Militan Islam di Afrika, serang orang miskin yang tak bersalah dan gereja

F1

Bila cakap pasal penindasan, di mana-mana je ada penindasan. Penindasan ni merupakan suatu benda yang ada kena mengena dengan penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkepentingan untuk capai matlamat yang banyak menyebelahi pihak yang lebih kuat. Kami dah kupas macam-macam isu masyarakat tertindas: pasal Palestin, pasal Rohingya, pasal Uighur, pasal masyarakat terpinggir di Sabah… jadi kali ni kami nak kongsi pasal gerakan militan Islam dan keganasan mereka di benua Afrika.

Boko Haram Nigeria
Boko Haram di Nigeria. -Via DW

Benua Afrika ni banyak negara miskin, gerakan militan cepat berkembang

Bila sebut je Afrika, ramai orang ingat Afrika ni satu negara je atau sekadar dihuni oleh orang berkulit hitam. Sebenarnya, Afrika ni pun banyak lagi negara kat dalam benua tu. Sepanjang sejarah penduduk benua Afrika, mereka memang dah lama kenal pasal idea gerakan militan. Di Algeria misalnya, wujud jugak gerakan militan yang dikatakan melawan para penjajah Perancis. Tapi masa tu lain, seharusnya gerakan macam ni dah bubar sebab tujuan utamanya dah selesai iaitu nak lawan Perancis.

F.l.n. (national Liberation Front) Soldiers
National Liberation Front di Algeria, antara gerakan bersenjata yang aktif lawan Perancis. Via Truthout

Tapi sekarang ni pulak, gerakan militan Islam yang sedang pantas berkembang kat sana ada tiga: Ansarul Islam, Group for the Support of Islam and Muslims (GSIM) dan Islamic State in the Greater Sahara (ISGS). Ketiga-tiga ni berpusat di sekitar Burkina Faso yang terletak di Afrika Barat. Burkina Faso ni pun bukanlah sebuah negara yang berpendapatan tinggi, namun macam namanya jugak, ia adalah tanah “rakyat yang jujur dan bangga”.

Namun apa yang gerakan militan ni dapat kat sana? Untuk faham benda ni, kita kena kenali dulu sebuah kumpulan militan Islam yang besar di sana dan sangat aktif sejak 2009. Mungkin kalau korang selalu tengok berita, korang mungkin pernah dengar nama kumpulan ni – Boko Haram. Menurut Vox, tentera beberapa negara Afrika yang dibiayai operasinya oleh Eropah dan Amerika pun gagal kalahkan Boko Haram.

Boko Haram Militan
Boko Haram. -Via Combating Terrorism Center

Boko Haram tak peduli, dahagakan dendam dan darah…

Panjang sebenarnya nama asal Boko Haram ni: Jamāʿat Ahl al-Sunnah li-l-Daʿawah wa al-Jihād. Namun ia lebih popular dengan nama pendek yang gambarkan ideologi utama mereka, iaitu Barat (dan pembaratan) adalah satu benda yang haram dan buruk. Jadi, gerakan mereka tu kononnya nak lawan rasuah dan ketidakadilan di Nigeria yang dilihat berpunca dari pengaruh Barat. Bagi mereka, rasuah dan keadilan hanya dapat ditegakkan dengan undang-undang syariah.

Kawasan Aktif Boko Haram
Kawasan aktif Boko Haram. -Via Brittanica

Kegiatan mereka ni dah bermula sejak 2009, mereka dikatakan telah dikasari oleh pihak polis dan buatkan mereka serang beberapa balai polis. Bila pihak polis tak mampu bendung kegiatan mereka ni hingga buatkan ramai pegawai polis dan orang tak bersalah cedera, pihak tentera Nigeria pula dipanggil untuk lawan Boko Haram. Kira-kira lebih dari 700 anggota Boko Haram mati di tangan tentera Nigeria.

Mohammad Yusuf, pengasas Boko Haram dan beberapa pemimpin lain berjaya ditangkap manakala bapa mertuanya, Baba Yugu Mohammad rela hati nak bantu siasatan polis berkenaan gerakan Boko Haram. Namun begitu, kesilapan polis waktu tu adalah pihak polis terus hukum bunuh tahanan-tahanan ni dan tayang jenazah mereka kat orang ramai. Ternampaklah kesan luka tembakan kat kepala mereka, lalu perkara ni buatkan anggota lain ingin balas dendam.

Mohammed Yusuf Boko Haram
Mohammed Yusuf, pengasas Boko Haram ditangkap. Via BBC

Sejak dari itulah, penolong Mohammad Yusuf iaitu Abubakar Shekau diangkat sebagai ketua Boko Haram nak pelbagaikan serangan ke atas kerajaan Nigeria termasuklah rakyat tak bersalah. Dari 2010, serangan demi serangan dilakukan manakala pihak berkuasa terpaksa kawal keadaan. Peristiwa penculikan 276 pelajar perempuan di Chibok oleh Boko Haram dapat perhatian dunia. Sampai sekarang tak tau lagi apa nasib pelajar tu.

Kumpulan berpecah dua, tetap serang orang miskin

Pada 2015, Boko Haram isytiharkan mereka ni sebahagian daripada ISIS yang berpusat di Iraq dan Syria. Pengaruh mereka tambah luas lagi apabila mereka dah berjaya duduki Tasik Chad yang dikatakan tak berkerajaan (termasuklah jajaran Sahel yang merentasi beberapa negara). Kalau korang tengok peta, kawasan Tasik Chad ni meliputi sempadan beberapa negara iaitu Nigeria, Niger, Cameroon dan Chad. Kawasan Tasik Chad jugak adalah kawasan orang miskin.

Pengisytiharan Boko Haram sebagai sekutu atau cabang dari ISIS turut menimbulkan masalah dalaman, Abu Musab al-Barnawi (anak kepada pengasasnya Mohammed Yusuf) tak setuju dengan cara Abubakar Shekau guna kekerasan ke atas orang Islam. Ni bawa kepada perpecahan kumpulan, Boko Haram adalah kumpulan militan yang dipimpin Abubakar Shekau manakala sebuah lagi kumpulan militan baharu iaitu ISWA (Islamic State West Africa). Ia turut diiktiraf oleh ISIS pada 2016.

Bukan tu je, di sepanjang jajaran Sahel tu pun ada lagi gerakan militan lain yang rapat dan al-Qaeda. Sepertimana yang kami sebut awal-awal tadi, ada tiga kumpulan militan utama iaitu Ansarul Islam, Group for the Support of Islam and Muslims (GSIM) dan Islamic State in the Greater Sahara (ISGS). Ansarul Islam dan ISGS adalah ‘kawan’ kepada ISIS manakala GSIM adalah ‘kawan’ kepada al-Qaedah. Korang nampak kan macam mana negara-negara Afrika sendiri pun sukar bendung masalah militan Islam ni?

Kawasan Sahel
Kawasan Sahel. -Via Africa Faith and Justice Network

Kawasan Sahel ni didiami oleh rata-ratanya miskin dan berpendapatan rendah. Nak dapat makanan dan minuman pun susah kerana cuaca mereka yang kering kontang dan panas. Oleh sebab tulah, gerakan militan ni senang bertapak di sana kerana mudah untuk rekrut orang dengan tawarkan sumber makanan dan minuman kepada para penduduk yang setuju membantu mereka.

Serangan ke atas gereja, Burkina Faso jadi tak aman

Selain dari tempat utama wujudnya gerakan militan ni, ia jugak boleh dilihat sebagai tempat yang amat penting dan strategik kerana ia seperti ‘pintu sempadan’ kepada negara-negara Afrika lain dari kawasan Sahel. Ditambah lagi dengan populasi Burkina Faso yang menempatkan para penduduk yang berlainan etnik dan agama, aktiviti jihadis ni dikhuatiri mengganggu keharmonian hasil dari toleransi agama di sana.

Burkina Faso Gereja
Serangan ke atas gereja di Burkina Faso. -Via IPA News

Beberapa serangan ke atas gereja dah dilakukan oleh kumpulan militan ni, yang menurut pandangan Louis Audet-Gosselin dari Canadian Network for Research on Terrorism:

“Ni adalah taktik gerila lama oleh para pengganas untuk ‘naik pangkat’ dalam gerakan mereka dengan laksanakan keganasan secara besar-besaran”- Louis, seperti yang dilaporkan oleh BBC pada 30 Mei 2019

Paderi Imam Bersama Burkina Faso
Paderi dan imam sejahtera hidup bersama. -Via BBC

Ketidakstabilan ni memudahkan untuk mereka menyelinap masuk dan membina kem-kem mereka. Bila ada kem, lebih mudahlah aktiviti mereka nak berkembang lebih jauh dari setakat kawasan Sahel je.  Ikut garis masa kejadian sepanjang Mei 2019 yang dilaporkan oleh BBC, kelihatannya serangan mereka lebih tertumpu pada gereja Katolik dan Protestan. Serangan mereka tak hanya sekadar tahan dan lari ye; mereka bunuh terus.

Walaupun begitu, bila dengar pandangan orang tempatan pulak, mereka salahkan peristiwa pembunuhan 14 orang Kristian di sebuah gereja Protestan pada Disember 2019 pada kuasa Barat. Kata mereka, media Barat nampak sangat tak ambil peduli pasal kebajikan orang Kristian di sana dan hal ni mungkin ada kena mengena dengan perdagangan senjata yang berlaku.

Kita harus simpati pada mereka yang tertindas, tak kira agama dan negara

Kami bawakan isu ni untuk pengetahuan korang agar korang nampak apa yang terjadi kat negara lain yang diancam oleh kuasa bersenjata yang bermatlamat nak mengugat kestabilan negara-negara ni untuk kepentingan mereka je. Keganasan mereka buatkan ramai menderita, tak kurang jugak kepada mereka yang terbunuh dan kehilangan mereka yang tersayang. Nak ke sekolah pun tak berani, nak buka pintu pun tak berani… Perkara ni dirasai oleh semua orang tanpa kira agama dan etnik mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *