Kes baharu Covid-19 semakin melonjak tinggi, kami terangkan isu berkaitan vaksin

f1
Kes baharu Covid-19 semakin melonjak tinggi, kami terangkan isu berkaitan vaksin

Dah masuk bulan Mei ni, kita sepatutnya dah menginjak ke fasa 2 dalam program vaksinasi kebangsaan kita. Sebelum ni, kami dah kongsikan sikit lima jenis vaksin yang bakal Malaysia peroleh dalam program ni. Setakat ni, kita dah terima tiga jenis vaksin iaitu Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca. Ni bermaksud kita perlu tunggu dua lagi jenis vaksin, beserta bekalan dos vaksin yang baharu.

728 X 90

Program vaksinasi kebangsaan kita dilaporkan berjalan dengan lancar, namun ada jugak orang kata program vaksinasi kita sebenarnya berjalan agak perlahan berbanding negara lain. Dengan kadar penularan jangkitan dan kemunculan varian baharu, kita sedang bertarung dengan masa untuk mencapai imuniti berkelompok. Lebih ramai menggesa agar kerajaan mempercepatkan agihan vaksin, jadi kerajaan negeri muncul membawa cadangan baharu.

Vaksin Muhyiddin
Via Sinar Harian

AstraZeneca kini dibuka untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas, sementara bilangan katil dah nak penuh akibat terlalu ramai pesakit

Susulan keberjayaan agihan vaksin AstraZeneca, semakin ramai yang tertarik semula nak ambil vaksin AstraZeneca. Baru-baru ni, kami dah kongsikan pasal kenapa AstraZeneca ni tak lagi tersenarai dalam pilihan vaksin untuk program PICK. Spekulasi risiko dilihat tak menjejaskan prestasi vaksin tersebut dan tak jugak mengugat keyakinan ramai untuk ambik vaksin. Ni suatu perkara yang baik dan wajar diperhatikan, lagi-lagi apabila kita mungkin akan mempertimbangkan lebih banyak pilihan vaksin di masa akan datang.

Sebenarnya, masalah utama yang melanda kita adalah kekurangan bekalan vaksin. Kita dah tetapkan nak ambil 5 jenis vaksin, tetapi kami harap pelbagai lagi vaksin akan kita perolehi untuk mengatasi masalah ni. Nasib baik buat masa ni, AstraZeneca kini dibuka untuk warga emas berusia 60 tahun. Ia selaras dengan rangka masa yang dah kita tetapkan sebelum ni, iaitu fasa 2 sepatutnya disasarkan untuk warga emas dan baki petugas barisan hadapan.

kumpulan sasaran
Via Berita Harian..

Dalam pusingan kedua ni, ia hanya dibuka untuk penduduk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak. Macam pusingan pertama dulu, ia berasaskan pendaftaran sukarela dan ‘siapa cepat dia dapat’. Menurut Khairy Jamaluddin, menteri penyelaras PICK;

“Namun, untuk pastikan kumpulan berisiko terus dilindungi, bagi pusingan kedua ini akan memberi keutamaan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas untuk mendapatkan akses awal pendaftaran. Ini kerana negara sedang berdepan peningkatan kes COVID-19, selain bagi mempercepat fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan,”- seperti yang dilaporkan Berita Harian

Sementara tu, khabar buruk dilaporkan di Lembah Klang. Dr. Noor Hisham melaporkan, kadar keseluruhan penggunaan katil ICU pesakit kini dah cecah 74%. Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak dan Negeri Sembilan pulak dah lebihi 80%. Oleh demikian, hospital Covid-19 akan tingkatkan jumlah katil ICU dengan guna semula wad-wad biasa. Ni boleh membawa maksud, hospital-hospital utama tak dapat merawat lebih ramai pesakit bukan kritikal untuk memberi ruang kepada pesakit kritikal Covid-19.

Perkembangan ni menggusarkan hati rakyat, dan desakan nakkan PKP yang lebih ketat semakin kuat. Di sebalik desakan tu pulak, kita jugak berbelah bahagi dengan tekanan yang bakal dirasakan semula oleh sesetengah rakyat khususnya dalam kalangan B40. Bukan senang kita nak desak wujudkan PKP, tanpa memikirkan risiko tekanan ke atas keluarga-keluarga yang dah memang terjejas teruk dari tahun lalu.

