Kluster ‘lima’ buktikan haiwan boleh dijangkiti Covid-19, menteri Denmark silap langkah

F1
Kluster ‘lima’ buktikan haiwan boleh dijangkiti Covid-19, menteri Denmark silap langkah

Jika korang masih ingat lagi di awal pandemik, ramai yang rasa khuatir dan risau sekiranya koronavirus boleh dijangkiti daripada haiwan. Masa tu, kita pun masih menggali maklumat mengenai sejauh mana bahayanya virus Wuhan tu. Walaupun begitu, perkara tu tak buatkan sesetengah pemilik haiwan tenang sehinggakan ada yang sanggup bunuh kucing dan anjing peliharaan mereka kerana terlalu takut.

728 X 90

Kini kita dah mempunyai banyak maklumat dan keyakinan bahawa haiwan peliharaan tak menambahkan risiko korang dijangkiti COVID-19. Ni tak bermakna haiwan bebas dari dijangkiti COVID-19, sebab baru-baru ni kita ada dengar harimau Malaya di Zoo Bronx disahkan positif kerana terjangkit daripada salah sorang pekerja zoo. Kali ni, kat Denmark pun ada jugak haiwan positif COVID-19. Tapi langkah kawalan mereka banyak dikecam…

Denmark Health Virus Animals Mink
Via Sciencemag

Mutasi terbaharu ditemui dalam ladang mink, Denmark arah bunuh sebagai solusi cegah jangkitan mutasi kepada manusia

Mink ni kalau korang cuba google imej haiwan tersebut, ia sangat comel dan memiliki bulu serba halus. Sebenarnya di Denmark, mink ni diternak secara besar-besaran dan ekslusif untuk ‘digunakan’ dalam pelbagai industri khususnya produk bulu haiwan. Bahkan, Denmark merupakan pengeksport terbesar bulu mink di dunia.

Mink Coat
Salah satu fesyen yang popular daripada bulu mink adalah ‘mink coat’… Via Google Site

Tetapi dapatan terbaharu di negara tersebut membuktikan bahawa mink jugak tak terkecuali dari berisiko dijangkiti COVID-19, dengan mutasi yang berbeza yang dinamakan ‘cluster 5’. Yang lebih menggusarkan Denmark, terdapat kemungkinan seandainya mutasi baharu dari mink ni boleh menjangkiti manusia kembali walaupun secara keseluruhannya, tak ramai pun yang akan ada kontak rapat dengan mink kecuali para penternak mink je.

Ni tak mengejutkan, sebab mink biasanya dikurung dalam suatu kurungan yang sempit dimana seekor mink boleh menjangkiti yang lain. Namun tindakan Denmark untuk kawal jangkitan tersebut sememangnya mengejutkan. Kat Amerika Syarikat, mana-mana ladang mink yang didapati ada kes COVID-19 dalam kalangan haiwannya… ladang tu akan ditutup dan dikuarantin. Kalau mink tu terpaksa dibunuh, lazimnya hanya yang sakit je.

Mink Captured
Via USA Today

Kat Denmark, kerajaan mereka arahkan mink dalam ladang mereka dihapuskan… tak kira sihat atau tak sihat. Langkah ni diharapkan mampu membendung jangkitan mutasi tersebut dan kekalkan risiko jangkitan tu hanya dalam kelompok populasi mink je. Setakat 28 November, lebih dari 11 juta mink dihapuskan. Sekurangnya 15 juta disasarkan, jadi tinggal 4 juta lagi.

Antara sebab mengapa kerajaan Denmark begitu berani buat keputusan macam ni adalah kerajaan mungkin beranggapan takde orang peduli tentang mink sebab ia bukanlah haiwan terancam, tak jugak popular sebagai haiwan peliharaan. Walaupun ia dilihat kerajaannya sebagai tindakan yang paling ampuh untuk bendung COVID-19 dalam populasi mink, akibatnya memakan diri buat Denmark.

Menteri letak jawatan lepas rancangan bunuh mink akibatkan bangkai mink ‘bangkit’ dari tanah, meresap ke dalam bekalan air

Rancangan hapuskan mink mungkin tampak mudah dan bakal menjadi kunci penyelesaian utama dalam kawalan jangkitan ni, tetapi entah kenapa, kerajaan negara tu tak rancang sebaiknya mengenai bagaimana melupuskan sisa bangkai mink yang dibunuh tu. Lagipun, arahan tersebut jugak sebenarnya takde asas undang-undang. Kalau satu, dua ladang tu boleh diterima… tetapi jutaan mink daripada ratusan ladang?

Mink Mass Grave
Bangkai mink dilonggokkan di Denmark.. -Via NBCNews

Penternak mink risau dengan langkah ni, walaupun tetap faham dengan tindakan kerajaan. Industri mink di Denmark akan jatuh teruk, dan sumber pendapatan penternak ni tentunya terjejas teruk. Bangkai mink yang diarahkan untuk dihapuskan pulak hanya ditanam tak begitu dalam, serta memusatkan banyak pusat penghapusan ni berdekatan tasik serta sumber air bawah tanah. Ni menyebabkan bekalan air bersih dicemari dan perlu perhatian segera.

Tambah lagi, gas yang dihasilkan dalam proses pereputan bangkai tu turut menyebabkan bangkai mink ni ‘terkeluar’ dari tanah dimana mereka ditanam. Pihak kerajaan dah cuba letak lebih banyak tanah untuk pastikan bangkai tu tak ‘terkeluar’ jauh dari lubang khas pelupusan bangkai mink tersebut. Namun begitu, langkah tersebut tak begitu efektif dan membawa kepada tindakan kerajaan menggali semula jutaan bangkai ni dan membakarnya.

Disposing Of Dead Mink In A Military Area Near Holstebro In Denmark
Via Yahoo Finance

Selain tu, tindakan pemusnahan ni mencetuskan reaksi buruk daripada organisasi pencinta haiwan. Bagi para penternak yang terpaksa memusnahkan ‘periuk nasi’ sendiri, salah satu cara yang digunakan adalah dengan memindahkan mink ke dalam sebuah kotak kecil yang diisi dengan karbon dioksida. Mink tu akan tertidur, dan dalam anggaran 10-15 saat akan mati.

Cara ni dibantah oleh aktivis pencinta haiwan, sebab kat Belanda… tular sebuah video yang memperlihatkan mink tersebut terpaksa diberi gas untuk kali kedua, memandangkan mink ni adalah haiwan semi-akuatik dan dapat menahan nafas untuk tempoh yang agak lama. Maksudnya, aktivis ni nakkan mink ni mati sekali je. Tu lebih baik berbanding nak 2-3 kali ‘seksa’ haiwan tu.

Susulan reaksi negatif dari pelbagai pihak, menteri pertaniannya letak jawatan manakala kerajaan Denmark mengakui kesilapan mereka dalam tindakan tergesa-gesa untuk memusnahkan mink. Kegagalan wujudkan pelan rancangan pelupusan yang baik jugak salah satu daripada kesilapan mereka.

WHO melaporkan Denmark antara beberapa negara yang mempunyai mutasi COVID-19 dalam populasi haiwan mink, selain dari Belanda, Sepanyol, Sweden, Itali dan Amerika Syarikat. Setakat ni, Denmark merupakan negara yang laksanakan tindakan drastik sebegini… jadi kalaulah negara lain nak ikut, pengalaman Denmark harus dipelajari dan dipertimbangkan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top