UPDATE: Ada dakwaan gambar kucing yang mati ditanam itu adalah palsu.
Beraya di rumah orang sepatutnya seronok. Selain daripada dapat makanan free, kita jugak dapat berborak dan merapatkan semula hubungan yang mungkin dah tak erat. Tak kiralah orang yang kita lawat tu kawan atau keluarga, detik-detik raya pasti akan selalu diingati. Bagi mereka yang dah mempunyai anak, dah tentu mereka akan bawak sekali anak-anak mereka masa tengah beraya. Benda ni baguslah, supaya takdelah budak-budak tu asyik layan permainan video je. Mereka kena dibiasakan bergaul dengan kanak-kanak yang lain.
Cuma, masalah akan terjadi kalau ibu bapa tak didik anak-anak dengan betul. Dalam erti kata lain, mereka biarkan je anak-anak mereka buat benda tak senonoh kat rumah orang. Sebelum beraya tu, kena selalu ingatkan anak-anak yang rumah orang, bukanlah kawasan permainan.
Kucing jadi lumpuh akibat hentakan yang kuat, dicekik oleh budak kecil
Seorang pengguna Twitter, Nurush Shahindah berkongsi rasa sedih kerana kucingnya telah menjadi lumpuh akibat hentakan yang kuat, samada akibat terjatuh ataupun dipukul. King (nama kucing yang jadi mangsa tu) ada masalah gangguan saraf dan otot, akibat dari hentakan kuat dibahagian kepala atau tengkuk. Hentakan tu mungkin terjatuh atau kena pukul. Diorang tak tuduh sesiapa.
“Mungkin King jatuh kita tak tahu tapi cuma kejadian berlaku selepas orang ramai datang bertandang di rumah kami. Yang boleh gerak mata, mulut dan ekor jer.. yang lain kaku macam orang lumpuh,” – dipetik dari Siakapkeli
Semalam, King akhirnya pergi. Walaupun punca masalah King tidak diketahui, ramai yang berkongsi pengalaman buruk mereka apabila kucing kesayangan disakiti anak-anak tetamu yang datang ke rumah.
“My beautiful boy is gone. Kena cekik dengan budak kecil,” kongsi NaeimZkri. Apa yang lebih menyakitkan hati, jawapan mak budak tu. Bila pemilik kucing tu menangis angkat dia, mak budak tu gelak je tengok aku, kata, Tak apa la budak-budak, kucing tu apa la sangat.
Masalahnya ini bukanlah kes pertama benda macam ni berlaku, tahun lepas pun pernah. Kalau masalah anak-anak kecil berlari ke sana-sini dan menumpahkan makanan itu boleh dimaafkan lagi. Namun yang menjadi masalah besar, apabila kelakuan anak-anak sudah melampaui batas sehingga menyebabkan kematian haiwan peliharaan orang lain.
Pada tahun lepas, tular kat laman media sosial Twitter insiden 4 ekor anak kucing mati direndam budak-budak datang beraya. Tweet yang dikeluarkan pengguna @OwToTheZie atau Cik Petir itu mendapat perhatian pengguna Twitter yang merasakan insiden ini perkara yang menyedihkan lebih-lebih lagi kepada peminat kucing.
Aku dapat dari waksep group dewi petshop.
PERINGATAN UNTUK SEMUA MAK PAK KUCING KALAU NAK BUAT OPEN HOUSE NANTI!!! KURUNG ANAK ANAK KUCENG DALAM BILIK DAN KUNCI PINTU ATAU HANTAR KE HOTEL SAJE!!!
Ni kalau kena kat aku boleh meroyan agaknya pic.twitter.com/vuQuJGqLbC
— #AkakCikMakStudent (@OwToTheZie) June 27, 2018
Selain daripada kematian kucing, TV pun pernah pecah akibat anak-anak tak dipantau
“Ada keluarga bertandang ke rumah sedara aku. Anak dia hiperaktif gila, mak dia pula marah-marah macam tu saja. Tak ada nak tarik anak, duduk dengan dia diam-diam. Berlari sana sini dan tiba-tiba, GEDEGANG! “TV Plasma jatuh! Berderai baii!! Serpihan berterabur. Terus sedara aku terpekik yang TV itu dia beli dengan harga RM3,999 baru dua bulan rasmi,” – Qhalida, pemilik TV
“Bang, harga tv RM3,999. Bayarlah sekarang ye. Saya kumpul empat kali gaji. Kalau tak bayar, jangan balik. Saya lapor polis dan dakwa korang datang ceroboh dan rosakkan harta benda. Terus suami dia terdiam dan berbincang dengan isterinya. 10 minit kemudian dia datang balik dan kata mampu bayar RM2,000 sahaja. Tapi ditolak. Akhirnya isteri dia gadaikan handphone dan emas untuk cukupkan RM3,999 dan petang itu juga settle,” – Seperti yang dilaporkan oleh The Reporter
Kanak-kanak tak tahu apa-apa lagi, ibu bapa kena mendidik
Kita tak boleh salahkan kanak-kanak yang buat benda-benda ni, sebab diorang tak tahu apa lagi. Cuma, sebagai ibu bapa – penting untuk kita didik anak-anak ni dari awal. Sebabnya, kalau berlaku apa-apa kerosakan atau kematian diakibatkan kecuaian kita mengendalikan anak-anak, mesti kita akan kena juga. Pesanan kami, kalau tahu anak-anak kita sukar nak dikawal dan berkemungkinan akan merosakkan harta benda orang, baik tak payah bawak pergi beraya.