Macam mana rasanya apabila terkena jangkitan COVID-19? Ini pengalaman pesakit…

F1
Macam mana rasanya apabila terkena jangkitan COVID-19? Ini pengalaman pesakit…

Kadar kes COVID-19 yang semakin meningkat di Malaysia buatkan ramai mulai takut dan nak sangat Malaysia ikut sama mengambil tindakan ‘lockdown’ sepertimana beberapa negara lain. Ditambah lagi dengan kes perhimpunan tabligh di Sri Petaling, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semakin sukar nak jejaki dan kawal suspek daripada 14,500 warga Malaysia yang hadir masa tu.

Tabligh
Via Suara Merdeka

Walaupun kami faham kenapa kita perlu berwaspada dan sentiasa memantau tahap kesihatan diri dan keluarga; terdapat beberapa kes dimana para pesakit tu alami gejala COVID secara berbeza. Ertinya, mereka tak sakit seteruk orang lain. Ni antara pengalaman pesakit COVID-19:

Bridget Wilkins rasa tak sedap badan, macam demam biasa je…

Seorang residen London bernama Bridget Wilkins pulang sebentar ke Australia untuk menghadiri majlis perkhawinan rakannya di sana. Dalam perjalanan panjang tu, dia kena transit sebentar di Singapura.

Bila dia sampai di Australia, dia rasa lemah dan tak sedap badan. Ye lah, boleh jadi sebab jetlag je sebab jauh kot perjalanan dari London ke Australia. Tu pun kena tunggu lagi sebentar kat Singapura. Masa tu, dia tak rasa apa sangat sebab dia ingatkan hanya sakit biasa je.

Via Giphy

Memang pada waktu tu jugak, dia ada alami beberapa simptom seperti demam, sakit tekak dan sakit kepala. Tapi dia ingat benda tu adalah kesan jetlag je, bukannya COVID. Namun lepas dia beranikan diri jugak ambil ujian kat hospital; ternyata dia sebenarnya dah positif COVID.

Dia sendiri pun tak tau, dan tak sedar pun dari mana dia dapat jangkitan tersebut. Bila dia positif masa tu, dia dah ditahan untuk terima rawatan di Hospital Brisbane. Ketika dia ditahan tu pun, dia sendiri taklah alami pelbagai masalah yang teruk selain dari demam, sakit tekak dan rasa lemah badan.

Via Giphy

Menurut perkongsiannya lagi, dia tak faham kenapa media nak sensasikan ‘kesedaran’ dengan ketakutan. Namun dia tetap faham dan bersyukur sebab dia tak alami komplikasi lain yang lebih teruk. Golongan tua lebih berisiko tinggi untuk alami komplikasi kerana umur dan faktor penyakit lain yang tengah dialami mereka.

Antara pesakit terawal positif COVID di Wuhan, Connor Reed rasa paru-parunya macam kertas…

Kes yang dialami oleh Connor Reed, seorang guru bahasa Inggeris dari North Wales yang mengajar di Wuhan lebih teruk dari Bridget Wilkins tadi. Apa taknya, dia boleh dikatakan antara pesakit terawal positif COVID sebab dia dah sakit pada bulan November 2019. China pula baru isytiharkan virus tu pada Disember 2019.

Keratan Akhbar Covid China 2019
Keratan artikel The Guardian buktikan November tu dah ada kes awal.. Via The Guardian

Walaupun baru berumur 25 tahun, masa tu dia tak tau apapun pasal kemungkinan wujudnya koronavirus ni. Perlahan-lahan, dia rasa dia macam nak demam teruk. Selesema tak berhenti-henti. Dalam catatan jurnalnya, dia berusaha jugak nak sembuh dengan minum wiski panas dan madu untuk legakan sakit tekaknya.

Tapi semakin lama, badannya terasa sakit-sakit je. Kepala terasa berat, mata terasa macam terbakar je. Tekaknya macam dah rasa sempit sangat dah. Paru-paru pun rasa sesak, sampaikan nak bernafas pun berbunyi macam kertas kena ronyok. Dahlah batuk-batuk…

Via Giphy

Ada jugak dia ke hospital; masa tu doktor kata dia kena pneumonia. Sementara dia dirawat untuk pneumonia, telinga dia rasa sakit sangat macam nak meletup. Kepalanya rasa berpinar-pinar sangat dan rasa panas, kemudian sejuk bersilih ganti.

Akhirnya lepas 24 hari tahan sakit, barulah dimaklumkan bahawa dia antara pesakit terawal yang disahkan dijangkiti koronavirus.

Usah tipu dan khuatir, kejujuran lebih mustahak untuk elak jangkitan…

Walau cekap mana sekalipun staf kesihatan dan sistem kita kat sini, kejujuran dari para pesakit amatlah penting agar kita dapat ambil tindakan selanjutnya. Benda ni harus ditekankan sebab masih ada yang taknak jumpa doktor walaupun dah ada simptom tersebut.

Para doktor tahan hati je.. -Via Giphy

Dah kena suruh kuarantin diri sendiri pun taknak, lepas tu masih takut nak bagitau kakitangan hospital bila dah demam. Bukan kami je cakap – luahan staf berada di barisan depan ni kita kena dengar.

Menurut seorang jururawat barisan depan;

“Kami semua (jururawat-jururawat di Sarawak) kini dalam keadaan standby. Namun, sekiranya ada orang datang untuk check up, orang tersebut dikehendaki untuk memberitahu dimana mereka pergi atau melancong sebelum ini. Walaupun itu adalah salah satu prosedur penting, kadang-kadang ada sesetengah pesakit tidak jujur dengan kami, sehingga kami kena marah kerana sibuk dengan hal peribadi mereka,”- Dipetik dari Iloveborneo.my, 13 Mac 2020

Malaysia Nurse Covid 2020
Via Malaysiakini

Dalam statistik yang korang hari-hari tengok tu, dah ramai yang sembuh dan siap discaj lagi di Malaysia. Yang penting korang jujur je dan biarkan kakitangan kesihatan buat kerja mereka. Dah ada Hotline MOH yang boleh korang hubungi jika korang nak kepastian sama ada nak ke hospital atau klinik:

Moh Hotline Malaysia
Via Newslab Malaysiakini

Kita jaga peranan kita sebagai rakyat dan sebahagian dari masyarakat; kakitangan kesihatan pula jaga peranan mereka untuk sembuhkan korang. KKM kini tengah dalam usaha nak bekerjasama dengan sektor swasta untuk jual kit ujian supaya korang boleh buat ujian kat rumah je.

Kit Testing Covid
Kit ujian COVID…Via USA Today

Janganlah tengok berapa orang yang sakit je. Tengoklah berapa banyak yang dah sembuh. Kalau korang nak rekod lebih lanjut, Malaysiakini ada database tersendiri mengenai perkembangan kes tersebut.

Ada betulnya juga apa Bridget Wilkins cakap tadi, kadangkala orang lebih suka tularkan perkara sensasi sampaikan boleh timbulkan ketakutan dalam hati rakyat sebagai para pembaca. Kami di ORANGKATA pun bertugas sebagai platform media rakyat pun berusaha agar korang faham benda yang betul, bukannya benda sensasi semata-mata.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top