Vietnam dah ada cadangan bina loji nuklear sebelum letupan Chernobyl. Ini ceritanya

F1
Vietnam dah ada cadangan bina loji nuklear sebelum letupan Chernobyl. Ini ceritanya

Perkataan ‘tenaga nuklear’ ni selalunya berkait rapat dengan suatu yang seram, malang dan buruk. Apa taknya, kebanyakan peristiwa yang melibatkan nuklear ni selalu sangat dibicarakan sehingga ramai lebih suka jika kita tak payah ada nuklear langsung. Tenaga nuklear ni jugak selalu digambarkan sebagai suatu bahan yang boleh dijadikan senjata, atau mungkin, boleh tukar orang biasa jadi mutan pulak.

Tapi di sebalik keseluruhan gambar tak manis pasal nuklear ni, kenapa pulak Vietnam tiba-tiba nak cadang guna tenaga nuklear? Jom baca kupasan kami.

Nuclear Reactor
Via Britannica

Rusia dan Jepun dah semangat bantu bagi dana, tapi Vietnam masih belum sedia lagi nak perbanyak loji

Mungkin tak ramai orang sedar bahawa Vietnam sebenarnya dah lama mempertimbangkan cadangan pembinaan loji nuklear ni, bahkan cadangan tu lebih lama sebelum letupan Chernobyl di Rusia pada 1986 dan letupan Fukushima di Jepun pada 2011. Pada ketika tu, banyak negara semakin berminat membina program nuklear mereka sendiri termasuklah Vietnam.

Semasa Perang Vietnam, Amerika Syarikat sebenarnya berminat nak bantu buka program nuklear di Vietnam tu pada 1958. Tetapi oleh sebab risiko perang yang tak memungkinkan loji nuklear tersebut memberi keuntungan buat Amerika, program tu dibatalkan. Ia tak bermakna orang Vietnam terus lupa dengan apa yang dah jadi, termasuklah pembinaan program nuklear tu.

Kuasa Nuklear
Jika berjaya, Vietnam akan termasuk dalam peta ni.. Via FutureLearn

Pada 1976, sebuah suruhanjaya tenaga nuklear di Vietnam telah dibangunkan untuk mengkaji kesesuaian pembinaan loji nuklear. Kemudian pada awal 1980-an, kajian berterusan telah diadakan tanpa henti sehinggalah pada 1995, dapatan kerajaan mendapati bahawa tenaga nuklear ni patut diusahakan pada 2015.

Ia diusahakan lebih awal iaitu pada 2010, Vietnam dah rancang nak bina 14 buah loji nuklear di 8 tempat, dan dijangka akan turut dipergiat sehingga boleh capai 10% tenaga bakal dijana dari loji nuklear tersebut. Vietnam turut menandatangani beberapa perjanjian dan bantuan daripada pelbagai negara seperti Rusia dan Jepun.

Power Plant Vietnam
Loji nuklear Ninh Thuận 1 yang tertangguh.. Via Vietnam Economic Times

Namun lepas 2014, kerajaan Vietnam nak tangguh pulak pembinaan lebih banyak loji nuklear sebagaimana yang telah dijanjikan kepada Rusia dan Jepun pada 4 tahun lalu. Ni kerana hutang kerajaan mereka dah terlalu berat untuk terus membina lebih banyak loji nuklear ni, sedangkan banyak lagi alternatif lain untuk menjana kuasa elektrik selain dari nuklear. 2 tahun kemudian, Dewan Rakyat Vietnam undi untuk tak teruskan lagi projek ni.

Vietnam digesa fikir sekali lagi, pergantungan tenaga elektrik mungkin masih tak cukup walaupun di Malaysia

Buat masa ni, banyak cabaran yang perlu diatasi oleh Vietnam. Misalnya, mereka kena terus merangka undang-undang pekerjaan dan undang-undang keselamatan untuk para pekerja yang kena urus loji nuklear ni. Kalaulah ada apa-apa yang buruk terjadi, ia bukan je akan memudaratkan kesihatan rakyat, bahkan negara tu terpaksa tunggu masa yang sangat lama supaya kesan radioaktif yang terdapat dalam bahan nuklear tu boleh hilang.

Chernobyl Letupan
Bekas tapak loji yang musnah di Chernobyl.. Via The Guardian

Mengikut Live Science, sekurang-kurangnya 20,000 tahun lagi nak kena tunggu ‘sihat’ persekitaran kat Chernobyl tu. Perkara ni lah yang sebenarnya membimbangkan pembuat dasar di Vietnam. Oleh sebab tu, mereka pun banyak jugak cari alternatif lain sebagai sumber penjana elektrik. Setakat ni mereka banyak bergantung dengan sumber hidro (45%), gas (34%) dan arang batu (20%).

Kemudian pada tahun ni pulak, Vietnam sekali lagi digesa untuk mempertimbangkan penggunaan loji nuklear dengan National Energy Master Plan yang dijangka akan disiapkan menjelang hujung tahun. Dalam laporan tersebut, pembinaan loji nuklear akan dimulakan semula pada 2035. Maksudnya, pembinaan loji nuklear tu cuma ditangguhkan je buat sementara waktu hingga 2035.

Pelan Vietnam Nuklear
Model loji nuklear di Vietnam.. Via New Straits Times

Isu penjanakuasaan nuklear ni sebenarnya dah lama menjadi bual bicara antara kerajaan. Malaysia pun pernah jugak terfikir nak bina loji nuklear ni dalam skala kecil. Namun dalam pandangan Dr. Mohd Zamzam Jaafar pada 2017, Malaysia masih belum bersedia lagi sebab perlu minta pandangan dan persepsi rakyat terlebih dahulu.

“Ketika ini, kita bergantung banyak pada arang batu dan gas asli untuk menjana tenaga. Sebagai keselamatan tenaga, (nuklear) memang perlu kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan”- Seperti yang dilaporkan New Straits Time

Penjanakuasa Elektrik
Bakar arang batu untuk jana elektrik.. -Via Climate Central

Kita sebenarnya dah ada agensi berkaitan dengan tenaga nuklear ni, iaitu Agensi Nuklear Malaysia. Dalam negara sendiri, ada jugak mencadangkan agar kita pun mempertimbangkan guna teknologi loji penjanakuasa nuklear ni sebab ia jugak bertepatan dalam Rancangan Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESI) 2.0 (2019-2025).

Bersediakah Malaysia nak guna tenaga nuklear ni? Bagi sorang jurutera mekanikal, Mohd. Khoushaini Mohd Naim dalam tulisannya pada 20 Ogos lalu;

“Untuk itu, tiga syarat penting diperlukan. Pertama, kita ada keupayaan dan kepakaran teknologi, namun import dari luar masih diperlukan.

Kedua, kita perlukan pembiayaan dalaman dan pinjaman mudah dan ketiga, masyarakat perlu difahamkan mengenai tenaga nuklear dan memberikan penerimaan 100 peratus.

Sentimen negatif dan mimpi ngeri bom atom Hiroshima perlu segera dikikis, kerana kita berada pada zaman maju dan maklumat jelas hanya di hujung jari.”- Seperti yang disiarkan dalam Berita Harian

Japan Nuclear
Boleh tambah peluang pekerjaan jika industri nuklear dibangunkan.. Via Time Magazine

Mungkin kita pun patut pertimbangkan guna kuasa nuklear sebagai sumber tenaga yang boleh mengurangkan pergantungan kita pada sumber alam yang tak diperbaharui dan terhad seperti gas asli dan arang batu. Daripada syarat kat atas ni, ia nampak boleh dilaksanakan dengan kehendak politik serta kerjasama menyeluruh daripada seluruh peringkat warga Malaysia. Cuma kami membayangkan ia akan berlaku dalam 50-100 tahun lagi dari sekarang apabila sumber tenaga yang tak diperbaharui semakin berkurang.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top