Mengapa lantikan ahli politik dalam GLC perlu ditentang? Ini sebab utamanya

F1
Mengapa lantikan ahli politik dalam GLC perlu ditentang? Ini sebab utamanya

Baru-baru ni, kecoh sikit bila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato’ Takiyuddin Hassan sebut yang kesemua Ahli Parlimen (AP) daripada pihak kerajaan akan dilantik mengetuai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Sejak sekian lama, GLC banyak mendominasi sektor ekonomi negara, dan pengerusi-pengerusi syarikat diorang jugaklah yang memutuskan keputusan-keputusan utama pal cara untuk membelanjakan jumlah peruntukan yang besar yang secara asasnya – merupakan dana awam.

Kenapa parti memerintah suka sangat lantik “orang sendiri” dalam GLC?

Malangnya, sejak sekian lama jugak, satu tabiat buruk yang selalu diamalkan adalah amalan mempergunakan kedudukan kat GLC sebagai platform mendapatkan bantuan kewangan kepada ahli dan parti politik, selanjutnya membentuk kitaran politik wang yang dahsyat.

92748358 221372412426958 5651508647444873216 N
Syarikat GLC di Malaysia. Via Blog Kenderaan

Sebabnya mudah: biasanya kerajaan yang memerintah akan lantik ketua-ketua GLC daripada kalangan pemimpin yang pegang jawatan senior atau kanan dalam parti politik diorang. Bila dah pegang jawatan besar, maka dananya jugak besar. Jadi, ada yang salah guna kuasa untuk salur dana kepada parti dan penyokong diorang, untuk kekal lebih lama sebagai orang kanan dalam parti dan kerajaan.

Adakah amalan mutlak ahli politik mengawal GLC tu betul dan telus? Nampaknya, PAS dengan terbuka dan tanpa segan silu melanggar prinsip ‘pentadbiran profesional dan teknokrat’ yang diorang sendiri gagaskan, dan paling awal mengisytiharkan pelantikan semua Ahli Parlimen PN sebagai ketua GLC.

92748358 221372412426958 5651508647444873216 N
Ia adalah hal yang biasa untuk parti politik tak konsisten. Via WR

Lebih ramai dan kerap amalan perlantikan ahli politik senior ke jawatan GLC – yang menawarkan pendapatan lumayan; diamalkan, lebih banyak jawatan kanan parti politik akan dilihat sebagai kaedah untuk menambah kekayaan ahli politik dan pemimpin diorang, dan lebih banyak wang yang akan dilaburkan untuk pemilihan parti serta politik wang dalam bentuk yang lain.

GLC ni ditubuh untuk bantu suburkan ekonomi negara kita dalam beberapa sektor strategik tertentu, yang mana benda ni agak payah sektor swasta nak buat. Kalau syarikat-syarikat pemacu utama kepada ekonomi negara ni berterusan diketuai oleh ahli-ahli politik yang dilantik sebagai satu bentuk politik naungan (political patronage), maka keputusan-keputusan utama dan penting yang akan memberi impak besar kepada ekonomi Malaysia akan dibuat berdasarkan asas politik.

Tak kiralah siapa je yang jadi kerajaan, amalan ni nampaknya masih diteruskan di Malaysia

Amalan ni jelas diamalkan oleh kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Harapan masa diorang memerintah, dan malangnya, ia nampaknya diteruskan kat bawah Perikatan Nasional. Dah banyak kali kerajaan-kerajaan sebelum ni berjanji untuk buat perubahan terhadap budaya dan amalan ni, tetapi takde yang menunaikan janji diorang.

93373800 221372449093621 3609023875951624192 N
Sebenarnya PH pun pernah buat benda yang sama. Via BANKami Blog

Tak ada demokrasi tulen yang dapat bertahan lama dengan wabak politik wang yang memudaratkan. Rakyat mesti bersatu hati menggesa pihak Kerajaan Persekutuan untuk berhenti melantik Ahli-ahli Parlimen untuk mengetuai GLC, sebaliknya melantik individu-individu non-partisan yang paling berkelayakan dan berwibawa untuk mengetuai GLC-GLC tersebut, dan memulakan proses pengagihan serta pemencaran kuasa dalam bidang politik dan ekonomi.

