Ingin bercakap tentang isu Palestin-Israel? Ini istilah-istilah yang korang kena tahu

f1

Sejak dua menjak ni, kita dihadirkan kembali dengan berita-berita buruk dari Palestin. Palestin dan Israel berbalas tembakan, ratusan cedera dan meninggal dunia. Demonstrasi aman dianjurkan seluruh dunia bagi membantah kekejaman Israel, sementara negara-negara lain masih pujuk kedua-dua pihak untuk buat gencatan senjata.

728 X 90

Namun di sebalik seluruh situasi ni, nampaknya masih ada yang belum jelas mengenai isu sebenar di Palestin. Timbul pelbagai spekulasi, salah faham dan salah maklumat berkenaan isu ni. Oleh sebab tu, kali ni kami nak terangkan secara ringkas untuk jawab beberapa salah faham yang biasa terjadi dalam memahami isu dan situasi Palestin ketika ni.

gaza israel palestin serangan
Via Astro Awani

1. Betul ke Palestin ni masih kucar-kacir hinggakan takde kerajaan, dan siapa sebenarnya “pengganas” ni?

Sepengetahuan kita yang nun jauh ni, kita hanya mengenali dan mengetahui Palestin sebagai sebuah tempat yang berbahaya, berisiko tinggi dan seolah-olah takde pemerintah. Sebenarnya dalam Palestin, terdapat beberapa aktor politik yang harus korang tau.

PLO, atau nama panjangnya adalah Palestine Liberation Organization, dan ditubuhkan mulanya untuk satukan kumpulan-kumpulan Palestin pada 1964. Lepas Perang Enam Hari pada Jun 1967, PLO dikenali dunia sebagai wakil orang Palestin. Pada 1968, pengaruh kumpulan militan dan kumpulan bebas dah muncul dalam PLO. Haluan PLO berubah agresif semasa Yasser Arafat hingga 1980-an, namun lepas kebangkitan orang ramai (Intifada) pada 1987, PLO lebih fleksibel ke arah keamanan dengan Israel. Setahun lepas tu, PLO mengiktiraf dirinya sebagai “negara Palestin”, dan menerima idea dua negara bersama Israel di tanah Palestin. Lepas kepimpinan Mahmud Abbas, ramai menyamakan PLO dan PA (Palestine Authority).

palestinians demonstrating in front of the palestine liberation organization (plo) offices
PLO kini beribu pejabat di Ramallah, Tebing Barat. Diorang jadi suara dan tangan utama untuk Palestin.. -Via Al Shabaka

Fatah pula adalah organisasi politik dan ketenteraan yang ditubuhkan pada akhir 1950-an oleh Yasser Arafat dan Khalil al-Wazir. Tujuannya, nak bebaskan Palestin daripada kawalan Israel menerusi cara perang gerila. Memandangkan Fatah pada awalnya adalah organisasi gerila untuk lawan Israel, taktik diorang selalu bersifat agresif. Bila ada pertembungan kepimpinan, ada di antara diorang berpecah dari dalam khususnya dari sayap ketenteraan dipanggil Black September. Kumpulan Black September ni membunuh PM Jordan, Wasfi al-Tel dan pada 1972, beberapa anggota sayap ni bunuh 11 atlet Israel di Munich, Jerman. Fatah berjaya dikawal kembali oleh Yasser Arafat.

Hamas ni adalah gerakan dalam Palestin yang menentang pendekatan dua negara. Mulanya, para aktivis yang ada kaitan dengan Ikhwanul Muslimin bergiat aktif dalam penubuhan sekolah dan klinik khusus di Gaza dan Tebing Barat yang diduduki Israel lepas Perang Enam Hari. Lepas Intifada, Hamas ditubuhkan oleh anggota Ikhwanul Muslimin dan kumpulan sayap keagamaan dalam PLO. Diorang berpandangan Palestin adalah tanah orang Islam dan tak boleh diberikan kepada orang bukan Islam, sekaligus tak iktiraf kewujudan Palestin. Oleh tu, diorang pun tubuhkan jugaklah sayap ketenteraan dipanggil pendek hari ni sebagai gerakan ‘al-Qassam’.

hamas fatah berbaik
Ada berharap Hamas dan Fatah terus berbaik dan bersatu untuk berhadapan dengan Israel.. Via Carlos Latuff

Dalam pilihan raya 2006 untuk memilih kerajaan Palestin, Hamas banyak menang kerusi berbanding Fatah. Kedua-dua bina kerajaan campuran, dengan Ismail Haniyeh dilantik sebagai PM Palestin. Walaupun begitu, kerajaan campuran tu tak kekal lama apabila darurat diisytiharkan pada 2007. Hamas mentadbir Gaza, manakala Fatah mentadbir Tebing Barat. Israel isytihar Hamas sebagai entiti pengganas dan kemudiannya, berlaku lebih banyak siri perang kecil daripada dua pihak. Hamas serang, Israel serang balas semula. Protes demi protes yang berlaku di Gaza menyebabkan Israel turut bertindak agresif seperti menembak, mengugut dan menahan para pemprotes.

PFLP, atau nama bahasa Inggerisnya Popular Front for the Liberation of Palestine adalah organisasi yang berideologikan Marxist-Lenin dan banyak kali dikaitkan dengan PLO. Ia ditubuhkan pada 1967 oleh ketua militan George Habash. PFLP banyak buat serangan ke atas Barat dan Israel khususnya aktiviti rampasan kapal pada akhir 1960 hingga awal 1970-an. Diorang, macam Hamas, tolak pendekatan kompromi dengan Israel. Ia boleh dianggap sebagai gerakan kiri dan selalu mengkritik PA berkenaan dasar dan polisi diorang.

pflp parti kiri
PFLP sedang berdemonstrasi di Gaza pada 2010.. -Via Times of Israel

Hizbullah adalah parti politik dan kumpulan militan yang muncul semasa perang saudara Lubnan lepas Israel cuba menawan negara tu pada 1982. Hizbullah ni diasaskan oleh beberapa agamawan Syiah di Lubnan, bertujuan untuk halau Israel daripada Lubnan dan nak bina kerajaan republik Islam di Bukit Biqa. Bukit Biqa ni majoriti penduduk Syiah. Setelah perang saudara tamat pada 1990, Hizbullah masih lagi nak tentang Israel tetapi dah taknak bina kerajaan republik Syiah di selatan Lubnan.

Pada 2006, Hizbullah dan Israel berbalas serangan lalu mengakibatkan lebih 1,000 kematian dan sekurangnya sejuta lagi hilang tempat tinggal. Hizbullah dan pemimpinnya Hassan Nasrallah, dijulang sebagai hero dalam dunia Arab kerana berani melawan pasukan tentera Israel (IDF) yang lebih kaya dan canggih teknologi persenjataannya. Ramai berpandangan Hizbullah turut membantu serangan Hamas ke atas Israel di Lubnan.

https://www.youtube.com/watch?v=xPyE4h8hH9o

2. Benarkah semua Yahudi di dunia ni jahat belaka dan sokong Israel?

Sebelum ni kita dah kenal sikit pasal pihak yang ada kaitan dengan Palestin… tiba masanya kita kenali jugak siapa yang berada di pihak Israel ni. Biasanya, orang main kutuk je Israel dan terus kaitkan kezaliman Israel sebagai kezaliman suatu bangsa tertentu iaitu Yahudi.

Sejarah bangsa Yahudi ni memang panjang, dan dalam isu kewujudan Israel, nampaknya ia agak penting untuk dibicarakan lebih teliti. Secara asasnya, kita tau Yahudi ni sesiapa je yang rasa dia anuti agama Yahudi dan kitab yang diorang rujuk adalah kitab Taurat. Namun ia jadi semakin rumit bila ia dah jadi suatu identiti etnik dan hari ni, disandarkan kepada bukti diorang ada hak ke atas sesuatu tanah.

israel nyt
Kumpulan Yahudi ultra-ortodoks sedang berdoa.. -Via The New York Times

Di sini kita kena faham beberapa perkara: tak semua Yahudi sokong pembentukan Israel. Misalnya, Yahudi Ortodoks ni kelompok Yahudi yang benar-benar ikut cabang tradisi agama dan mengamalkan undang-undang Yahudi, atau Halakha. Kumpulan utama yang kita boleh lihat adalah Yahudi Haredi, dan diorang ni antara penentang utama penubuhan Israel. Ni bermaksud tak semua Yahudi sokong Israel. Jadi siapa yang sokong?

Haa.. di sinilah kita kena ketahui apa benda tu Zionisme. Zionisme ni suatu ideologi politik yang dianuti oleh Zionis. Diorang percaya Yahudi layak bina negara sendiri di tanah air diorang iaitu Israel. Diorang menjejaki idea pembentukan negara Israel ni dari pembinaan tanah Israel semasa 950 sebelum Masihi. Nasionalisme Yahudi kemudiannya bangkit semasa abad ke-19, membawa kepada gerakan antarabangsa Zionisme kira-kira pada tahun 1896. Gerakan Zionisme ni amat popular dalam kalangan Yahudi Eropah, sehinggakan ratus ribuan orang Yahudi berbondong-bondong berpindah dari Eropah ke Palestin.

judaism zionism
Kumpulan Neturei Karta lantang menolak Israel.. -Via BBC

Perpindahan besar-besaran ni buatkan ramai orang Arab termasuklah orang Palestin sendiri tak berapa selesa. Ditambah lagi dengan perbezaan budaya fikir, tentunya ni akan memarakkan api konflik antara Zionis (rata-ratanya dari Yahudi Eropah/Ashkenazi dan Sephardik) dengan orang Arab Palestin. Lagipun, kat Palestin tu ada jugak Yahudi… dan Yahudi Arab pun wujud jugak. Kajian Menacheim Klein pada 2014 membuktikan bahawa hubungan Yahudi-Arab dalam komuniti di Palestin agak rapat, sehingga diorang ada nama sendiri untuk Yahudi Palestin: peribumi (Abna al-Balad) dan Yahudi Arab (Yahud Awlad Arab). Berikut cuplikan dari memoir sorang peribumi Palestin:

“Kami tahu mereka (imigran Yahudi Eropah) berbeza daripada ‘Yahudi kami’. Saya maksudkan Yahudi-Arab. Kami lihat mereka sebagai orang luar daripada Eropah berbanding Yahudi di sini”- Ghada Karmi, doktor perubatan dan penulis dari Palestin, dipetik dalam kertas kajian Klein

Di sini ternyatalah bahawa bangsa Yahudi, dan perbezaannya dengan Zionisme. Zionis ni tak kira bangsa, negara mahupun agama, kerana ia merupakan ideologi politik ultra-nasionalisme yang diamalkan oleh Israel. Ada orang Islam pun boleh jadi penyokong Zionis, orang Kristian pun ada jugak… bahkan orang ateis pun boleh jadi Zionis. Daripada fahaman ni jugak, kita kena sedar bahawa anti-semitik (anti-Yahudi) tak sama dengan anti-Zionisme. Mengkritik Israel, dan Zionisme tak membawa maksud korang ni anti-semitik/anti-Yahudi. Jelaslah, Yahudi pun tak semua sokong Zionisme mahupun Israel.

3. Bagaimana Palestin cukup besar untuk dibahagi-bahagikan?

Dalam peta asal, Palestin ni agak luas. Tetapi ada tiga kawasan yang selalu disebutkan iaitu Baitul Maqdis/Jerusalem, Tebing Barat dan Genting Gaza. Ni adalah peta kawasan Palestin.

palestina dihapus dari peta digital netizen yjw
Peta Palestin yang kemudiannya diduduki Israel sebahagiannya.. -Via Sindonews

Sebelum 1947, keseluruhan tanah tu dikenali sebagai Palestin. Kemudiannya, beberapa kawasan kemudian didiami oleh Zionis yang datang dari Eropah di bawah pelan Deklarasi Balfour. Dalam cadangan peta PBB pada 1947, korang boleh lihat sendiri berapa besar ruang tanah yang diperuntukkan untuk Zionis. Masa tu, Baitul Muqaddis ditetapkan merupakan kawasan neutral tetapi cadangan tu gagal apabila ia dibahagikan kepada dua selepas Perang Arab-Israel 1948.

Israel menduduki Baitul Muqaddis di bahagian barat, manakala Jordan pegang bahagian timur. Kemudian pada Perang Enam Hari 1967, Israel menawan keseluruhan Baitul Muqaddis dan turut memperluas sempadan bandar tersebut hingga ke kawasan-kawasan bandar Tebing Barat yang lain.

Tindakan Israel menawan dan memperluas sempadan bandar hingga ‘menelan’ sebahagian kawasan yang dah jelas milik Palestin tu dikecam antarabangsa termasuk PBB. Tapi Israel tak peduli pun. Baitul Muqaddis, kini disebut komuniti antarabangsa sebagai Jerusalem, ni amat penting secara sejarahnya sebab ia menjadi bandar pertemuan tiga agama samawi iaitu Judaisme, Kristian dan Islam. Bila Israel dakwa Baitul Muqaddis milik diorang je, ni menimbulkan kemarahan khususnya dari umat Islam. Tentulah apabila Trump buka kedutaan di Jerusalem, ni sekaligus menunjukkan Amerika Syarikat sokong Israel secara terbuka.

west bank tebing barat
Tebing Barat.. -via Britannica Academic

Tebing Barat ni besar, dahulunya. Baitul Muqaddis pun termasuk jugak dalam kawasan Tebing Barat (West Bank). Tetapi sekarang ia dah semakin kecil dan tu pun, dikongsi antara PLO dan Jordan sehingga 1988. Tanahnya subur untuk pertanian, tetapi perkembangan industri tak sepesat yang diharapkan. Lepas perang 1967, Israel berjaya kawal sebahagian besar Tebing Barat (termasuklah Baitul Muqaddis).

Pada 1988, raja Jordan iaitu Raja Hussein umumkan dia mansuhkan semua tanggungjawab pentadbiran Jordan di Tebing Barat. Perkara ni sekaligus ‘meninggalkan’ orang Palestin, dan dioranglah yang terpaksa berhadapan dengan tentera Israel yang ditugaskan kawal Tebing Barat. Situasi ni terus berkekalan hingga kini, dimana Palestinian Authority (PA) cuba untuk mempertahankan kebebasan di kawasan bandar di sana sementara Israel perlahan-lahan menduduki kawasan Tebing Barat secara haram.

tebing barat israel palestin kawal
Peta Tebing Barat dan bahagian-bahagian yang ditadbir oleh Israel dan Palestin.. Via Al Jazeera

Satu lagi kawasan utama adalah Genting Gaza. Macam kami terangkan sebelum ni, Hamas mentadbir Gaza dan tak hairanlah, kerapkali kita dengar laporan serangan yang lebih sengit dan agresif antara Israel dan Gaza. Semasa kempen Sinai oleh Israel pada 1956, Gaza ditakluki oleh tentera Israel. Walau bagaimanapun, tekanan antarabangsa berjaya paksa Israel berundur. Gaza kembali diduduki oleh Israel semasa 1967 dan terus ditadbir oleh Israel sehingga 1994. Beberapa rundingan dah dilakukan, sehingga Israel bersetuju untuk berundur sepenuhnya dari Genting Gaza pada 2005 lalu memberikan kawalan pentadbiran kepada orang Palestin di sana.

Walaupun dengan tindakan pengunduran ni, Israel terus menjalankan beberapa operasi ketenteraan untuk ‘mengawal’ Gaza. Bukan tu je, Israel turut menyekat laluan laut dan darat, sehingga menyukarkan bekalan makanan dan pelbagai keperluan lain untuk sampai ke tangan orang Palestin di Gaza. Tak keterlaluan jika kita rumuskan bahawa Gaza merupakan kawasan yang paling teruk terjejas di Palestin akibat tindakan Israel.

gaza israel palestin pelarian
Gaza begitu padat dan tentunya kawasan yang paling memerlukan bantuan di Palestin.. -Via Al Jazeera

Dua kawasan utama ni je lah yang banyak diduduki oleh orang Palestin. Selebihnya Israel punya. Dengan usaha Israel membina lebih banyak penempatan haram, tak hairanlah sekiranya kawasan-kawasan yang dijanjikan untuk Palestin dalam perjanjian sebelum ni dikikis habis oleh Israel. Gaza jugak menjadi kawasan utama yang hanya lebih kurang 356 km persegi, padat menempatkan beberapa kem pelarian. Maka apabila operasi ketenteraan dijalankan… Gaza pasti basah dengan darah. Konteks sejarah konflik Palestin-Israel lepas ni kami kupas dalam bahagian seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *