddin dan keputusan sekarang adalah di pihak KJ. Secara peribadi sebagai orang yang sudah lama mengikuti ketokohan KJ, sudah semestinya saya berharap beliau boleh bersama kita (PN).” – Wan Saiful

Mei lalu, Muhyiddin mengakui menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu kepada Khairy, jika bersetuju mahu menyertai parti itu. Sumber PN memaklumkan Khairy tak akan menyertai mana-mana parti politik termasuk Bersatu atau menubuhkan parti baharu dalam waktu terdekat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *