Azmin umumkan kebenaran perniagaan untuk beberapa sektor, pemimpin UMNO kritik

F1

Minggu lepas kerajaan umumkan beberapa sektor ekonomi tambahan dibenarkan beroperasi secara berfasa dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan ketat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kata; antara sektor dibenarkan beroperasi adalah industri automotif, industri mesin dan peralatan dan industri aeroangkasa.

Kerajaan jugak benarkan projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan termasuk kerja terowong, penyelenggaraan, cerun dan kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak.

Selain daripada perkhidmatan ni, ada beberapa lagi sektor yang dibenarkan. Cuma yang paling mencuri tumpuan adalah – kedai gunting rambut dikatakan boleh beroperasi. Benda ni telah timbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat. Akhirnya keputusan tu ditarik semula, sebab peniaga kedai gunting rambut pun tak nak ambil risiko terjangkit COVID-19.

MITI terima 18,650 permohonan untuk perniagaan beroperasi semula

Pengumuman ini disusuli dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pertimbangkan 18,650 permohonan secara dalam talian dari syarikat yang mohon beroperasi pada hari pertama selepas sistem permohonan ditambah baik.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kata jumlah permohonan memberangsangkan itu diperoleh selepas sistem tu ditambah baik hasil kerjasama CyberSecurity Malaysia dan Telekom Malaysia (TM).

Ketika permohonan dibuka Isnin lepas, portal MITI terima aliran trafik tinggi sekali gus menyukarkan ia diakses sebahagian pemohon. MITI jelaskan, portal tu alami peningkatan yang mendadak sehingga mencecah 176,000 pengguna dalam tempoh masa dua jam pertama, angka yang terlalu tinggi.

“Kita mengambil maklum masalah trafik tinggi yang berlaku pada hari pertama permohonan dibuka kerana sistem sedia ada tidak dapat menampung jumlah akses individu dan syarikat. Kita juga dapati sejumlah 52 peratus dari jumlah permohonan yang diterima datangnya daripada individu, bukannya syarikat. Sehubungan itu, MITI berbincang dengan CyberSecurity Malaysia serta TM dan dalam tempoh kurang 24 jam sistem berjaya ditambah baik,” – Azmin, seperti yang dilakukan Harian Metro

92748358 221372412426958 5651508647444873216 N
Via UMNO Online

Azmin kata, permohonan syarikat beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 berakhir 28 April 2020 ini dah melebihi jumlah permohonan bagi dua fasa PKP sebelum ni. Dalam tempoh enam hari permohonan PKP Fasa 1 dan 2 dibuka sebanyak 12,360 permohonan diproses, tetapi untuk Fasa 3, diorang terima lebih banyak permohonan.

Tindakan yang diambil oleh Azmin ni mendapat kritikan oleh dua tokoh UMNO

Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki persoalkan tindakan Menteri Kanan Azmin Ali umumkan kebenaran tiga sektor ekonomi beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) ni.

Dia turut persoalkan adakah benda tu akan beri manfaat dua juta pekerja rakyat tempatan sedangkan sektor pembinaan dipelopori oleh pekerja asing.

“Apakah wajar menteri kanan (Azmin Ali) mengisytiharkan kebenaran tiga sektor ekonomi untuk kembali beroperasi di kala negara masih bergelut memastikan rantaian wabak Covid-19 diputuskan melalui PKP fasa 3 ini? Apakah benar dakwaan memanfaatkan dua juta pekerja rakyat tempatan, sedangkan semua maklum sektor pembinaan sahaja majoritinya pekerja asing?” – Asyraf Wajdi Dusuki, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Asyraf tegaskan pihaknya harap Azmin dah dapat pandangan daripada Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkaitan benda tu.

92748358 221372412426958 5651508647444873216 N
Asyraf Wajdi. Via AWANI

“Tidakkah cukup pengalaman negara jiran Singapura yang kembali meningkat kes jangkitan baharu Covid-19 sebanyak 334 kelmarin sahaja dan kebanyakannya disumbangkan oleh pekerja asing! Harap menteri kanan sudah mendapatkan pandangan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengenainya bukan sekadar mengejar keberuntungan sementara,”-  Asyraf Wajdi Dusuki, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Selain itu, otai UMNO Shahrir Ahmad turut persoalkan mengapa MITI terlibat dalam menguruskan perniagaan-perniagaan ni.

“Mengapa harus MITI terlibat setelah sesebuah perniagaan/perusahaan mendapat kelulusan kementerian yang relevan bagi perniagaan/perusahaan itu? Bukankah ini menimbulkan pertindihan tanggungjawab mengumpul data kerana MITI sepatutnya tertumpu kepada sektor2 industri dan eksport barangan pembuatan,” – Shahrir Ahmad, melalui hantaran media sosialnya

Shahrir turut persoalkah adakah MITI mampu ikut kepakaran serta keupayaan kementerian tu untuk daftar dan kemudian pantau kesemua perniagaan/perusahaan yang beribu-ribu memohon kelulusan untuk beroperasi? Shahrir akui DS Azmin Ali ialah menteri kanan, tapi MITI tetap ada peranan tersendiri dan tanggungjawab tak mampu diubahkan walaupun siapa yang jadi menteri.

93373800 221372449093621 3609023875951624192 N
MITI. Via Berita Harian

Dia menambah – mengapa MITI nak kuasai sektor-sektor ekonomi yang di luar bidang tanggungjawabnya sendiri? Seolah-olah MITI pula dah jadi sebuah “super Ministry” di bawah seorang tokoh politik yang “bombastic”. Shahrir cadangkan, kalau itu tujuannya, gabung je MITI dengan KPDNKK, KKR dan KPU, dan letakkan dua menteri tu di bawah DS Azmin Ali dalam satu “super-ministry”!

Walaupun kita mahu perniagaan terus “survive”, kita kena pastikan ia tak merosakkan kerja keras kita

Kita tak boleh nafikan, sejak gelombang pandemik COVID-19 menyerang Malaysia, banyak perniagaan yang terpaksa mengalami kerugian kerana tak boleh beroperasi. Selain daripada menyelamatkan rakyat daripada virus, ekonomi diorang juga perlu diselamatkan. Orang yang sihat memerlukan wang untuk membeli keperluan asas.

Barangkali ini yang MITI nak tolong, cuma ia seharusnya bertempat. Usaha kita duduk di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan mungkin akan menjadi sia-sia sekiranya perniagaan yang dibenarkan beroperasi berpontensi jadi kluster COVID-19, itu yang kita kena halang daripada berlaku. Moga MITI dah bincang elok-elok dengan kementerian yang lain, supaya diorang tak nampak macam “super-ministry”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *