PILPRES Indonesia, dua orang lelaki bertaruh dengan sehektar tanah

PILPRES Indonesia, dua orang lelaki bertaruh dengan sehektar tanah

Lebih kurang setahun yang lalu Malaysia menghadapi Pilihan Raya Umum 14, dan kami percaya takde orang boleh lupa apa yang terjadi pada PRU14 tu. Sekarang ni, negara jiran kita – negara yang paling kita selalu bawak gaduh di media sosial akan alami proses pilihan raya yang lebih kurang macam kita. Mereka akan memilih Presiden Indonesia.

Via Pemilu

Kami pun tak minat nak sembang panjang pasal proses demokrasi di Indonesia, topik tu berat dan cukuplah berat badan kami yang tinggi, tak payahlah artikel pun terbabit dalam hal-hal berat ni. Jadi kami nak kongsikan cerita simple, pasal dua pemuda yang siap bertaruh sehektar tanah sempena pilihan raya di Indonesia.

Dua calon Presiden, dan dua orang yang tengah bertaruh tanah

Dua calon yang bakal bertarung merebut kerusi Presiden Indonesia adalah Joko Widodo, yang dikenali sebagai Jokowi, dan Prabowo Subianto, yang dikenali sebagai Prabawo. Pemilihan ini berpusat di sekitar calon mana yang memiliki visi untuk mengubah Indonesia menjadi negara yang kuat pada peringkat ekonomi global dan menarik suara anak muda. Negara Indonesia yang terdiri lebih dari 17.000 pulau dan dengan populasi 264 juta, benda ni bukan mudah.

Apa yang buat kami tak boleh brain dalam pemilihan kali ni, ada dua pemuda dari Kabupaten Sidrap, Sulawesi Selatan, melakukan pertaruhan sempena Pemilu (pemilihan) Presiden 2019 yang akan berlangsung pada 17 April 2019 ini. Benda ni dah viral di media sosial dan tengah heboh diperbincangkan. Dua mamat ni jadikan tanah seluas 1 hektar sebagai taruhan. Dalam foto yang viral tu, dua orang mamat ni mengaku sebagai pendukung pasangan calon presiden tengah nak bertanding bermula hari ni (17 April 2019).

Taruhan sudah Deal…

Posted by Asis Cambong on Isnin, 15 April 2019

Penyokong Jokowi-Ma’ruf mengaku bernama Hendrik Arhadi, sedangkan lawannya, Abdul Aziz C, adalah pendukung Prabowo-Sandiaga. Diorang bukan setakat gebang ja nak bertaruh, siap ada satu surat akuan untuk pastikan bila sesiapa kalah nanti – tak ada siapa yang akan lari.

Hendrik ni adalah usahawan sektor pertanian. Dia dah menikah dan tengah ada dua anak yang masih sekolah. Hendrik terdaftar sebagai pemilih di TPS 03, Desa Empagae, Sidrap. Dia mkata, lawan dia tu pak cik dia je sebenarnya. Abdul Aziz pulak terdaftar di TPS 02 di desa yang sama. Si pak cik ni berusia 39 tahun dan memiliki empat anak.  Macam anak buah dia juga, dia ni petani sawah tadah hujan dan irigasi.

Bukan main mereka dua ni. Via Kompas

Sebenarnya, mereka berdua nak bina padang bola sepak untuk orang kampung

Anak siapa pulak dalam gambar tu. Via Kompas

“Kebetulan tanak tu dekat dengan rumah, kami bertaruh lah, lepas tu upload di FB (Facebook),” kata Hendrik.

Masa dia upload gambar tu, lepas je dia solat Asar, gambar tu dah viral. Di akaun Facebook pak ciknya, gambar tersebut sudah kongsikan lebih dari 200 kali masa tu. Mereka berharap, sesiapa pun pemerintah dan presiden yang kelak terpilih, diorang akan jadikan tempat tu kawasan bola sepak untuk aktiviti orang kampug.

“Sudah 10 tahun kami ajukan proposal ke kepala desa, Pak Camat, Pak Bupati, dan caleg DPR, tapi sampai sekarang rumputnya masih tinggi,” ujar Hendrik

Kami yakin bukan padang macam ni mereka minta. Via Giphy

Tak patut berjudi pak, tapi pemilihan memang kena berjudi

Kami sebenarnya kedua-dua lelaki ni beragama apa, tapi kami bukan nak judge pun. Cuma nak beritahu dalam Islam – memang tak boleh berjudi ye. Tapi kami tetap tabik dengan niat mereka berdua untuk gunakan tanah tu untuk kegunaan orang kampung. Itu power.

Dalam setiap kali pemilihan wakil rakyat, memang rakyat kena berjudi pun. Kalau tersalah undi, memang rugilah. Bukan setakat rugi sehari dua, tapi LIMA tahun beb.

 

Artikel ini telah merujuk artikel di tribun-timur.com yang bertajuk Taruhan Pemenang Pilpres – Pendukung Jokowi Vs Prabowo Taruhan Tanah 1 Hektare, Ini Motifnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top