Untuk bantu pulihkan ekonomi USA akibat COVID-19, CEO WWE jadi penasihat ekonomi

F1
Untuk bantu pulihkan ekonomi USA akibat COVID-19, CEO WWE jadi penasihat ekonomi

Salah satu negara yang paling teruk diuji dengan wabak COVID-19 adalah Amerika Syarikat. Jumlah kematian akibat COVID-19 di sana dah mencecah ribuan setiap hari. AS memiliki populasi ketiga terbesar di dunia, diorang dah rekodkan lebih 600,000 kes, tiga kali ganda daripada negara lain.

32
Setakat pukul 10 malam (17/4/2020). Via Google Alert

Minggu lepas, diorang pernah rekodkan kematian dalam sehari sebanyak 2,069 kes, memang betul-betul gila.

Trump lantik CEO WWE, Vince McMahon sebagai salah seorang penasihat ekonomi

Jurucakap kesihatan beri amaran bahawa jumlah kematian yang tinggi tu bukan disebabkan kegagalan perintah berkurung yang dilaksanakan. Pakar kesihatan ramalkan jumlah kematian akan meningkat dalam tempoh dua minggu, tapi angka itu dilihat menurun pada Ahad dan Isnin lepas dengan 1,500 kematian sehari berbanding 2,000 kes setiap 24 jam, minggu lepas.

Langkah penutupan sekolah dan kebanyakan premis perniagaan bagi cegah wabak tu (macam PKP kitalah) banyak membantu, cuma seperti yang kita hadapi – ia dilihat dah beri impak kepada ekonomi AS. Menurut Presiden St Louis Federal Reserve, James Bullard, penutupan tu akibatkan ekonomi AS alami kerugian sebanyak AS$25 bilion sehari.

Sudah tentu untuk menangani krisis ekonomi ni, kerajaan perlu melakukan sesuatu. Sebelum ini AS ada luluskan belanjawan rangsangan ekonomi yang besar. Selain tu, Donald Trump dah lantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), World Wrestling Entertainment (WWE), Vince McMahon sebagai salah seorang penasihat dalam Great American Economic Revival Industry Group.

Kumpulan tu disertai individu berpengaruh dari pelbagai latar belakang yang akan beri nasihat dan pandangan tentang tindakan yang perlu dilakukan oleh AS untuk buka semula ekonomi diorang dalam beberapa bulan mendatang. Business Insider US laporkan, penasihat tu merangkumi individu dari sektor perbankan, peruncitan, sukan, teknologi dan ahli fikir. Kumpulan tu katanya akan bekerjasama untuk merangkan plan pemulihan ekonomi AS.

Sejak COVID-19 ni melanda, ekonomi pun tak stabil. Via Giphy

Selasa lepas, Trump ada kata berkenaan kepentingan untuk kembalikan sukan dalam kehidupan selepas dunia dilanda pandemik Covid-19.

“Saya bosan menonton perlawanan besbol yang berlaku 14 tahun lalu,” – Trumph seperti yang dilaporkan Harian Metro

Kenyataan tu dikeluarkan selepas WWE dibenarkan meneruskan rakaman secara langsung tanpa kehadiran pengunjung di Orlando kerana ia dikategorikan di bawah perniagaan penting. Selain McMahon, Trump turut lantik beberapa individu dari segmen sukan seperti CEO Liberty Media, John Malone; pemilik kelab bola sepak Amerika, New England Patriots, Bob Kraft dan pemilik pasukan bola keranjang Dallas Mavericks, Mark Cuban.

Amerika Syarikat hentikan dana kepada WHO, optimis akan buka semula perniagaan

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dah hentikan bantuan dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sementara kajian semula dijalankan. Kata Trump, kajian semula tu akan rangkumi dakwaan salah urus WHO dalam isu COVID-19 selain sembunyikan penularan jangkitan virus tu.

“AS mengehadkan kemasukan pelancong dari China pada fasa awal wabak tersebut, WHO “menentang apa yang dilakukannya”. Negara dan wilayah lain yang mematuhi panduan WHO dan membuka sempadan kepada China menyaksikan peningkatan pandemik itu di seluruh dunia,” – Trump, seperti yang dilaporkan AWANI

Dia juga kata Amerika Syarikat dah melepasi wabak fasa COVID-19 yang terburuk, dan dijangka akan umumkan garis panduan untuk bukak semula ekonomi. Trump kata, perkembangan yang menggembirakan tu meletakkandiorang dalam posisi yang kukuh untuk menyediakan garis panduan bagi menarik semula sekatan dan larangan keluar rumah.

Dalam menghadapi Pemilihan Presiden yang sukar pada November, Trumph optimis untuk buka kembali perniagaan-perniagaan di AS secepat mungkin. Minggu lepas, dia mengancam untuk guna kuasa penuh (veto) untuk paksa gabenor setiap negeri untuk mengikuti arahannya supaya bukak semula sektor ekonomi masing-masing, sehingga timbulkan kemarahan pelbagai pihak

“Kami akan membuka semula negeri, malah ada beberapa negeri mungkin lebih awal daripada yang lain. Kami fikir beberapa negeri dapat dibuka sebelum 1 Mei,” – Trumph, seperti yang dilaporkan Harian Metro

Dalam menghadapi sesebuah pandemik, sifat kepimpinan dan kepercayaan rakyat adalah penting

Kami percaya; salah satu sebab rakyat Malaysia patuh dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan kerana ia dijelaskan dengan baik. terutamanya persoalan mengapa PKP diperlukan untuk memutuskan rantaian COVID-19. Kami tak fikir kerajaan AS telah melakukan kerja ni dengan baik – lebih-lebih lagi dah ada orang berdemo mintak supaya PKP diorang dihentikan.

Apabila rakyat tak diberikan penjelasan dan data yang telus, mereka akan hilang kepercayaan dan membawa kepada bencana yang lebih besar. Oleh sebab itulah kita tak mahu ada pemimpin yang cuma tahu bercakap soal ‘sentimen’ tanpa menggunakan akal dengan waras.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top