Dr. Noor Hisham diiktiraf antara terbaik di dunia, ini persamaan TIGA doktor power

F1

Minggu ini secara rasminya kita dah masuk Fasa Ketiga Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia. Dalam keadaan sekarang ini, kes di seluruh dunia semakin meningkat dan tak ada tanda-tanda wabak ini akan selesai dalam masa terdekat.

Kkm
Status terkini wabak COVID-19 di Malaysia (18 April 2020). Via FB Kementerian Kesihatan Malaysia

Sungguhpun begitu, kes baru di Malaysia semakin mendatar dan jumlah yang sembuh sudah melebihi 50% daripada keseluruhan kes. Syabas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)! Kalau dahulu kita sering membandingkan mutu perkhidmatan kesihatan dengan negara luar, hari ini kita sepatutnya bangga kerana khidmat kesihatan awam di Malaysia terbukti antara yang terbaik di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan kita diiktiraf antara 3 yang terbaik di dunia

Selain berita baik hasil daripada PKP ini, ketua Pengarah Kesihatan kita juga menjadi tumpuan dunia. Baru-baru ini, sebuah portal berita dari China telah membariskan Datuk Dr Noor Hisham bersama-sama Dr. Anthony Fauci (Pengarah U.S. National Institute of Allergy and Infectious Diseases (NIAD)) dan Dr. Ashley Bloomfield (Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand) sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang terbaik di dunia.

Top Doctor
Via https://news.cgtn.com/

Dalam ketiga-tiga tokoh ini, tiada seorang pun antara mereka yang memegang jawatan sebagai menteri dalam negara masing-masing. Walaupun bukan menteri, tapi wajah-wajah mereka inilah yang mewakili negara masing-masing dalam mengemaskini keadaan wabak COVID-19. Sebab itulah, mereka mendapat tumpuan bukan saja dari rakyat dan media dalam negara, malah di seluruh dunia juga.

Tidak dapat dinafikan, dalam setiap sidang media, mereka melaporkan dengan sangat cekap dan tenang. Bukan itu sahaja, mereka juga melayan soalan dari wartawan dengan sabar dan penuh fakta. Sikap inilah yang membuatkan para pengamal media senang hati dan semakin hormat pada mereka.

Kalau sebelum ini kami ada kongsikan tentang latar belakang Datuk Dr Noor Hisham, kali ini kami nak kongsi sedikit tentang hero dari Amerika Syarikat dan New Zealand ini.

Rakyat Amerika Syarikat lebih mempercayai Dr. Fauci berbanding Presiden Trump

Bila Trump buat kenyataan ntah apa-apa. Via Giphy

Seperti juga rakyat Malaysia yang sangat menanti-nantikan sidang media dari Dr Noor Hisham, begitu juga dengan rakyat Amerika Syarikat. Tapi mereka lagi ekstrem daripada kita. Kalau mereka tak nampak batang hidung Dr. Fauci ni dalam sidang media dari White House, mereka rasa panik nak mampus. Sebab? Mereka ingat Dr. Fauci dah kena pecat. Ini semua gara-gara sikap beliau yang tegas menolak sebarang keputusan Presiden Trump untuk membuka semula kegiatan ekonomi di AS.

Lebih mencuit hati, netizen di Amerika Syarikat juga turut menobatkan Dr Fauci sebagai “America’s Coronavirus Crush”.

Crush Us
Tweet dari netizen di US. Via Twitter

Rakyat Amerika Syarikat lebih percayakan Dr Fauci daripada Trump sebab Trump cakap ‘alah, coronavirus ni selesema biasa je macam Selesema Burung (seasonal flu).’ Kalau menteri kita yang cakap macam ini, kita bengang tak? Dah tentulah kita marah, kan? Benda serius boleh buat main-main je Trump ni. Nasib baik ada Dr Fauci. Nak tahu apa pendirian Dr Fauci dalam menghadapi wabak ini walaupun terpaksa mengkritik Presiden?

I served six presidents and I have never done anything other than tell the exact scientific evidence and made policy recommendations based on the science and the evidence – Dr Anthony Fauci

Walaupun netizen mereka sering gelabah, tapi Presiden Trump dah cakap, dia takkan pecat Dr Fauci. Itu semua fake news je. Dia siap puji lagi Dr Fauci.

Rakyat New Zealand bergantung kepada Pengarah Kesihatan seperti Dr Ashley Bloomfield

Kecoh juga pasal New Zealand ni. Masa kerajaan New Zealand dah umumkan perintah lockdown, Menteri Kesihatan mereka, David Clark rileks saja bawa satu keluarga pergi berkelah. Sebab menunjukkan contoh yang tak baik itu, dia dah letak jawatan dan mengaku dia bodoh sebab langgar perintah lockdown.

Mujurlah, New Zealand ada Ketua Pengarah Kesihatan yang cekap seperti Dr Ashley Bloomfield. Seperti juga Dr Noor Hisham yang sering dipuji oleh netizen, begitu juga dengan Dr Bloomfield. Beliau juga seorang yang rendah diri (humble). Netizen di NZ punyalah suka dengan Dr Bloomfield ni. Mereka siap calonkan Ketua Pengarah Kesihatan ini sebagai New Zealander of The Year.

Capture
Petisyen untuk calonkan anugerah New Zealander of The year di laman Change.org

Tapi… segala pujian itu dikembalikan kepada kakitangan kementerian kesihatan. Menurut portal berita tempatan di New Zealand, ini response Dr Bloomfield ketika ditanya tentang reaksi beliau terhadap petisyen tersebut.

“I’m lucky to be part of a fantastic team,” he said, citing health professionals around the country.

Sumber: www.tvnz.co.nz

Penghargaan terhadap Dr Bloomfield bukan sahaja tergambar melalui reaksi netizen yang mencalonkan beliau untuk menerima anugerah tokoh berprestij, malah, mereka juga buat lagu yang didedikasikan untuk beliau!

Sikap mereka sama, sebab itulah mereka dinobatkan sebagai Doktor yang terbaik di dunia

Kalau anda perasan, mereka semua ada sikap yang sama. Cekap, bercakap berlandaskan fakta, rendah diri, hargai kakitangan dalam kementerian dan berani menegur pemimpin. Mungkin juga kerana setiap tindak tanduk mereka melibatkan nyawa manusia, jadi mereka tak boleh buat kerja sambil lewa macam yang dilakukan oleh ahli-ahli politik.

Di Amerika ada Trump, di New Zealand ada David Clark. Di Malaysia kita juga turut mengkritik kenyataan air suam Menteri Kesihatan. Baru-baru ini, kecoh pula Timbalan Menteri Kesihatan pergi melawat tahfiz siap makan ala-ala kenduri padahal kita masih dalam PKP. Kesimpulannya, ahli politik di mana-mana pun sama saja. Mujurlah dalam dunia ini wujud pegawai kerajaan.

Harap ahli-ahli politik bolehlah belajar daripada pegawai kerajaan macam mana nak bekerja dengan betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *