Menteri bentang depan 500 negara, Timbalan pergi makan-makan, rakyat pening

F1
Menteri bentang depan 500 negara, Timbalan pergi makan-makan, rakyat pening

Satu benda yang ramai perasan; orang bijak ni ada satu kelemahan diorang. Kelemahan yang mungkin korang tak akan duga – diorang pandir apabila dah dapat jawatan. Benda ni bukan berlaku pada kerajaan yang ada hari ni je, ia turut berlaku pada kerajaan BN dan PH sebelum ni. Sebab tu ramai yang kecewa apabila orang bijak dapat jawatan penting dalam Kabinet, alih-alih sebab nak jaga jawatan, diorang jadi mangkuk.

Oleh itu, kalau korang rasa diri korang tu bijak; berhati-hatilah kalau diberikan jawatan besar atau amanah, bimbang nanti terjangkit dengan penyakit pandir yang boleh menular macam Covid-19 ni…

Tersilap cakap negara di dunia ada 500, habis netizen bahan tanpa belas kasihan

Kalau sebelum ni Menteri Kesihatan kita kena bahan sebab petua minum air suam yang dikatakan boleh cegah virus Covid-19, kali ni ada benda baru lagi dia buat yang sebabkan rakyat pening kepala. Kali ni dia kata dah buat sidang video bersama 500 negara ketika tengah borak dengan Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya yakin bahawa apa yang saya buat telahpun diiktiraf dunia, datuk seri. Saya telah buat video conferencing dengan WHO (pertubuhan kesihatan sedunia), 500 negara eh, saya live,” – Adham, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Bukan main imiginasi dia. Via Giphy

Petikan perbualan ni ditularkan netizen, kebanyakannya jadikan kenyataan Adham tu sebagai bahan jenaka. Adham mungkin tersasul sebab cuma ada 195 negara di seluruh dunia. Bahaya betul kan netizen ni, semua percakapan yang dituturkan oleh Kabinet akan diteliti dan kalau tersalah cakap akan jadi bahan.

Timbalan Menteri Kesihatan pun buat hal, dia pergi makan-makan masa PKP

Ketika rakyat disuruh lepak di rumah dan patuh pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada segelintir wakil rakyat termasuk menteri besar dan timbalan menteri dilihat main suka hati je langgar PKP. Dah tular beberapa gambar babitkan pemimpin parti politik berkumpul secara berjemaah sehingga menimbulkan kecaman netizen.

Antaranya gambar Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar yang pergi beraya ke rumah bekas menteri besar Ahmad Said, di Teluk Kalong, Kemaman. Samsuri datang ke rumah Ahmad yang merupakan pengerusi Umno Terengganu untuk selesaikan isu berbangkit berhubung agihan peruntukan yang tak sama rata diterima ADUN BN.

Gambar yang diambil pada pertemuan tu perlihatkan Samsuri menikmati hidangan makanan bersama Ahmad, selain bergambar dengan orang ramai yang ada di rumah tu. Benda ni mengundang kecaman netizen yang mendakwa ia melanggar peraturan PKP termasuk penjarakan sosial.

32
Via The Reporter

Setelah Menteri Kesihatan kita buat hal, mungkin timbalan dia pun dapat idea untuk buat benda yang sama. Yalah, takkan nak tengok ketua sendiri je kena kecam, sebagai anak buah yang baik, mungkin dia nak ambik port jugak dalam bidang-bidang kena kecam ni.

Setiusaha Agung PKR, Saifuddin Nasution kata tindakan Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali serta Exco kerjaan negeri Perak, Razman Zakaria bersama kumpulanya yang menikmati makanan secara beramai-ramai.

Makan seorang-seorang je lah. Via Giphy

Tindakan tu dilihat seolah-olah mereka abaikan peraturan PKP dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19. Saifuddin kata, ketika PKP dilanjutkan dan pasukan barisan hadapan gadai nyawa menangani Covid-19, diorang bebas begerak untuk lawatan tak kritikal.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Keselamatan (MKN) menasihati rakyat supaya duduk di rumah, bazar Ramadan dibatalkan. Timbalan Menteri Kesihatan ke sana ke sini membawa rombongan untuk lawatan bukan kritikal, makan berjemaah, berkongsi lauk (meningkatkan risiko jangkitan) dan tidak mengamalkan penjarakan sosial. Sungguh tidak bertanggungjawab dan menunjukkan contoh yang teruk kepada rakyat. Harap tiada kluster baru yang berpunca daripada lawatan sebegini,” – Saifuddin, melalui hantaran media sosialnya

Polis akan panggil Timbalan Menteri Kesihatan, tapi dikatakan diorang makan sambil jaga jarak

Polis akan panggil Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berhubung kehadirannya kat majlis makan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong, Perak.

Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain kata, siasatan awal dapati Dr Noor Azmi sebelum tu meninjau kesiap-siagaan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Lenggong atas kapasitinya sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.

“Sebelum itu, beliau meninjau persiapan kakitangan KKM dengan diiringi sebahagian EXCO Perak termasuk seorang daripadanya pemilik maahad tahfiz berkenaan. EXCO yang juga pemilik maahad tahfiz itu kemudian membawa Dr Noor Azmi melawat maahad tahfiznya sebelum satu majlis makan diadakan oleh pengurusan maahad berkenaan,” – Razarudin Husain , seperti yang dilaporkan Harian Metro

Razarudin kata, Dr Noor Azmi mungkin tak menolak untuk menyertai majlis makan tu sebab melihat pihak pengurusan dah sediakan jamuan. Berdasarkan gambar majlis makan yang tular, semua individu termasuk Dr Noor Azmi didapati duduk dalam keadaan berjarak antara satu sama lain. Tapi, siasatan tetap akan dilakukan terhadap semua individu yang menghadiri majlis berkenaan.

Pihaknya masih lagi melengkapkan siasatan termasuk akan memanggil semua yang terbabit dalam masa terdekat.

Kita hampir mengatasi menghalau COVID-19, tapi kita belum sepenuhnya menang

Semua orang yang kami sebutkan ni dah minta maaf, ia adalah perbuatan yang mulia untuk mintak maaf selepas lakukan kesilapan. Jangan contohi sesetengah orang yang ketika dia dah lakukan kesalahan, dia masih nak luruskan kesilapan yang dia buat. Cuma, sebagai wakil rakyat dan pemimpin, diorang kena lebih berhati-hati dan sedar – apa jua yang diorang lakukan akan dinilai oleh rakyat.

Melihat dari jumlah kes baru Covid-19 di Malaysia, nampaknya kes ni semakin menurun, cuma ia tak bermaksud kita dah boleh selesa. Kita harus tetap ikut PKP, dan lepak dekat rumah. Korbankan sedikit masa untuk masa hadapan yang lebih cerah.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top