Kemenangan PAS di Kuala Terengganu dibatalkan mahkamah

f1 min (8)

Pada awal tahun ini, Badan Perhubungan UMNO Terengganu failkan petisyen untuk batalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman. Petisyen tu libatkan tiga kawasan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said kata petisyen ni difailkan antara lain atas dakwaan PAS telah menyogok pengundi dengan agihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 Nov 2022, beberapa hari sebelum PRU15 melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.

whatsapp image 2023 01 16 at 3.08.14 pm

Petisyen ini sebab dia beri (wang bantuan) beberapa hari sebelum PRU15. Amalan politik wang ini walau apa jua keadaannya, dari segi moralnya adalah salah,” – Ahmad Said

Ahmad kata UMNO Terengganu harap pilihan raya dapat diadakan semula di ketiga-tiga kawasan tu, seperti yang pernah berlaku semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 2018. Perkara ni pernah berlaku semasa PRK Cameron Highlands dulu dan mahkamah batalkan keputusan. Ketika itu Umno Terengganu harap berdasarkan bukti yang kita ada, pilihan raya dapat diadakan semula.

Peguam Amin Othman yang wakili calon BN di ketiga-tiga kawasan tu bagi pihak UMNO Terengganu kata pihaknya ambil keputusan untuk memfailkan petisyen, setelah meneliti bahan bukti dan keterangan saksi.

“Kami mempunyai saksi yang mencukupi untuk petisyen ini, hampir 20 orang berusia antara 18-20 tahun di tiga kawasan ini,” katanya.

Pada PRU15, Ahmad yang mewakili Barisan Nasional (BN) serta tiga calon lain yang bertanding di kerusi Parlimen Kemaman, tewas kepada calon PAS Che Alias Hamid yang menang majoriti 27,179 undi.

Bagi Parlimen Marang, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang terus mengekalkan kemenangannya dengan majoriti 41,729 undi dalam pertandingan empat penjuru, manakala Parlimen Kuala Terengganu kekal disandang Datuk Amzad Hashim (PAS) yang memperoleh majoriti 40,907 undi menewaskan tiga calon lain.

Selain Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman, BN juga failkan petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya di Gua Musang, Putrajaya, Masjid Tanah dan Segamat.

Keputusan Mahkamah batalkan kemenangan PAS di Kuala Terengganu

Semalam Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Terengganu batalkan kemenangan Ahli Parlimen PAS Ahmad Amzad Hashim di Kuala Terengganu pada PRU15. Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Firuz Jaffril benarkan petisyen pilihan raya yang difailkan calon BN di kerusi Parlimen itu, Mohd Zubir Embong.

Peguam Amzad, Yusfarizal Yusoff mengesahkan keputusan itu ketika dihubungi media. Yusfarizal kata pihaknya akan failkan permohonan agar keputusan tu ditangguhkan, sementara menunggu rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said kata, antara isu yang dibangkitkan dalam petisyen adalah dakwaan yang PAS menyogok pengundi menerusi bantuan kewangan daripada kerajaan negeri – dengan program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa – antara 15 hingga 17 November tahun lalu, iaitu beberapa hari sebelum hari mengundi.

Keputusan untuk Kuala Terengganu merupakan petisyen pertama terhadap keputusan PRU15 yang dibenarkan mahkamah.

Cuma, Marang kekal milik Hadi

Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Ahli Parlimen Marang selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu menolak petisyen yang difailkan calon Barisan Nasional (BN) bagi batalkan kemenangan Presiden PAS tu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hassan Abdul Ghani, yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Pilihan Raya, buat keputusan tu selepas dapati pihak pempetisyen, Jasmira Othman, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.

president of the pan malaysian islamic party abdul hadi awang speaks during an interview with reuters, in kuala lumpur

Hassan turut mengarahkan pempetisyen yang juga calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Marang pada PRU15, diwakili peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun, membayar kos RM50,000 kepada pihak Abdul Hadi. Peguam, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang mewakili Abdul Hadi, berkata pihaknya berpuas hati dengan keputusan berkenaan yang disifatkan wajar dan menyeluruh.

Katanya, seramai 10 orang saksi dipanggil oleh pihak pempetisyen dan tiga orang saksi bagi pihak responden.

“Konklusi yang dibuat Yang Arif Hakim (adalah) pempetisyen telah gagal buktikan kes mereka pada tahap keraguan yang munasabah. Oleh sebab itu tidak ada, (jadi) beban itu tidak beralih kepada pihak responden untuk membuktikannya satu kes prima facie.”

Kalau dalam kes jenayah itu, dia panggil tidak dipanggil bela diri tapi oleh kerana petisyen ini separa jenayah, maka responden memberikan keterangan juga. Jadi keterangan responden itu telah meyakinkan dan diterima mahkamah, maka petisyen itu tidak diterima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *