LIMA tradisi yang pernah dilakukan di Malaysia, tapi dah semakin dilupakan

F1
LIMA tradisi yang pernah dilakukan di Malaysia, tapi dah semakin dilupakan

Adat dan tradisi merupakan salah satu benda yang penting dalam kalangan masyarakat. Kalau korang masih ingat, haritu kami ada kongsikan kepada korang tentang lima adat dan tradisi yang paling pelik kat dunia. Kali ni kami akan kongsikan kepada korang pula tentang lima adat dan tradisi kuno masyarakat Malaysia yang semakin dilupakan.

1. Perarakan Burung Petala, adaptasi daripada budaya perarakan Tanah Besar China

Kalau korang nak tahu, sebelum kedatangan Islam di Kelantan, diorang ada jalankan perarakan untuk meraihkan golongan bangsawan Kelantan.  Perarakan ni diberi nama Perarakan Burung Petala. Budaya ni diadaptasikan dari budaya perarakan di tanah besar China, yang mana jika pembesar dari tanah besar China datang, diorang akan diarak di atas kenderaan yang dihiasi dengan hiasan berbentuk burung Petala yang turut dikenali sebagai burung Jentayu.

Ecb19414414e3e763c0da7a756bd2b4c
Via: pinterest.com

Dikatakan pembesar dari daerah lain ni perlu disambut seperti para dewa yang datang ke negeri Kelantan dan diorang ni kemudian akan diarak ke seluruh negeri Kelantan dengan suasana yang meriah. Ia adalah merupakan antara usaha untuk mengeratkan lagi hubungan diplomatik di antara dua kawasan. Bukan tu sahaja, diorang percaya kenderaan burung Petala ni ada semangat yang perlu dijaga sekiranya ia tidak digunakan dan perlu ditempatkan di ruangan khas.

Critablarakbrung 0001
Via: mforum1.cari.com.my

Namun begitu, upacara ini dah diberhentikan selepas penyebaran Islam secara meluas di negeri Kelantan. Upacara ini telah dilupakan kerana ajaran Islam mencegah penganutnya untuk percaya dan mengagung-agungkan benda lain selain Allah. Upacara ini hanya pernah dilakukan sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1919, 1923 dan 1933.

2. Pemotong kepala, sebagai simbol keberanian, kegagahan dan kelakian

Memotong kepala adalah sinonim dengan tradisi masyarakat kuno di negeri Sabah dan Sarawak. Memotong kepala bukanlah sesuatu yang asing lagi bagi suku kaum Rungus dan Murut di negeri Sabah dan suku kaum Iban dan Kayan di Sarawak. Jika di negeri Sabah, diorang ni terkenal dengan gelaran pengait.

Tradisi memotong kepala ni diamalkan oleh pahlawan suku-suku kaum ni bagi tujuan membuktikan keberanian, kegagahan dan juga kelakian mereka. Sebagai contoh, jika mereka berjaya memenggal kepala pihak lawan, maka mereka akan dianggap sebagai seorang wira.

Headhunting
Via revolusimelayubaru.blogspot.com

Namun, ada juga kisah legenda yang ceritakan amalan memotong kepala seseorang ni dianggap sebagai sebuah berian (macam mas kahwin) perkahwinan kepada keluarga anak perempuan. Persoalannya, mesti korang nak tahu kan apa yang mereka hendak buat dengan kepala-kepala ini? Dikatakan jika kepala ini digantungkan di dalam rumah ia akan memberikan mereka perlindungan daripada sebarang ancaman, memberikan mereka kuasa mistik dan memberikan rezeki yang melimpah ruah.

Mg5aeqkfcqi5xsgstf2kjmpnc8yofnbdvbw2nsqv7wyg1qhndt4xwryrmqe4k93xvlrknjbsg781wtprezhgnw2xpv1up2nwa
Via: busy.org

Itu jika mengikut kisah tradisi kuno, manakala di dunia moden pula dikatakan sekitar tahun 1960 hingga tahun 1990-an ia masih lagi diamalkan tetapi bukan bertujuan untuk menunjukkan keberanian atau diberikan sebagai berian kahwin tetapi digunakan untuk tujuan persembahan kepada semangat-semangat tertentu seperti untuk meminta restu.

Sebagai contoh, ada sebuah kisah tentang sebuah jambatan yang menghadapai pelbagai masalah; setelah mempersembahkan kepala untuk ditanam pada tiang jambatan barulah jambatan tu, akhirnya jambatan tu berjaya disiapkan.

3. Korban anak dara kepada ular agar para penduduk tidak diganggu

Kisah ni dipercayai berlaku ratusan tahun dahulu, sebelum kedatangan Islam di Kedah – ia lebih menjurus kepada kisah mitos dan bukannya tradisi. Kisah ni tentang seekor ular gergasi yang tinggal di Pulau Langkawi, yang mana kisahnya ada ditulis dalam catatan seorang pegawai British iaitu Sherard Osborne di dalam buku yang bertajuk “Malay Kingship In Kedah: Religion, Trade And Society”.

Dikatakan pada abad ke-18, penduduk di sekitar Kedah bergantung dengan perlindungan dari ular tu dengan syarat diorang perlu lakukan upacara korban seorang puteri dara. Jika upacara ni dilaksanakan maka ular tu tak akan ganggu para penduduk Kedah tapi hanya akan memakan orang Siam, Mergui dan haiwan-haiwan lain.

Ularbesar Field Image Listing Featured.variant
Via: bharian.com.my

Apabila ajaran Islam tersebar di Kedah, upacara korban anak dara ini dah dihentikan dan buatkan ular tu berasa marah sehingga ular tersebut memakan penduduk serta haiwan ternakan. Seorang ulama daripada tanah Arab kemudiannya telah datang ke Kedah dan bantu penduduk tempatan menghalau ular tu.

Dengan memakai jubah putih dan serban hijau, ulama tu dah pergi ke Langkawi ditemani oleh beberapa orang penduduk. Namun, apabila ulama tu bertempur dengan ular tu, dia ditelan oleh ular tu dan menjadikan penduduk berasa panik kerana tiada apa yang mampu mengalahkan ular tersebut. Beberapa minit selepas menelan ulama itu, ular tu menggelupur dan perutnya pecah, dan ular tu dah melarikan diri ke sebuah gunung dan tak ditemui sehingga ke hari ini.

4. Tidak boleh memakan ikan Patin, kerana seperti memakan darah daging sendiri

Tradisi ini hanya diamalkan oleh sesetengah bangsa Melayu Sarawak, diorang tak boleh makan ikan Patin. Kisahnya bermula di Riau, Sumatera Barat; dikatakan ada seseorang yang bernama Awang Gading yang telah menemui seorang bayi perempuan di atas batu di tepi sungai ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Dipercayai bahawa bayi tu adalah seorang puteri raja ikan di sungai tu. Awang Gading bersama isterinya dah jaga bayi tu dan berikan nama Dayang Kumunah kepadanya yang kemudiannya membesar jadi seorang wanita yang sangat cantik.

Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang tampan dikenali sebagai Awang Usop telah terpikat dengan kecantikan yang dimiliki oleh Dayang Kumunah. Dia kemudiannya telah masuk meminang Dayang Kumunah tapi sebelum diorang berkahwin, Dayang Kumunah letakkan syarat kepada Awang Usop. Syaratnya dia tak boleh meminta Dayang Kumunah untuk ketawa.

Walaupun berasa pelik, Awang Usop akur dengan syarat tersebut dan akhirnya perkahwinan mereka berdua pun dilangsungkan.

Images
Via: kamekmiaktebuan.blogspot.com

Tidak beberapa lama selepas itu, ayah Dayang Kumunah telah meninggal dunia dan mengakibatkan Dayang Kumunah berasa sedih serta kemurungan kerana kehilangan lelaki yang telah membesarkannya. Selepas tu, mereka berdua telah dikurniakan cahaya mata dan barulah Dayang Kumunah kembali ceria.

Awang Usop berasa seperti kurang lengkap kerana dia tak pernah lihat Dayang Kumunah ketawa bersama anak-anak mereka. Kemudian, Awang Usop telah mintak untuk Dayang Kumunah ketawa dan isterinya yang melihat suaminya begitu mendesak akhirnya dia ketawa. Tidak berapa lama selepas tu, kulit Dayang Kumunah tiba-tiba bersisik dan menyedari akan hal tersebut, Dayang Kumunah telah berlari ke sungai.

Tak boleh ketawa. Via Giphy

Sesampainya dia di tepi sungai, perlahan-lahan tubuh Dayang Kumunah bertukar menjadi seekor ikan dan segera melompat ke arah sungai. Sebelum menyelam ke dalam air, Dayang Kumunah telah berpesan kepada suaminya agar takde sesiapai pun keturunan diorang yang dibenarkan memakan ikan Patin kerana ia ibarat memakan darah daging sendiri.

5. Adat berian sampai mati, menunjukkan kemurahan hati menantu kepada mertua

Ini adalah merupakan adat berian bagi kaum Murut di Sabah. Walaupun masih lagi diamalkan namun ada segelintir masyarakat yang dah tak amalkan adat ni kerana ada yang berpendapat tradisi ini tak lagi sesuai untuk diamalkan pada zaman moden ini.

Adat berian sampai mati ini bermaksud mas kahwin yang boleh dituntut oleh pihak keluarga perempuan daripada pihak lelaki dari mula mereka berkahwin sehinggalah ke akhir hayat. Definisi mas kahwin yang kita semua faham sekarang ini adalah jika pihak perempuan meminta mas kahwin sebanyak tiga puluh ribu maka ianya akan diberikan sekali je.

Berbeza dengan adat ni, pihak lelaki perlu bagi apa yang diminta oleh keluarga pihak perempuan sehingga akhir hayat, tak kisahlah sama ada berbentuk wang ringgit, pakaian, atau berbentuk pertolongan lain. Pihak lelaki harus cuba sedaya upaya untuk memenuhi segala permintaan tu. Untuk pengetahuan korang, bukan ibu bapa pengantin perempuan je yang boleh mintak bantuan tapi keluarga pengantin perempuan tu jugak perlu menuntut berian sampai mati daripada pengantin lelaki itu.

Pesta Gata Sipitang
Via: sabahpost.net

Menurut buku Adat Resam Sub-Etnik Murut Timugon yang dilancarkan oleh Datuk Radin Malleh,  berian sampai mati ni adalah sebuah simbol kemurahan hati seseorang anak menantu terhadap permintaan daripada keluarga pihak perempuan dan bukannya bertujuan untuk membebankan pengantin pihak lelaki.

Walaupun masing-masing ada pendapat yang berbeza tentang adat ni, namun itulah kisah mengenai berian sampai mati ni.

Walaupun ianya semakin dilupakan, sekurang-kurangnya korang mempunyai sedikit pengetahuan mengenainya

Adat dan tradisi yang pelbagai ini sememangnya unik untuk kita ketahui, ianya boleh menambah ilmu pengetahuan kita terhadap sesuatu kaum itu. Walaupun adat dan tradisi kat atas tu dah semakin dilupakan pada zaman moden ni, sekurang-kurangnya korang ada pengetahuan serba sedikit mengenai adat dan tradisi ni, takdelah korang terpinga-pinga jika keluarga korang bercerita mengenainya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top