Kerajaan Persekutuan dinasihatkan jangan sekat kerajaan negeri nak beli vaksin

Melihatkan keadaan ni, timbul lebih banyak spekulasi bahawa kerajaan persekutuan dilihat sengaja ‘mencantas’ peluang kerajaan negeri untuk membeli sendiri bekalan vaksin. Bukankah lebih waras sekiranya kita benarkan je kerajaan negeri atau institusi beli sendiri bekalan vaksin tu untuk rakyatnya berbanding tunggu lebih lama di bawah program rasmi negara?

Pandangan ni dikemukakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sir Dr. James Jemut Masing. Dia rasa langkah ni akan dapat bantu Malaysia, khususnya Sarawak capai imuniti kelompok secepat mungkin. Klinik atau farmasi yang diiktiraf harus dibenarkan untuk beli vaksin dari sumber antarabangsa bagi memenuhi permintaan ketika tempoh pandemik ni.

“Keuntungan ekonomi tidak boleh menjadi faktor ketika Kuala Lumpur (kerajaan Persekutuan) membuat keputusan ini. Kesihatan rakyat mesti diutamakan sebelum pertimbangan ekonomi.”- seperti yang dilaporkan Berita Harian

Hari ni pulak, kita berhadapan dengan masalah kelambatan bekalan dos vaksin dan mungkin fasa 3 bakal dilewatkan sedikit. Kita berhadapan lagi dengan cabaran varian baharu yang lebih cepat merebak, dan kini masalah infrastruktur hospital kembali menghantui kita. Kita taknak jadi macam India sekarang, yang mana hospital pun dah tak mampu merawat lebih ramai orang sakit kerana kekurangan infrastruktur.

fmt kj vaksin fasa 3 lewat
Via FMT

Kerajaan negeri akhirnya dibenarkan beli vaksin sendiri, kini tugas bentuk imuniti kelompok di bahu kita

Desakan-desakan dari kerajaan negeri ni berjaya ‘melonggarkan’ syarat PICK. Malaysia Dateline melaporkan, kerajaan negeri kini dibenarkan beli vaksin sendiri dengan syarat ia dah dapat kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Jenis vaksin yang cuba diperoleh negeri-negeri perlulah dari syarikat farmaseutikal yang sama dibeli di bawah PICK.

“Berdasarkan syarat perjanjian di antara Kerajaan Persekutuan Malaysia dengan syarikat-syarikat pengeluar vaksin berkenaan, pembekalan stok vaksin yang telah ditempah perlu dan akan didahulukan kepada Kerajaan Persekutuan.

Ia bagi memastikan pelaksanaan PICK, sebelum apa-apa bekalan vaksin dapat disalurkan oleh syarikat farmaseutikal kepada mana-mana pihak lain termasuklah kerajaan negeri, pihak industri atau hospital swasta yang membuat tempahan dan pembelian selepas Kerajaan Persekutuan, melainkan melalui pembekal yang tidak terlibat dalam PICK,”- Khairy Jamaluddin, seperti yang dilaporkan Malaysia Dateline.

Ni bermakna kerajaan negeri dah boleh usahakan untuk beli bekalan vaksin sendiri, tetapi dalam masa yang sama, boleh jadi bekalan dos vaksin yang cuba dibeli tu kelak akan diutamakan sampai ke tangan Kerajaan Persekutuan dahulu. Selangor dan Sarawak dah buat keputusan untuk beli vaksin tambahan, manakala pembangkang di Johor turut mendesak kerajaan negeri agar membuat tindakan yang sama.

Klinik dan hospital swasta jugak dibolehkan untuk membeli vaksin tersebut, yang penting diorang jugak perlu memperolehnya di bawah syarat-syarat yang ketat bagi memastikan tak berlakunya sebarang penyelewengan dan penipuan. Kerajaan negeri Selangor turut tawarkan pihak swasta untuk beli vaksin daripada kerajaan negeri, jadi ni jugak perlu kita pantau dari semasa ke semasa. Walaupun begitu, janganlah kita leka dan sentiasalah menjaga penjarakan sosial. Peringatan ni turut terpakai untuk para penerima vaksin, sebab setakat ni, kita belum menang – kita belum menang selagi tak cecah imuniti kelompok.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top