займ срочно

Virus Covid-19 semakin banyak varian? Ini varian-varian yang korang perlu tahu

f1
Virus Covid-19 semakin banyak varian? Ini varian-varian yang korang perlu tahu

Dahulunya, kita mengenali Covid-19 sebagai suatu ‘virus Wuhan’ yang berbahaya. Kemudian, kita tukarkan namanya agar lebih neutral dan tak heret mana-mana negara. Lepas tu pulak, Covid-19 bermutasi pulak menjadi beberapa strain baharu bermula daripada beberapa negara yang lain lagi. Bagi setiap strain yang bermutasi ni pulak, ia berpotensi besar menjadi lebih cepat merebak dan menjangkiti lebih ramai orang walaupun tanpa simptom awal yang lazimnya ada kat strain asalnya.

728 X 90

Kami pun dah kupas beberapa perkembangan terhadap mutasi virus ni. Sebahagian daripada mutasi ni pulak ada jugak dikenalpasti berada di Malaysia, walaupun ia taklah sebesar kluster-kluster varian awalnya. WHO dah kenalpasti beberapa jenis varian yang perlu kita faham, dan ada jugak antaranya ni yang berasal dari negara lain… tiba-tiba ada pulak kat Malaysia. Ia mencetuskan tanda tanya; bagaimana varian tu boleh masuk Malaysia?

kl48 19012021 pm
Via Berita Harian

Empat varian utama yang membimbangkan, tujuh lagi disenaraikan dalam varian yang perlu diperhatikan dan berasal dari beberapa negara

Secara umumnya, kita dah lama tutup sempadan kita. Kalau nak masuk Malaysia, kita masih tetapkan polisi wajib kuarantin untuk suatu tempoh dan ia hanyalah untuk kategori tertentu je. Namun begitu, ada jugak sebahagian daripada varian ni masih lagi boleh membolosi sempadan fizikal kita. Begitu sekali ganas sesuatu virus ni…

jenis jenis varian covid 19 1625927500
Jenis-jenis varian yang ada setakat ni.. -Via Berita Harian

Pada 1 Jun lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) perkenalkan amalan pengenalan varian Covid-19 mengikut negara mula ditemui, dihentikan dan digantikan dengan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik. Sepertimana amalan kita dalam menyebut Covid-19, varian-varian ni ditukarkan kepada nama huruf Greek pulak.

Oleh tu, WHO turut memperkenalkan tiga kategori untuk mudahkan kita kenalpasti jenis variannya. Kategori pertama adalah Variant of Interest (VOI), Varian of Concern (VOC) dan Variant of High Consequence (VOHC). Pengkelasan ni bergantung kepada penanda genetik tertentu yang diramalkan boleh pengaruhi kadar penularannya, jadi punca kepada kluster tetapi masih lagi boleh dikawal. Setakat ni, takde lagi varian yang dimasukkan ke dalam kelas VOHC, iaitu boleh dianggap sebagai kategori paling berbahaya.

gred jenis varian
Via Times of India

Terdapat empat varian utama yang disenaraikan dalam senarai varian yang membimbangkan (VOC), iaitu;

  • Alpha (United Kingdom)
  • Beta (Afrika Selatan)
  • Gamma (Brazil)
  • Delta (India)

Kesemua varian utama ni dilaporkan lebih cepat merebak, dan kadar kesembuhannya bergantung kepada kualiti rawatan di hospital. Ada jugak antara varian ni yang boleh dipulihkan semula, dan ada jugak mengambil sedikit masa untuk seseorang pesakit tu sembuh seperti Alpha. Ni mengingatkan kami kepada sebilangan pesakit Covid-19 yang tak sembuh lagi walaupun dah berbulan dijangkiti.

Manakala terdapat tujuh varian yang disenaraikan dalam VOI, iaitu;

  • Epsilon (Amerika Syarikat)
  • Eta (UK/Nigeria)
  • Iota (Amerika Syarikat)
  • Kappa (India)
  • Lambda (Peru)
  • Theta (Filipina)
  • Zeta (Brazil)

Varian-varian dalam senarai VOI ni pulak takdelah boleh dikatakan kurang berbahaya… namun kadar kebolehjangkitannya kurang jika dibandingkan dengan empat varian kat atas tu. Varian-varian dalam VOI dikenalpasti dengan penanda genetik tertentunya yang diramalkan boleh pengaruh kadar perebakan atau rawatan, jadi bukti bahawa ia mampu cipta kluster jangkitan namun masih dapat dikawal atau terjadi dalam kelompok yang kecil je.

Ni jugak tak bermakna negara kita terlindung daripada menjadi ruang mutasi sekiranya kita tak betul-betul kawal jangkitan Covid-19 di tanah air kita. Malah, senarai ni boleh berubah dari semasa ke semasa, dan bergantung kepada data terbaharu. Boleh jadi varian VOI akan ‘naik’ ke kelas varian VOC, dan begitulah sebaliknya. Sama jugak halnya apabila suatu varian tu jadi cukup bahaya sehingga terpaksa dikelaskan dalam VOHC.

Varian VOC dan VOI dikesan di Malaysia, ramai salahkan kerajaan akibat varian import Delta

Pakar kesihatan awam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh kata seluruh dunia kini sedang berdepan ancaman penularan VOC dan VOI termasuklah di Malaysia jugak.

“Sekarang ini varian Delta dikatakan penularan terbesar menjangkiti penduduk dunia selain beberapa varian lain seperti Alpha, Beta, Kappa dan Lambda. Begitu juga di Malaysia, varian baharu mungkin ada, tetapi kita tidak tahu berapa peratus. Ini kerana daripada 9,000 kes harian dilaporkan, sebenarnya terdapat tiga hingga empat kali ganda lagi orang dijangkiti di luar,”- seperti yang dilaporkan Harian Metro

wad icu
Via Financial Times

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) merekodkan 217 kes daripada varian Alpha, Beta, Delta dalam kategori VOC selain Kappa, Theta serta Eta dalam kategori VOI. Setakat data pada 30 Jun lalu,  varian Beta merekodkan kes tertinggi iaitu 147 kes yang dikesan di seluruh negeri kecuali Labuan.

Kat Sarawak pulak, varian Delta dah mulai menular. Setakat 13 Julai, sebanyak 17 kes dilaporkan berkenaan varian Delta. Kegusaran varian Delta ni turut dirasai oleh banyak negara, termasuklah Malaysia lagi-lagi dengan dapatan bahawa ia menjadi salah satu punca peningkatan kluster kita. Di Indonesia saja, lonjakannya sangat dirasai. Manakala di Peru, varian baharu Lambda turut diperhatikan penularannya.

kkm negeri varian covid
Setakat 2 Julai lalu.. -Via KKM

Menurut KP Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengiyakan kegusaran tentang varian Delta. Sehingga 30 Jun, sebanyak 40 kes jangkitan varian Delta dikesan. The Straits Times melaporkan bahawa varian Delta ni boleh tersebar di udara, dan kini adalah varian dominan.

“‘Varian Delta terlalu cepat merebak. Sistem kesihatan pun ketika ini dalam keadaan darurat. Selain vaksin, usaha lain yang perlu digandakan ialah membuat ‘test and trace’ sebagai langkah awal membendung jangkitan wabak ini. Rakyat juga perlu memainkan peranan kerana sifatnya yang cepat merebak itu. Janganlah kita berkumpul dan untuk situasi ini juga, ziarah Aidil Adha perlu ‘dikorbankan’, demi keselamatan semua,”- Dr. Rosnida Mohd Noh, Ketua Unit Penyakit Berjangkit Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Ada jugak orang bertanya kepada kerajaan, macam mana varian Delta ni boleh masuk? Tularnya imej jadual penerbangan sekurangnya tujuh pesawat yang berlepas dari India mendarat di KLIA sejak 1 Mei buatkan ramai lebih skeptikal dengan polisi sempadan negara. Perkara ni dikatakan dah didedahkan oleh sorang pemandu syarikat. Dia dakwa dia bertugas ambil penumpang dari India yang tiba di KLIA dan hantar diorang ke hotel untuk dikuarantin. Selain tu, dia jugak mengaku ada bukti tentang para penumpang yang diambilnya dari KLIA termasuklah nombor pasport diorang.

“Pagi tadi pun ada flight MH 191 dari New Delhi. Saya diarahkan oleh majikan untuk mengambil seorang bangsa India dari KLIA untuk hantar ke pusat kuarantin. Macam mana tuan menteri boleh katakana ia adalah pesawat kargo. Syarikat saya ditugaskan untuk ambil penumpang dari KLIA untuk hantar ke hotel kuarantin dan dalam masa seminggu memang banyak pesawat dari India dan penumpang dari India yang telah kami ambil dan hantar ke hotel kuarantin,”- Fahmi, pemandu syarikat, seperti yang dilaporkan Malaysia Dateline.

fahmi india varian pemandu delta
Via Malaysia Dateline

Respon ni susulan 3 Mei lalu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menafikan dakwaan bahawa kerajaan sengaja benarkan kapal penumpang dari India masuk tatkala negara tu sedang bergelut dengan jangkitan teruk di sana. Pada 28 April lalu, MKN dah larang semua penerbangan penumpang dari dan ke negara India masuk ke Malaysia.

Kata Wee Ka Siong, hanya penerbangan kargo je dibenarkan sementara pesawat penumpang dari dan ke India dulu sebenarnya digunakan untuk bawa muatan barangan seperti barangan farmasi, ubat-ubatan, telefon bimbit, komponen elektrik dan bungkusan kurier. Dia turut sahkan bahawa kes pertama Delta dulu berlaku lebih awal iaitu pada 10 April, dibawa oleh sorang pemegang pas kerja asing yang merupakan sorang warga India.

dari india 2 mei 1024x892
Imej tangkap layar jadual penerbangan yang tular.. -Via Malaysia Dateline

Meskipun dakwaan yang disiarkan kat Malaysia Dateline dahpun dipadam, capaian menerusi cache artikel tersebut hanya menambah ‘ketegangan’ antara rakyat dan kerajaan. Hal ni suatu yang kurang baik, kerana bukan je kita perlu rakyat untuk bersatu; kerajaan pun kenalah bersatu bersama rakyat. Sekarang ni, persepsi rakyat terhadap dasar kerajaan masih lagi tak begitu positif sebagaimana yang diharapkan.

Yang pasti, kemunculan lebih banyak varian daripada negara-negara lain turut menambah dugaan kita sebagai rakyat Malaysia. Kita perlu capai imuniti kelompok dengan lebih pantas dan cekap, tanpa meningkatkan risiko berlakunya kluster termasuklah kluster PPV yang dahpun berlaku.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top