Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
F1
Isu SemasaIsu Tular

Illi Najwa kahwin dengan kapten hoki India dikatakan murtad, ini jawapan darinya

By Subeditor
December 21, 2020 4 Min Read
Comments Off on Illi Najwa kahwin dengan kapten hoki India dikatakan murtad, ini jawapan darinya

Di Malaysia kita memang suka kontroversi yang melibatkan agama atau apa yang ada di celah kangkang seseorang. Kami masih teringat lagi bagaimana isu jantina Sajat boleh menjadi isu nasional yang dibincangkan macam benda tu akan tentukan masa hadapan negara. Baru-baru ni, kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan pasangan pilihan hatinya dari Malaysia, Illi Najwa Saddique. Pasangan tu dah menjalinkan hubungan percintaan sejak lapan tahun lepas.

728 X 90

Illi Najwa dapat kebenaran khas untuk terbang ke New Delhi untuk majlis perkahwinan

Majlis ringkas diorang dihadiri keluarga, saudara mara, pemain pasukan kebangsaan, pengurusan dan tetamu jemputan. Pasangan tu dijadualkan berkahwin pada April lalu, dengan resepsi majlis di Ludhiana, namun terpaksa ditangguhkan kerana penularan Covid-19. Illi Najwa, 27, berjaya dapatkan permohonan khas daripada kerajaan Malaysia dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri India untuk terbang ke New Delhi seterusnya meneruskan perjalanan ke kampung halaman Manpreet.

Hoki16 1608126862
Pasangan serasi. Via Harian Metro

Sumber dalaman Persekutuan Hoki Antarabangsa mengesahkan Illi Najwa lakukan perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2 Disember untuk majlis perkahwinannya. Pasangan itu pada awalnya merancang majlis perkahwinan mereka pada 30 Disember, serentak sambutan hari lahir Illi Najwa namun akhirnya memilih 2 Disember.

Illi Najwa bekerja di sebuah universiti swasta di Malaysia dengan bertugas mengawal perancangan, pengembangan perniagaan dan aktiviti pengambilan pelajar di pasaran Asia Selatan. Ibunya, Masita pernah bermain hoki mewakili Angkatan Tentera Malaysia. Manpreet kali pertama bertemu Illi Najwa yang menyaksikan perlawanan ketika dia mengetuai pasukan remaja India pada saingan Piala Sultan Johor 2012.

32
Via GSTV Network

Isu ini jadi kontroversi kerana ada yang persoalkan diorang ni agama apa?

Walaupun nampak benda ni macam sesuatu yang baik, tapi ternyata ia jadi isu apabila status agama Illi Najwa dipersoalkan oleh pihak-pihak tertentu. Perkara ni dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi kepada Utusan Malaysia. Isu status agama Illi Najwa timbul selepas dia melangsungkan perkahwinan dengan mengikut acara keagamaan selain Islam di kampung halaman suaminya di Punjab, India.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary, kerajaan amat peka mengenai perkara tu, dan berdasarkan maklumat awal, dia difahamkan wanita yang berasal dari Johor tu masih beragama Islam, dan kerajaan belum terima permohonan daripadanya untuk berkahwin di luar negara.

“Malah, menerusi pembacaan saya di laman media sosial juga ada mengatakan dia masih seorang beragama Islam dan lelaki itu dikatakan sudah memeluk Islam akhir tahun lepas, namun pengesahan sebenar kita akan tunggu apabila dia kembali nanti,” – Ahmad Marzuk Shaary, seperti yang dilaporkan FMT

Dia kata macam tu kepada pemberita selepas Majlis Pengagihan Bantuan Musim Tengkujuh kepada Nelayan dan Petani di Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor. Buat masa ni, diorang katanya nak bersangka baik.

Akibat daripada isu ini, Ili Najwa akan disiasat oleh kerajaan untuk status agama

Akibat daripada kontroversi ni, Illi Najwa Anuar Hussin Saddique memohon maaf di atas kekhilafannya. Katanya dia tahu segala silap dan salah yang dah berlaku di atas kejahilan Illi dan Manpreet. Malah, Illi turut zahirkan permohonan maaf kepada keluarganya yang telah diheret sama dalam isu ini.

Cuma, Illi sahkan suaminya dah memeluk Islam sejak akhir tahun 2019 dan mereka melangsungkan pernikahan pada 16 Disember lalu dalam acara tertutup. Katanya, sijil nikahnya akan diperoleh pada Rabu depan. Tegas Illi, dia tak pernah menukar nama atau agama seperti mana yang didakwa oleh netizen.

“Nama saya masih kekal Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarga suami memanggil saya Navpreet sejak tahun 2012 kerana sukar bagi mereka menyebut nama saya,” – Illi Najwa, seperti yang dilaporkan MG

Salah faham ini timbul apabila rakaman video resepsi perkahwinan mereka tersebar dengan memaparkan Manpreet,mengenakan sut perkahwinan Punjabi yang lengkap dengan serban. Manakala Illi memakai pakaian pengantin Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan. Dalam resepsi itu, Illi dan suaminya kelihatan melakukan perbuatan yang mencetuskan pelbagai persoalan hingga status agamanya.

Nampaknya semua ini adalah satu salah faham yang besar. Via Giphy

Mengulas mengenai video resepsi perkahwinannya di India, Illi berkata, mereka tak pernah minta perkahwinannya di sana dirakamkan kerana tahu akan sensitiviti yang akan dihadapi mereka. Namun, katanya, rakaman yang didedahkan oleh media itu di luar kawalan. Illi mengakui dia tak gembira dengan isu yang mengheret namanya dan suami.

Kita harus fokus pada isu yang penting, bukan semata-mata isu peribadi

Salah satu perkara yang paling penting dalam membina masyarakat yang makmur dan maju, kita perlu bijak dalam melihat isu. Kami faham je kalau ada orang yang ‘sayang’ akan saudara sesama Islam, tapi takdelah sampai level tuduh orang bukan-bukan. Apa yang patut kita fokus adalah isu-isu yang boleh memberi impak yang besar kepada masyarakat; isu kemiskinan, pengangguran, kesihatan dan isu-isu penting yang lain.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
F1
Previous

Kluster ‘lima’ buktikan haiwan boleh dijangkiti Covid-19, menteri Denmark silap langkah

F1
Next

Pembelajaran dalam talian membuatkan ramai tertekan, ini faktor ia berlaku

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme