Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
f1 min (9)
Isu Semasa

Akui tersilap label ‘Musuh Allah, Zainul Asri mohon maaf

By Subeditor
June 28, 2023 3 Min Read
Comments Off on Akui tersilap label ‘Musuh Allah, Zainul Asri mohon maaf

Beberapa hari lepas, Pakatan Harapan (PH) buat laporan polis terhadap pendakwah bebas Zainul Asri Mohd Romli kerana didakwa keluarkan kenyataan berbentuk hasutan apabila menyamakan musuh politik dengan ‘musuh Allah’. Ketua Biro Mobilisasi Pusat Media PH, Mohamad Yahya buat laporan tu di Balai Polis Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Menurutnya, ucapan tu dibuat Zainul dalam program Himpunan Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 24 Jun lalu. Rakaman program itu juga katanya boleh ditonton menerusi Youtube. Melihat kepada perkataan yang diungkapkan, jelas Zainul kaitkan ucapannya dengan pilihan raya negeri (PRN) yang akan berlangsung tak lama lagi.

356160562 750267293768431 8084703751625721216 n

Dengan menyamakan musuh politik dengan musuh Allah, maksudnya musuh politik boleh diperangi seperti mana beberapa insiden yang pernah berlaku sebelum ini. Ungkapan sebegini adalah satu bentuk hasutan dan jelas boleh menimbulkan salah faham di kalangan rakyat dan bahaya kepada kestabilan dan keselamatan negara serta mengugat ketenteraman awam.

Perkataan musuh Allah sering kali digunakan oleh kumpulan-kumpulan pengganas dan ekstremis bagi tujuan menghasut pengikut mereka untuk bertindak di luar batasan undang-undang.

Dalam rakaman tu, Zainul menyeru agar umat Islam perbanyakkan solat hajat sebelum pembubaran dewan undangan negeri (DUN). Dia juga menyatakan semoga Kedah dilindungi daripada musuh Allah.

“Moga-moga Allah mempertahankan negeri ini daripada dijatuhkan oleh musuh-musuh Allah dan dimenangkan agama Allah, insya-Allah,” katanya disusuli tiga kali laungan takbir.

Menteri KDN sahkan yang ucapan itu sedang disiasat

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail kata pendakwah Syeikh Zainul Asri Romli mengaku buat kesilapan mendakwa Tuhan akan mempertahankan Kedah yang dipimpin PAS daripada “musuh Allah”, dalam ucapannya. Saifuddin kata, pendakwah tu sudah dipanggil polis dan dirakam keterangan. Dia juga mengesahkan bekas Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli tidak akan direman berhubung ucapan berkait isu ‘musuh Allah’, Sabtu lalu.

https://www.youtube.com/watch?v=EhYEUtzDPK4

Dalam pertemuan pertama dengan polis, Zainul Asri mengaku melakukan kesilapan dan menyatakan terlalu teruja apabila melihat hadirin yang ramai. Polis bagaimanapun akan menyambung siasatan terhadap pendakwah tu memandangkan laporan terhadapnya sudah dibuat.

Saifuddin kata, jika “orang agama” menyentuh isu 3R, ia mengundang kesan yang besar dan sepatutnya ia mesti dielak. Parti politik sepatutnya menumpukan kepada soal dasar ketika berkempen menjelang PRN.

Selepas insiden ini, penceramah bebas Zainul Asri Mohd Romli tampil mohon maaf kepada mereka yang tersinggung dengan ucapannya pada program Kedah Berselawat.

“Tampilnya saya pada saat ini adalah untuk menyelesaikan isu berbangkit berkenaan dengan ucapan saya di program Kedah Berselawat iaitu berkenaan dengan isu ‘musuh Allah’ yang disalahtafsirkan, dan pada saat ini saya ingin membuat penjelasan.

Saya mengucapkan permohonan maaf tidak terhingga kepada rakyat Malaysia yang tersinggung tersentuh terhadap ucapan yang berbangkit. Sesungguhnya saya tidak mensasarkan ucapan itu kepada mana-mana kumpulan dan tidak sebut kepada mana-mana parti politik dan juga sesiapa sahaja,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di Facebooknya, malam tadi.

Macam yang kami kata tadi, Pakatan Harapan (PH) buat laporan polis terhadap pendakwah bebas itu kerana dia didakwa mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan apabila menyamakan musuh politik dengan ‘musuh Allah’.

Sementara itu menjelaskan maksud ucapannya Zainul Asri berkata, apa yang maksudkan dalam ucapan itu adalah berdasarkan firman Allah dalam al-Quran. Dia memetik terjemahan ayat al-Quran yang berbunyi; “Tidak akan meredai golongan Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jejak langkah kehidupan mereka”.

Jadi itulah yang menjadi tujuannya dalam ucapan itu kerana Islam adalah agama yang istiqamah dengan akidah perjuangannya dan menolak sebarang bentuk dakyah dan usaha daripada mush-musuh Islam iaitu dimaksudkan dengan golongan Yahudi dan Nasrani.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
f1 min (8)
Previous

Kemenangan PAS di Kuala Terengganu dibatalkan mahkamah

f1 min (10)
Next

Ini proses pilihan raya di Malaysia

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme