Bukan setakat di kedai makan je tak boleh merokok, sekolah pun sama…

F1

Macam yang kami cerita semalam, bermula tahun ni – mana-mana perokok yang masih degil akan dikenakan kompaun. Tapi macam biasalah; tak semua orang yang membaca atau alert. Dalam dunia hari ni – kalau korang tak cakna dengan apa yang jadi, korang akan ‘bayar’ sesuatu. Itulah yang terjadi dengan beberapa individu yang sambut tahun baru dengan hadiah saman kerana merokok di restoran.

Masih ada perokok yang merayu tak disaman sebab katanya tak tahu dengan undang-undang ni

Masih ada yang ingkar dengan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan pada hari pertama penguatkuasaan penuh di seluruh negara, semalam. Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Op PPKHT) dijalankan di beberapa negeri, dan masih ramai yang degil dengan bagi alasan tak tahu mengenai larangan tu, walaupun penguatkuasaan pendidikan selama 12 bulan telah dijalankan.

S1
Via Berita Harian

Bagi mereka yang didapati merokok kat kawasan larangan termasuk di semua tempat makan akan dikenakan kompaun sebanyak RM250. Kat Kuala Lumpur, empat notis kompaun dikeluarkan dalam operasi penguatkuasaan yang dilakukan di tiga lokasi, semalam.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan Pejabat Kesihatan Titiwangsa Nordayana Musa yang ketuai operasi tu kata; ada perokok yang merayu supaya hanya diberikan amaran dengan beri alasan tak tahu mengenai penguatkuasaan larangan merokok tu.

Di Pahang pulak, 51 individu jadi kumpulan pertama dikenakan kompaun kerana ingkar larangan tak merokok dalam premis makanan. Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Sha’ari Ngadiman kata empat premis makanan juga dikenakan kompaun masing-masing atas kesalahan benarkan pelanggan merokok dan tak menampal notis larangan merokok.

“Sehingga kini, sebanyak 656 premis perniagaan makanan telah diperiksa dan kita akan meneruskan operasi ini sehingga tengah malam dengan sasaran utama medan selera dan restoran 24 jam,” – Dr Sha’ari Ngadiman, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Via Giphy

Dia maklumkan pelaksanaan Op PPKHT pada hari pertama pada tahun 2020, libatkan 186 kakitangan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kesihatan Pahang.

Beberapa negeri lain turut buat operasi, tauke kedai makan pun kena bagi amaran sekali

Untuk di Negeri Sembilan pulak, operasi yang dijalankan secara serentak oleh 95 pegawai penguat kuasa dari tujuh Pejabat Kesihatan Daerah di seluruh negeri tu merekodkan 42 notis dikeluarkan menerusi pemeriksaan ke atas 379 premis makanan.

S1
Via Metro

Ketika ditemui BERNAMA, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Datuk Dr Zainuddin Mohd Ali kata tujuh daripada notis tu dikeluarkan kepada pemilik premis berkaitan kesalahan tak mempamerkan tanda larangan merokok. Lapan notis pulak dikeluarkan berkaitan tanggungjawab pemilik dalam memastikan bahawa takde individu merokok di dalam premis diorang.

Di Perak, lima premis makanan di sekitar Jelapang, Ipoh diperiksa dalam operasi membabitkan 16 kakitangan Pejabat Kesihatan daerah Kinta. Sepanjang operasi tu diorang wartawan BERNAMA dapati rata-rata pengusaha makanan terkejut dengan kehadiran kakitangan tu ke premis makanan, dan seolah-olah tak peka dengan penguatkuasaan larangan merokok yang dah bermula.

S1
Kena kompaun, dapat ceramah free. Via Metro

Tapi, takde kompaun dikeluarkan dengan pelanggan akur dengan mematuhi arahan selain pengusaha makanan turut letakkan tanda larangan merokok di premis masing-masing.

Untuk sesi persekolahan ni, harap mak bapak gunalah akal dengan tak merokok

Susulan penguatkuasaan kompaun rokok ni, Twitter Public Health Malaysia jugak beri peringatan kepada bapa untuk tidak menghisap rokok atau vape di luar pintu pagar sekolah. Sebabnya kalau bapak atau mak ni merokok, mestilah budak-budak ni nampak dan diorang akan terdedah dengan bahaya asap rokok.

S1
Lihatlah anak-anak kita. Via Sirap Limau

Kenyataan itu dimuat naik sempena sesi persekolahan bermula semalam untuk beberapa negeri seperti negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu. Sekolah-sekolah rendah dan menengah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya adalah bermula pada hari ni.

Macam yang kami dah cerita panjang tadi, perbuatan merokok wajib dilakukan di luar jarak tiga meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis makanan.

Bagi kesalahan merokok di kawasan larangan, kompaun sebanyak RM250 boleh dikenakan dan sekiranya gagal bayar kompaun, pesalah akan didakwa di mahkamah dan boleh dikenakan denda tak melebihi RM10,000 atau tidak lebih dua tahun penjara.

Walaupun langkah ni nampak macam tak popular, tapi ia beri banyak kebaikan

Keputusan untuk perkenalkan undang-undang tak merokok kat restoran ni dapat tentangan ramai masa mula-mula diperkenalkan dulu. Siap ada kumpulan perokok yang nak cabar keputusan kerajaan ni kat Mahkamah. Menariknya; Kementerian Kesihatan Malaysia tetap laksanakan walaupun ia dilihat tak popular. Benda macam ni yang penting dalam kerajaan; decisive bila buat keputusan. Bukan asyik U-turn memanjang.

Bagi perokok, ingat ye; kalau tak nak duit melayang, pastikan korang merokok pada jarak yang betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published.