займ срочно

Kumpulan anak muda anjur demo bendera hitam, ini tindakan polis terhadap mereka

f1
Kumpulan anak muda anjur demo bendera hitam, ini tindakan polis terhadap mereka

Keadaan Covid-19 di negara ini membuatkan ramai rakyat tertekan, lebih-lebih lagi Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dilihat tidak berjaya membendung penularan Covid-19. Macam yang kebanyakan kita dah tahu, terkurung di rumah bukanlah sesuatu yang baik untuk kesihatan mental rakyat. Disebabkan hal ini, ada pelbagai bentuk perlawanan yang dapat kita lihat daripada rakyat Malaysia. Korang boleh je pergi ke media sosial dan lihat betapa banyaknya #hashtag yang memberi gambaran kerajaan semakin hilang kepercayaan daripada rakyat.

728 X 90

Sebuah gerakan anak muda menganjurkan demo di hadapan Dataran Merdeka

Pada Sabtu lepas, empat belas bendera hitam dikibarkan dan lima patung mayat berbalut kain kafan putih dibentangkan di Dataran Merdeka sebagai tanda bantahan anjuran Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR). Kumpulan itu berkata patung mayat tu menunjukkan peningkatan jumlah kematian akibat Covid-19, serta kes bunuh diri. Sepanduk tu berilhamkan puisi nukilan Kassim Ahmad, Dialog yang berakhir dengan ayat: “Kian lama kita mati dalam setia, kali ini kita hidup dalam derhaka!”

f1

Empat belas bendera hitam pulak melambangkan “kemarahan rakyat” di semua negeri dan Wilayah Persekutuan yang ditunjukkan pada tanda pagar #lawan dan #KerajaanGagal di media sosial.

“Kami menegaskan bahawa kredibiliti kerajaan Perikatan Nasional dalam membendung pandemik Covid-19 telah gagal malah nasib rakyat yang mengangkat bendera putih dihina bahkan angka Covid-19 semakin meruncing dan meningkat. Sikap perdana menteri dan menteri-menteri kerajaan yang terus menerus menyindir kempen solidariti bendera putih rakyat adalah sangat tidak peka dan prihatin keluh kesah rakyat yang sedang terhimpit dan tertekan akibat tiada pendapatan atau mati akibat terkena jangkitan Covid-19. Dan perdana menteri masih boleh buat lawak bodoh untuk menaikkan bendera biru,” – SSR, seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini

SSR dalam kenyataannya mengemukakan tiga tuntutan, iaitu mendesak Muhyiddin mengundurkan diri, sidang parlimen penuh yang bukan hanya “ceramah kerajaan”, dan moratorium automatik diperluas kepada semua orang. Parlimen akan bersidang pada 26 Julai selama lima hari. Cuma, takwim Dewan Rakyat yang diberikan menunjukkan sebahagian besar sesi akan dihabiskan untuk taklimat mengenai situasi Covid-19 daripada kerajaan. Sementara itu, moratorium pinjaman tersedia untuk semua orang, tetapi berdasarkan permohonan. Pengkritik juga menimbulkan soal faedah pinjaman akan bertambah sepanjang tempoh moratorium.

f1
Via MalaysiaKini

SSR seterusnya menggesa masyarakat untuk memakai pakaian hitam untuk menunjukkan kekecewaan mereka terhadap kerajaan PN. Tunjuk perasaan itu berlangsung sekitar 40 minit dan polis dilihat hadir memantau situasi.

Akibat daripada demo ini, tiga aktivis dikenakan denda sebanyak RM2,000

Semalam tiga aktivis Sekretariat Solidariti Rakyat dikenakan kompaun RM2,000 kerana menyertai bantahan ‘flash mob’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam. SSR berkata, Mohammad Alshatri Abdullah, Mohd Asraf Sharafi Mohd Azhar dan Muhammad Nur Taufiq Azhar dikenakan kompaun selepas kira-kira tiga jam beri keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

f1
Dua daripada tiga aktivis yang dikompaun. Via FMT

Kompaun dikeluarkan atas kesalahan mengikut Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 yang melarang perhimpunan.

“Kami juga merasakan pengeluaran kompaun sejurus selepas dipanggil beri keterangan pada polis menunjukkan dua darjat antara rakyat biasa dan para pemimpin politik, yang mana siasatan dijalankan terlebih dulu sebelum kompaun dikeluarkan,” – Mohammad Alshatri Abdullah, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Dia turut menegaskan pihaknya akan sentiasa sedia bekerjasama dengan polis tetapi berharap tiada “perbezaan prosedur operasi standard (SOP)” antara rakyat dan ahli politik. SSR turut berkata kompaun yang dikenakan itu tak akan hentikan pihaknya daripada mengadakan protes pada masa akan datang. NGO Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) pula menegaskan rakyat tetap ada hak untuk bersuara dan menyertai himpunan aman, walaupun dalam keadaan pandemik.

Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy berkata, penularan Covid-19 terus meningkat walaupun dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dan penguatkuasaan darurat. Pada masa sama, katanya, tindakan terhadap mereka yang bersuara terus meningkat, terutama menerusi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan ‘ordinan berita palsu’ (Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021).

Jika keadaan pada hari ini tidak bertambah baik, semakin banyak gerakan rakyat akan terhasil

Kami fikir kita berbohong jika tidak mengakui yang Malaysia sedang berada dalam keadaan yang membimbangkan. Kita telah memasuki wilayah lima angka untuk kes baharu Covid-19. Semua ini berlaku ketika rakyat dikurung di rumah, dan darurat masih dilaksanakan. Sekiranya tidak ada perancangan yang jelas daripada kerajaan untuk menghadapi Covid-19, sudah tentu rakyat akan memulakan perlawanan yang baharu. Sekali lagi kami tegaskan, pembukaan Parlimen untuk berbahas amat penting untuk menangani Covid-19.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top