Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
polis1
Isu SemasaJenayah

EAIC kata kartel polis tak wujud, dakwaan Hamid Bador gagal dibuktikan

By Farahani
February 24, 2022 4 Min Read
Comments Off on EAIC kata kartel polis tak wujud, dakwaan Hamid Bador gagal dibuktikan

Kalau korang masih ingat lagi sebelum Tan Sri Hamid Bador bersara, kita dikejutkan dengan pendedahannya mengenai kewujudan kartel polis yang beroperasi dalam PDRM. Sejak tahun lalu lagi, Hamid Bador memang nak dedahkan sekali nama anggota kartel polis ni namun tak jadi kerana ia dianggap masih dalam kawalannya sebagai Ketua Polis Negara masa tu.

Kemudian selepas Acryl Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara, setelah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Negara di bawah kepimpinan Hamid Bador sendiri. Isu kartel polis tu akhirnya tak lagi kedengaran sehingga siasatan terbaru mendapati.. kartel polis tak wujud dalam PDRM.

kartelpolis
Via Bernama

Hamid Bador dulu pernah beri amaran bahawa dia sedar kartel polis, PH minta Hamzah Zainuddin siasat

Mengimbau pendedahan yang dibuat awal tahun lalu, Abdul Hamid Bador yang ketika tu merupakan Ketua Polis Negara pernah memberitahu rakyat bahawa wujudnya kartel polis di dalam PDRM. Kartel tu pulak didakwa cuba untuk menjatuhkan dirinya sebagai Ketua Polis Negara. Walaupun begitu, dia belum nak dedahkan nama anggota yang terlibat dalam kartel polis.

“Saya sudah jelaskan sebelum ini. Perkara ini dalam kawalan. Kenapa saya kongsi dengan orang awam kerana saya mahu orang awam tahu bahawa saya tahu apa yang mereka tahu.

Dan saya juga mahu anak buah saya sedar bahawa ia adalah sesuatu yang buruk. Saya tahu apa yang jadi di bawah sana. Kalau ada yang cita-cita nak buat lain-lain kumpulan (dalam pasukan polis), hentikan,”- Abdul Hamid Bador, seperti yang dilaporkan Malaysiakini

https://www.youtube.com/watch?v=JQuUo2ZM9Ac&ab_channel=MalaysiaGazetteTV

Kartel polis ni dikatakan terdiri daripada pegawai-pegawai muda yang bercita-cita nak jatuhkan dirinya. Mengutip temubual ekslusif Sinar Harian pada 18 Mac 2021, dia mendakwa ada gerakan dalaman yang turut jadi dalang kartel dalam PDRM. Diorang ni berhasrat untuk mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan diorang.

Malah dalam satu pendedahan lain, kartel polis ni jugka didakwa minta bantuan pihak luar untuk capai cita-cita diorang. Hamid Bador tak sebut siapa pihak luar tu, namun dia tetap tegaskan bahawa sepatutnya tak wujud pun koloni dalam pasukan.

“Ini orang Ketua Polis Negara, ini orang Timbalan Ketua Polis Negara, ini orang Pengarah. Saya tidak mahu wujud perkara dan keadaan seperti itu dalam pasukan. Ia akan menghancurkan dan menyebabkan pasukan berpecah.

“Tidak sampai hendak saya membuat laporan polis berhubung isu ini. Saya mahu 130,000 warga polis tahu bahawa perbuatan itu tidak baik. Saya mahu menyedarkan mereka jangan buat macam ini, kita bekerja sebagai satu pasukan,”- seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Sementara tu, Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) suarakan kebimbangan dengan pendedahan Hamid Bador. Diorang gesa Hamzah Zainuddin siasat segera selaku Menteri Dalam Negeri masa tu. Hamzah kemudiannya dilaporkan dah hubungi Hamid Bador dan minta laporan penuh berkaitan hal tersebut.

“Seperti mana yang saya maklumkan sebelum ini, perkara yang KPN (Ketua Polis Negara) maklumkan kepada umum dan saya sebagai Menteri tidak dimaklumkan awal.

Jadi semalam saya sudah pun menghubungi KPN dan meminta beliau menyediakan lapora…Agar selepas ini perkara yang diumumkan kepada rakyat lebih jelas, tidak samar-samar atau menimbulkan persepsi yang kurang baik.

Sebab itu saya meminta agar beliau melaporkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP),”- seperti yang dilaporkan Berita Harian

EAIC rumuskan siasatan, takde kartel dalam PDRM sebagaimana yang didakwa

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) rumuskan siasatan diorang dan mendapati pihaknya tak dapat sahkan kewujudan kartel sebagaimana yang didakwa tu. Pengerusi EAIC Sidek Hassan kata:

“Berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi beserta dokumen yang diperoleh EAIC tidak dapat menentusahkan kewujudan kartel dalam PDRM sebagaimana yang didakwa oleh Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Siasatan EAIC mendapati wujud asas bahawa terdapat pegawai PDRM yang terlibat dalam kegiatan sindiket jenayah yang mana siasatan telah dijalankan oleh SPRM dan PDRM ke atas pegawai-pegawai tersebut.

Dakwaan Tan Sri Abdul Hamid Bador bahawa pegawai-pegawai tersebut dapat mencaturkan perjawatan dalam PDRM untuk menguasai pasukan demi kepentingan peribadi tidak dapat ditentusahkan,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

JUST IN

The Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC) says it is unable to verify the existence of a 'cartel' within @PDRMsia as alleged by former IGP Tan Sri Abdul Hamid Bador in March last year.

Follow @thevibesnews for more updates pic.twitter.com/Z3qL36nXgp

— TheVibes.com (@thevibesnews) February 22, 2022

Selain para pegawai muda, ahli kartel ni termasuk pegawai berpangkat tinggi dan mempunyai kaitan dengan sindiket jenayah. Namun berdasarkan bukti yang diperoleh EAIC menunjukkan pelantikan, kenaikan pangkat dan rombakan yang diamalkan dalam pasukan polis dan suruhanjaya polis libatkan proses menyeluruh yang sukar untuk berlaku campur tangan.

Jelasnya lagi, ketua polis negara mestilah terlebih dahulu luluskan sebarang cadangan pelantikan, kenaikan pangkat atau pertukaran pegawai kanan polis daripada pasukan kepada suruhanjaya tu, sebab diorang adalah anggota tetap suruhanjaya.

bukitaman 1
Via Berita Harian

Pada tahun lalu, Hamzah Zainuddin memang dah umumkan bahawa siasatan dalam PDRM turut menunjukkan takde kartel dalam PDRM pada November 2021. Namun bagi memastikan ketelusan, pihaknya dilaporkan dah bawa perkara tersebut kepada EAIC untuk teruskan siasatan. Kali ni, kedua-dua siasatan membuktikan tak wujud kartel polis di dalam PDRM.

Namun sejauh mana kebenaran dan keabsahan siasatan ni? Ramai dah kita dengar isu anggota salah guna kuasa, malah terlibat dengan pelbagai jenayah termasuklah rasuah. EAIS pun dah buktikan hal tersebut. Sementara jenayah ni mungkin bersifat individual, sebarang dakwaan yang melibatkan kolektif seperti pada tahap kartel ni memang suatu hal yang amat serius.

Author

Farahani

Follow Me
Other Articles
tommythomas2
Previous

Tommy Thomas didakwa terima rasuah lepaskan kes dadah anak Vincent Tan, ini ceritanya

wsj jholownajibtimleissner
Next

Leissner dedahkan beli rumah USD$10 juta untuk bekas CEO Astro, jadi ‘kabel’ untuk anak Najib kerja di New York

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme