Semalam rakyat panik disebabkan arahan tak jelas, ini antara penyebab ‘kepeningan’

F1
Semalam rakyat panik disebabkan arahan tak jelas, ini antara penyebab ‘kepeningan’

Semalam negara kita menyaksikan satu ‘kekalutan’ yang pada pandangan kami akan membawa kepada gelombang ketiga COVID-19. Sepatutnya ada satu arahan yang jelas setelah pengumuman Perdana Menteri pada 16 Mac 2020. Benda ni kerana pengumuman PM ketika itu bersifat umum – dan beberapa maklumat yang terperinci takde, jadi orang pun mula panik dan buat macam-macam benda yang tak sepatutnya.

Keadaan benda ni sebenarnya dah berlaku di Itali, apabila ada arahan ‘lockdown’, rakyat jadi panik dan berpusu-pusu beli barang – akhirnya membawa kepada kadar jangkitan yang lebih tinggi. Sepatutnya kita belajar dari Itali, dan sedar – pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan akan menyebabkan rakyat panik.

Kami cuma dapat beberapa helaian kertas tentang Perintah Kawalan Pergerakan pada sebelah petang, semalam. Itu pun masih ada lagi benda yang tak jelas. Ini benda yang berbahaya dan terjadi semalam…

Ia menyedihkan apabila ketua negeri untuk pembangkang tak dipanggil bermesyuarat sekali…

Semalam, Pakatan Harapan (PH) luahkan rasa kesal apabila beberapa ketua negeri tak dijemput hadiri mesyuarat khas bagi menyelaraskan perintah kawalan pergerakan antara negeri yang dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Dalam satu kenyataan, Majlis Setiausaha PH kata diorang dimaklumkan bahawa jemputan untuk mesyuarat tu tak dipanjangkan kepada menteri besar di Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan serta ketua menteri di Sabah dan Pulau Pinang.

“PH merakamkan rasa kesal di atas tindakan Putrajaya tidak menjemput menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri ini. Jika ianya kerana mereka mentadbir kerajaan-kerajaan negeri yang tidak sehaluan dari segi politik dengan kerajaan persekutuan yang ada sekarang, maka tindakan kepartian sempit ini amatlah merugikan rakyat,” – Dipetik dari MalaysiaKini

Komposisi penduduk di negeri-negeri ni merangkumi hampir 40 peratus penduduk di Malaysia, dan sejumlah besar kes Covid-19 turut berlaku di negeri-negeri tu.

“Tindakan kawalan wabak Covid-19 yang tidak mengambil kira sebahagian wilayah dalam negara pasti akan menggagalkan usaha pengawalan itu. Oleh itu, Majlis Setiausaha PH menggesa Putrajaya untuk segera memanggil pertemuan bersama menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri ini, demi kemaslahatan dan keselamatan warga negeri-negeri tersebut,” – Dipetik dari MalaysiaKini

Alih-alih, petang semalam, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali mohon maaf disebabkan tak jemput ketua negari dari Pakatan Harapan untuk Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi menangani penularan koronavirus (Covid-19).

Dalam satu kenyataan, dia bagi pihak urusetia mesyuarat memohon maaf di atas kekhilafan yang timbul berkaitan dengan jemputan yang hanya dikeluarkan kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan negeri dari parti komponen kerajaan Persekutuan.

Fb Img 1584459649054 787x1024
Via Malayan Post

Katanya, Bagi Negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah, hanya Pengarah Pembangunan Negeri yang dijemput hadir. Benda ni tak sepatutnya tak berlaku, dalam menghadapi krisis yang melibatkan nyawa rakyat seperti ini – permainan politik kepartian seharusnya dibuang jauh-jauh, ahli politik perlu bekerja untuk memastikan keselamatan rakyat.

Pada awalnya rakyat di larang keluar dari negeri, tapi setelah balai polis diserbu, larangan tu ditarik balik

Apa yang lebih memeningkan rakyat, semalam Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador kata pihaknya dah bersedia sejak dua minggu lalu untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Antaranya, sekatan keluar antara negeri atau domestik.

“Orang ramai yang ingin balik kampung perlu maklumkan pergerakan mereka kepada polis. Mana-mana individu atau premis yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan boleh dikenakan tindakan. Kalau pelanggaran berleluasa dalam tempoh dua minggu ini, PDRM akan mengambil tindakan yang lebih drastik,” – Ketua Polis Negara, dipetik dari MalaysiaKini

Hamid kata, mereka yang mahu melakukan perjalanan antara negeri perlu mengisi borang khas serta menyertakan dokumen pengesahan tentang keperluan membuat perjalanan berkenaan.

“Borang khas itu boleh diisi di mana-mana balai polis berhampiran atau ibu pejabat polis daerah masing-masing bagi membolehkan pihak polis mengeluarkan surat pelepasan. Ia hanya untuk mereka yang mempunyai urusan penting atau kecemasan sahaja,” – Dipetik dari MalaysiaKini

N3
Via Facebook
N4
Via Facebook

Arahan ni menyebabkan orang ramai berbaris panjang di beberapa balai polis, sesuatu yang tak sepatutnya berlaku dalam keadaan kita nak membendung COVID-19. Apa yang lebih memeningkan lagi, setelah orang ramai berbaris panjang – polis tarik semula arahan untuk isi borang ni.

Arahan baru tu dikeluarkan susulan orang ramai mula berpusu-pusu hadir ke balai polis di seluruh negara untuk mengisi dokumen keluar negeri.

Arahan tak boleh balik kampung ni lambat dikeluarkan, dan yang paling terkesan adalah pelajar

Di antara benda paling penting yang kebanyakan kita terlepas pandang adalah – sebaiknya jangan pulang ke kampung dan relaks di tempat korang menetap. Benda ni akan bantu bendung penularan wabak. Sebabnya, kalau korang balik dalam keadaan berisiko, korang mungkin akan jadi punca penularan wabak tu kat kampung korang. Semalam pelajar naik pening kerana dapat macam-macam arahan.

N1
Via AMENOWORLD

Diorang pada sebelah pagi diminta mengosongkan kampus, pada sebelah malam pulak, diorang diminta untuk bertenang dan tinggal di kampus. Hakikatnya, dah ramai pelajar yang pulang ke kampung masing-masing. Mereka ni harus segera dinasihatkan untuk mengkuarantin diri selama 14 hari, tapi sehingga artikel ni ditulis – takde lagi arahan tu dikeluarkan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top