Paling utama, pelantikan ni memberi persepsi negatif – bahawa benda ni dibuat untuk kelangsungan dalam menghadapi undi tak percaya atau percaya kat Dewan Rakyat nanti. Lantikan ahli politik yang berkelayakan dari pengalaman dan akademik mesti dipertimbangkan. Pelantikan sewajarnya dibuat di atas kelayakan, kewibawaan dan ketokohan seseorang individu, dan bukannya sebab nama-nama diorang tercicir daripada jadi Menteri atau Timbalan Menteri.

92748358 221372412426958 5651508647444873216 N
Adakah ini satu lagi taktikal pasukan Muhyiddin? Via SCMP

Masa zaman PH, ada ramai jugak tokoh yang dilantik atas ‘track record’ yang bagus, antaranya: Datuk Ahmad Nizam Salleh (Petronas), sebelum tu dia Pengarah Urusan dan CEO Engen Ltd dan Naib Presiden – Corporate Services di Petronas Gas Sdn Bhd.

Tan Sri Mohd Bakke Saleh (Felda) pulak pernah jadi Pengarah Urusan dan Pengerusi Sime Darby Plantation Sdn Bhd dan merupakan salah-seorang BOD Petronas. Hassan bin Ibrahim (Syarikat Perumahan Negara Berhad) sebelum ni ada pengalaman lebih 10 tahun ke Bank Pembangunan sebelum menubuhkan firma guaman nya Messrs Hassan & Associates. Paling tersohor, pastinya Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (PNB), antara Gabenor wanita terkenal malah kat peringkat antarabangsa.

Untuk Malaysia bergerak ke hadapan, kita perlu menjadi masyarakat yang lebih kritis

Macam kita tahu, antara asas reformasi atau transformasi (gunalah istilah apa pun – asalkan maksudnya mengubah kepada yang lebih baik); adalah perlunya mengubah sistem demokrasi secara konsisten supaya tidak disalahgunakan oleh wang dan politik.

Ada duit, ada segalanya. Via Giphy

Semua pihak – sama ada agamawan, ahli akademik, aktivis masyarakat, pengayuh beca mahu pun penganggur, mesti angkat soal prinsip serta pendirian yang teguh. Apa sahaja polisi yang bakal merosakkan gaya pentadbiran yang baik, perlu ditegur dan dikritik.

Rakyat – tanpa mengira apa jugak fahaman politik, mesti mendesak kerajaan untuk buat perubahan dan penambahbaikan terhadap struktur-struktur insentif yang dah meracuni politik serta ekonomi Malaysia selama ni. Tatakelola pengurusan yang gagal adalah terhasil daripada budaya politik naungan dan feudalisme politik yang telah merugikan berbilion wang ringgit wang rakyat yang tak terkira jumlahnya.

93373800 221372449093621 3609023875951624192 N
Jangan kita lupa pada 1MDB. Via Oh! Bulan

Dan amalan buruk ni akan terus wujud sehinggalah adanya pemisahan jelas dan jujur antara ahli politik dan sektor perniagaan.

Bagi kerajaan Perikatan Nasional, ia umpama ghanimah tanpa perang

Kalau Kerajaan yang menang menerusi Pilihan Raya pun kita boleh desak untuk telus dalam pentadbiran, tentulah yang naik ke puncak kuasa tanpa melalui jalan pilihan suara rakyat. Yang kita khuatirkan, bila dah dapat habuan dan jawatan, ramai yang akan terkunci mulut daripada menegur kesilapan yang dibuat pemerintah.

Jika biasanya kisah berebut “ghanimah” lepas menang berperang dijadikan analogi kepada yang gilakan kuasa dan jawatan, situasi kali ni lebih menarik, sebab Perikatan Nasional tak melalui perang sebenar (pilihan raya).

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top