Mak Long merungut duit raya sedikit, kami check fatwa amalan ni

Mak Long merungut duit raya sedikit, kami check fatwa amalan ni

Musim raya ni memang musim yang paling dinanti-nantikan oleh semua rakyat Malaysia. Masa ni lah kita boleh nikmati juadah lazat secara percuma, berbaju cantik dan OOTD tujuh hari berturut-turut, dapat kumpul ‘likes’ di Instagram dan Facebook dengan jayanya, selain merapatkan silaturahim sesama kekeluarga dan sahabat handai.

Ada makcik tak berpuas hati sebab dapat duit raya sikit!

Tapi ada juga yang dikejar bulan Syawal ni, terutamanya oleh golongan kanak-kanak, budak sekolah dan mahasiswa yang kelaparan…duit raya! Tapi siapa sangka, tular pula isu makcik yang tak berpuas hari kerana dapat duit raya sikit.

Satu tweet telah dimuatnaik oleh @EjjaMama yang mengeluh kerana menerima wang raya yang sedikit daripada anak saudara,

“Xtau nak kata apa. Pakai kereta mewah, gaji besar, bagi duit raya Mak sedara pak sedara banyak ni. What do you think?”

https://twitter.com/EjjaMama/status/1136785453112209408

Tweet yang dimuatnaik pada raya ketiga tu telah mendapat perhatian warga media sosial sehinggakan tweet tu sampai ke perhatian anak saudaranya sendiri!

Menurut pengguna Twitter @SyafiqahAdam, makcik tersebut merupakan Mak Long dia dan duit raya itu telah diberikan oleh kakaknya,

“Fyi. Ni maklong saya. And sampul duit raya ni kakak saya yang bagi. Maklong. Terima kasih ya. Tak sangka semalam minta maaf peluk cium pipi rupanya tak ikhlas. Thank you kawan kawan twitter retweet tweet ni sampai pengetahuan saya. Semoga Allah berkati kehidupan maklong”

Mama Ejja mendapat kecaman berjemaah di bulan Syawal

Warga Twitter yang lain turut mengecam tindakan makcik tersebut yang tak bersyukur dengan pemberian anak saudaranya sendiri

via Twitter

Ada yang turut memberi kata-kata penenang kepada kakak Syafiqah yang telah bekerja keras untuk memiliki kereta mewah

via Twitter

Malah ada juga yang kaitkan peristiwa ni dengan drama melayu

via Twitter

Ini budak pula yang tak berpuas hati dengan pemberian

Tetapi peristiwa ni bukanlah begitu asing pada masa ni kerana ada juga pengguna-pengguna media sosial lain yang turut menceritakan kisah-kisah orang yang tak bersyukur menerima wang raya yang diberikan.

Pengguna Twitter @MerchanofMilan pula menceritakan bagaimana wang raya yang diberikan kepada beberapa budak telah dibuang begitu sahaja kerana menyangkakan mereka hanya diberi wang syiling.

Walaupun wang yang diberikan sebenarnya lebih besar nilainya, namun budak tersebut tak sedar dan hanya membuang duit tersebut, dan perlu dikutip semula oleh tuan pemberi.

Bapa pula yang lebih-lebih meminta!

Di Facebook pula, tular satu status yang dimuatnaik oleh seorang bapa yang menyatakan kekecewaan apabila anaknya hanya diberi duit raya tiga ringgit. Dia juga sempat menasihatkan orang ramai agar tak terlalu kedekut dalam memberi duit raya.

via Facebook

Sebenarnya amalan ni ada fatwanya yang semua perlu tahu

Nampaknya amalan pemberian wang raya ni bukan sahaja amalan yang dibuat sebagai tanda keikhlasan memberi, tapi ramai pula yang mengharapkan keuntungan daripada pemberian orang lain.

Kami terasa perlu mengingatkan di sini bahawa amalan memberi duit raya ini adalah HARUS dan bergantung sedikit sebanyak kepada keikhlasan. Menurut fatwa Pejabat Mufti Wilayah:

Konsep memberi duit raya kepada ibu bapa, kaum kerabat, serta kanak-kanak pada 1 Syawal adalah menepati perbuatan sedekah di dalam Islam. Bahkan perbuatan sedekah kepada ibubapa termasuk di antara ibadah yang sangat menguntungkan kerana ia menghasilkan tiga bentuk pahala amalan soleh iaitu birrul walidain (berbuat baik kepada dua ibubapa), mengeratkan silaturahim, serta pahala bersedekah itu sendiri.

Menurut Pejabat Mufti itu lagi:

  • Pemberian duit raya yang diberikan tidaklah dilakukan secara takalluf (memaksa diri) untuk memberi dengan jumlah yang besar.
  • Golongan yang menerimanya perlulah bersyukur dengan kadar yang diterima dan tidak diungkit-ungkit. Sebaliknya bersyukur dan mendoakan kebaikan untuk pemberi.
  • Hendaklah diutamakan pemberian kepada golongan fakir, miskin, dan mereka yang memerlukan. Ini kerana, asnaf untuk sedekah yang wajib iaitu zakat, adalah merupakan asnaf yang sama untuk kita beri keutamaan semasa memberikan sedekah sunat.
Nak yang mana satu? Via Oh! Media

Jadi beringatlah, kita patut bersyukur dan menghargai sambutan Syawal di Malaysia ni yang unik dan penuh dengan kemuliaan. Syawal ni bukanlah masanya untuk berkira-kira atau mengata dan memerli, tetapi sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk merapatkan lagi hubungan sesama insan.

Apa pun, kami harap lepas ni dah tak ada kes-kes seperti ni sebab rosaklah Syawal sebulan. Selamat beramal dan salam Aidilfitri!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top