займ срочно

Dakwaan Wardina tentang isu penderaan adik Bella jadi bualan hangat netizen

f1
Dakwaan Wardina tentang isu penderaan adik Bella jadi bualan hangat netizen

Seminggu lalu, kita dikejutkan dengan khabar buruk yang menyayat dan begitu menyedihkan seluruh negara. Anak ni suatu rezeki dan anugerah Tuhan, apatah lagi anak syurga seperti Bella. Lebih mendukacitakan, anak tersebut dikatakan teruk didera oleh penjaganya sendiri. Dahlah penjaganya tu pun dikatakan merupakan kawan baik kepada sorang aktivis kanak-kanak terkenal, ramai mulai dakwa aktivis tu hipokrit bila dia sendiri tak bersuara lantang menentang kawan baiknya tu.

728 X 90

Rumah kebajikan tu diserbu dan disita oleh pihak berkuasa, sementara warganet terus menekan agar pengasas rumah kebajikan tu ditahan dan disiasat apabila sohor kini #JusticeForBella di ruang media sosial. Kemudian, ada jugak dakwaan tersebar yang menyatakan kononnya ada campur tangan politik sedang bermain di belakang tabir sehinggakan Bella mungkin tak dapat keadilan yang sewajarnya.

Bella diselamatkan dalam keadaan melecur dan bernanah, dipukul dan tak diberi makan

Pada 12 Julai lalu, tularlah nasib Bella yang kurus-kering, muram dan penuh dengan luka-luka. Untuk yang belum mengenali siapa Bella, dia merupakan sorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) down syndrome berumur 13 tahun yang dikatakan berada di bawah jagaan pengasas Rumah Bonda. Pihak polis mengesahkan dah terima laporan tentang Bella pada 24 Jun lalu, berkemungkinan daripada sorang warganet yang berkongsi kisahnya menjenguk sendiri Bella di rumah pengasas tersebut.

Rupanya bukan Bella sorang je yang ada kat dalam unit kondominium tu. Ada enam orang kanak-kanak dan dua daripadanya jugak merupakan OKU down syndrome. Siasatan mendapati Bella je ada kesan dera, yang lain takde. Kongsi Mona Din, sorang warganet yang jadi orang pertama jumpa Bella:

“Keluar sahaja Bella dari bilik stor, mukanya lemah, lengannya melecur bernanah. Kecurigaannya selama ini ternyata benar. Penjaga Bella selama ini pandai menyembunyikan keadaan Bella supaya tidak diketahui orang luar.

Saya terus buat laporan polis. Rupanya Bella setiap pagi perlu berdiri di tepi dinding dan tidak diberi makan. Kalau dia duduk, budak-budak lain akan pukul. Rupanya lima budak lain juga turut memukulnya,”- seperti yang dilaporkan Utusan

bella luka
Via Utusan

Bella segera diselamatkan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut. Sementara tu, pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun dikecam teruk di media sosial walaupun mulanya, Siti Bainun dakwa Bella ni “degil, suka usik orang dan tak dengar cakap”.  Menurut laporan Lobakmerah.com, pengarah JKM ada temubual Siti Bainun Ahd Razali dan salah satu dakwaannya adalah adik Bella suka kacau orang, dan kesan kat tangannya tu cumalah kesan tumpahan air panas. Bila hampir sembuh, Bella suka kopek kuping luka tu.

Apabila ditanya jika benar dakwaan tu, Bella tak dibawa untuk rawatan ke hospital, pengasas tu jawab:

“Menjawab itu wanita berkenaan dakwa dia bimbang dituduh mendera jika membawa Bella ke hospital. Bagaimanapun, kita sudah serahkan kes ini kepada polis untuk siasatan lanjut berikutan terdapat kesan luka lama dan baharu”- seperti yang dilaporkan Gempak.com

Kata-kata ni ditepis oleh sorang sukarelawan Rumah Bonda, dikenali sebagai Mummy yang pernah jaga Bella, dan menafikan bahawa Bella ni kanak-kanak yang nakal. Katanya, Bella sangat penyayang, patuh pada solat dan selalu paling awal pakai telekung bila dengar azan. Mummy menambah lagi harapannya agar pihak polis ambil tindakan segera dan reman suspek utama kes ni.

Siti Bainun dilepaskan dari tahanan reman, Wardina dakwa ada campur tangan politik yang cuba lindungi suspek kerana wang

Kes ni mendapat perhatian meluas kerana ia bukan je melibatkan nasib sorang kanak-kanak yang teruk kena dera… kini ia jugak melibatkan isu politik dan sejumlah wang yang besar jumlahnya. Adakah ni sebabnya Syed Azmi, aktivis kanak-kanak terkenal dan lantang bersuara dah terdiam seribu bahasa? Syed Azmi adalah penasihat dan kawan rapat kepada Siti Bainun, pengasas Rumah Bonda. Jadi dalam pandangan ramai, mustahil Syed Azmi tak tau apapun pasal Bella. Syed Azmi mempertahankan dirinya, menyatakan bahawa Bella tak tinggal di Rumah Bonda. Bella tinggal kat rumah Siti Bainun.

Akhi Fairuz, sorang lagi aktivis kanak-kanak kata ni masih tak menjelaskan terlalu banyak fakta meragukan pasal kes tersebut. Bella memang pernah tinggal kat Rumah Bonda, iaitu pada Julai-Oktober 2020. Rumah Bonda pulak rupanya disahkan tak berdaftar, dan telah disita oleh JKM susulan kes Bella. Bella kemudiannya berpindah ke kondominium Siti Bainun di Wangsa Maju sehingga dia ditemui dalam keadaan menyedihkan hati pada 23 Jun lalu.

“Siti Bainun juga menjaga enam lagi kanak-kanak yang lain, dengan dua orang sama seperti Bella, kanak-kanak OKU. Bayangkan, jaga anak angkat di rumah sendiri disamping menjaga para remaja di Rumah Bonda. Macam mana nak urus tu? Lagi pula beliau bujang. Macam mana boleh dapat kelulusan untuk jaga?”- Akhi Fairuz, seperti yang dilaporkan Malaysia Dateline

Kita jugak difahamkan Siti Bainun dah ditahan oleh pihak polis pada 15 Julai lalu. Walau bagaimanapun, segala hasil siasatan polis tak diketahui selepas hampir tiga minggu laporan polis dibuat. Yang lebih pelik, biasanya dalam kes begini… suspek akan ditahan reman. Mahkamah tolak permohonan sambung reman dan pihak polis terpaksa bebaskan Siti Bainun. Keputusan ni jelas tak boleh diterima oleh orang ramai, apatah lagi apabila ia melibatkan Siti Bainun yang rupanya… ada kaitan politik jugak.

Murai.my menyenaraikan beberapa fakta baharu tentang kaitan Siti Bainun dengan orang-orang politik. Ringkasnya, Siti Bainun ni bekas Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Ampang, dan bekas penerima Anugerah Tokoh Muda Puteri UMNO Malaysia pada 2016. Najib Razak menafikan dia kenal Siti Bainun, walaupun Siti Bainun terima anugerah khas Puteri UMNO dari tangannya sendiri.

Di samping tu, Rumah Bonda turut dikaitkan jugak dengan kematian adik Adam, sorang bayi istimewa yang meninggal dunia pada 3 Mei 2020. Baby Adam pun anak Down Syndrome jugak, tak cukup umur dan lahir semasa 28 minggu dengan bermacam komplikasi. Pengasas Rumah Bonda jugak dilaporkan tak benarkan buat Post Mortem lepas Adam meninggal di Rumah Bonda. Menyedari fakta ni, kes ni tentunya takkan mudah dilupakan oleh orang ramai.

Wardina tiba-tiba membuka mulut, dan mendakwa bahawa dalam kes ni, nampaknya ada wujudnya campur tangan pihak ketiga yang cuba lindungi suspek. Dalam Instagram Story miliknya, kes ni tak sekadar melibatkan penderaan kepada Bella. Kes ni didakwa bersangkut-sangkut dengan kes dan benda lain. Dedahnya lagi, semasa serbuan pihak berkuasa ke Rumah Bonda; pihak polis jumpa sejumlah wang dengan nilai yang besar, dipercayai mungkin milik ahli politik.

bella wardina
Ada kena mengena dengan Menteri Dalam Negeri, Wardina dakwa.. -Via Vocket

Tambah Wardina lagi, difahamkan mungkin dah berlaku perjanjian di antara pihak ketiga dan juga mereka yang terlibat dengan kes dera Bella untuk elak hukuman penjara, dan tutup kesalahan salah laku jenayah penderaan kanak-kanak.

Walaupun begitu, Wardina tak jelaskan dari mana atau siapakah sumber yang ceritakan sisi lain kes Bella ni. Cuma yang dapat kita mengerti adalah, hanya mereka yang tahu kisah sebenar je yang tahu kebenaran di sebalik cerita ni. Tak lama lepas tu, Wardina difahamkan dah diminta untuk padam pendedahan tersebut. Sejak berita ni dimuatnaik, Instagram Story Wardina tu dah dipadam, dan tularlah tangkap layar pendedahan Wardina di laman sosial yang lain.

wardina rumah bonda
Tak lama selepas tu.. -Via Berita Perak

“Apa yang boleh dilakukan oleh orang normal seperti kita? Kita berdoa, kita berdoa, kita berdoa dengan sedaya upaya supaya orang yang menganiaya orang lain dan [menganiaya] amanah mereka mendapat balasan,”- Wardina, seperti yang dilaporkan Mykmu

#JusticeForBella terus sohor kini di alam maya, hanya menambah minyak dalam api marah dan kecewa rakyat kepada kerajaan ketika ni. Sekiranya benar kejadian ni berlaku, dan benarlah bahawa Siti Bainun terpaksa berunding dengan ahli politik demi menyelamatkan dirinya, atas rahsia bahawa Rumah Bonda dijadikan rumah untuk ‘mencuci wang haram’ dan tempat simpanan wang yang tak diisytiharkan sah… ni suatu kes berprofil tinggi yang amat penting untuk diselesaikan hingga ke lubang cacing.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top