Wanita berseluar pendek dikompaun, Bersatu kata salah

f1 min (7)

Baru-baru ini seorang peniaga wanita bukan Islam di kedai pakaian di Jalan Merbau dikompaun oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) selepas didapati pakai seluar pendek paras punggung semalam. Yang Dipertua MPKB-BRI, Rosnazli Amin kata, kompaun itu dikeluarkan oleh anggota penguat kuasa mengikut Seksyen 34(2)(b) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKB-BRI) 2019.

Menurutnya, pemegang lesen perlu pastikan dirinya dan pekerja berpakaian sopan, bersih selain kemas sepanjang jalankan aktiviti perniagaan atau perindustrian. Seksyen tu juga tegaskan bahawa individu yang bukan beragama Islam perlu memastikan dirinya dan pekerja bukan Islam memakai pakaian sopan. Sekiranya pekerja beragama Islam, hendaklah memakai pakaian menutup aurat.

screenshot 2023 06 28 114336

Dia turut menambah MPKB-BRI beri perhatian serius terhadap hantaran pemegang akaun Facebook wanita tu dan komen-komen netizen pada hantaran tersebut. Menurut Rosnazli, pihaknya kesal dengan kenyataan mengelirukan tidak berasas dan berterusan yang telah dibuat oleh pemegang akaun Facebook tersebut.

Keadaan tu dikatakan mengundang persepsi negatif masyarakat terhadap anggota penguat kuasa MPKB-BRI dan pihak berkuasa tempatan.

Ramai yang kecoh apabila wanita yang dikompaun muat naik gambar notis kompaun di akaun Facebook miliknya apabila tak puas hati selepas dikompaun anggota penguat kuasa MPKB-BRI atas kesalahan tak memakai baju-T dan seluar pendek paras punggung.

Bersatu yang sebahagian dari PN pun tak setuju tindakan ini

Kena ingat, Kelantan ditadbir oleh PAS (Perikatan Nasional). Anehnya seorang pemimpin Bersatu (yang merupakan ahli PN) tampil menyelar tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mengenakan kompaun terhadap wanita yang kami sebutkan tadi. Timbalan Pengerusi Biro Perlembagaan dan Undang-undang Bersatu, Sasha Lyna Abdul Latif tegaskan tindakan tu terpesong dan menyalahi undang-undang.

Menurutnya keputusan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengenakan kompaun ke atas wanita itu kerana melakukan kesalahan di bawah 34(2)(b) Undang-undang Kecil Perniagaan dan Perindustrian 2019 adalah terbatal. Kata Sasha, ia melebihi kuasa yang diberikan kepada majlis di bawah Seksyen 102 Akta Kerajaan Tempatan 1976 untuk membuat undang-undang kecil.

68650
Sasha Lyna Abdul Latif

“Seksyen 102 hanya membenarkan PBT melaksanakan undang-undang kecil berkaitan ‘kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan’. Tiada kuasa diberikan untuk mengawal pakaian atau moral,” – Sasha

Walaupun enakmen syariah boleh kawal pakaian orang Islam, PBT tak ada kuasa untuk buat demikian dan kompaun yang dikenakan kepada pemilik kedai wanita bukan Islam tu patutnya terbatal dan menyalahi undang-undang.

Langkah terbaik untuk PBT tu ialah batalkan kompaun dan gantung penguatkuasaan Seksyen 34(2)(b) sementara menunggu semakan oleh pihak berkuasa negeri atau exco. Sasha turut tegaskan peraturan yang dikenakan ke atas wanita Islam supaya menutup aurat mereka tidak boleh dikenakan kepada bukan Islam.

“Perkataan ‘sopan’ dalam Seksyen 34(2)(b) adalah kabur dan terbuka kepada pelbagai tafsiran. Adalah tak adil untuk mengenakan denda kepada wanita itu apabila takrifan kesalahan itu tidak jelas. Apa pun, sama ada pakaiannya tidak senonoh atau tidak adalah perkara subjektif. Untuk mengesahkan bahawa pakaian itu ‘tidak senonoh’ pastinya memerlukan beberapa tahap kelucahan yang lebih daripada sekadar berpakaian kemeja-T dan seluar pendek. Contohnya seperti separa bogel. Ini jelas tidak berlaku di sini. Ia juga boleh dianggap sebagai tidak adil kerana ia nampaknya mensasarkan wanita secara rambang,” – Sasha seperti dilaporkan Berita Harian

Ayah angkat wanita tersebut telah jelaskan kompaun

Sementara itu, bapa angkat kepada wanita yang dikompaun Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) telah membayar kompaun yang dikenakan MPKB terhadap anaknya memohon isu ini tidak dipolitikkan. Dia berkata sedemikian setelah selesai membayar kompaun bernilai RM50 pagi tadi.

“Saya terima banyak panggilan berhubung isu ini termasuk daripada DAP yang menawarkan khidmat guaman, namun saya menolak kerana menganggap ramai pihak mengambil kesempatan memandangkan akan berlakunya pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi. Saya tidak mahu perbesarkan isu ini memandangkan saya sendiri sudah mendapat penjelasan dengan MPKB sendiri,” katanya lagi.

Kes ini dapat perhatian termasuk kritikan pimpinan Bersatu yang kami sebutkan tadi. Selain itu, DAP turut tawarkan khidmat guaman kepada wanita tersebut sekiranya dia memilih untuk membawa kes itu ke mahkamah.

screenshot 2023 06 28 114648

See berkata pada awalnya dia sendiri keliru dengan kompaun terhadap anaknya itu memandangkan kedai bajunya jual pakaian wanita Cina dan tak didatangi pengunjung Melayu atau lelaki. Katanya dia cuba dapatkan penjelasan daripada MPKB berhubung pemakaian yang dianggap seksi dan perkara itu juga sudah terjawab selepas mengadakan pertemuan dengan pihak MPKB.

“Saya tidak menganggap apa yang berlaku isu perkauman sebaliknya saya hanya mahukan pencerahan. Saya tinggal di Kelantan sejak sekian lama dan tak pernah rasis. Ada orang kata saya rasis, namun orang yang kenal saya mereka tahu saya bagaimana. Saya ada kedai kopi dan turut menyediakan surau untuk pengunjung beragama Islam,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *