Isu bendera bintang LIMA, sebenarnya kita pernah hampir guna bendera macam ni…

S1
Isu bendera bintang LIMA, sebenarnya kita pernah hampir guna bendera macam ni…

Sejak dua hari ni kecoh tentang isu penggunaan bendera yang salah pada Majlis Perasmian Piala Lum Mun Cham MABA/Milo ke-28 anjuran Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) kat Stadium MABA pada 25 November 2019. Isu Jalur Gemilang ni bukan isu main-main, sebabnya bendera ni adalah simbol yang amat dekat kat hari rakyat Malaysia. Kami rasa atas sebab ni ramai yang marah dan buat macam-macam teori.

S1
Via Astro Awani

Hari ni kami terjumpa satu bahan bacaan yang bagus untuk faham tentang jalur gemilang, ini kami kongsikan dengan korang. Nanti kalau ada masa, jangan lupa baca ye.

MABA dah minta maaf, tapi netizen mintak lebih dari tu…

Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) dah mohon maaf atas kesalahan yang terpapar di bendera Malaysia sewaktu acara pembukaan Kejohanan Bola Keranjang Milo Lum Mun Chak ke-28. Dalam pautan Facebook tu, MABA zahirkan permohonan maaf selepas imej yang paparkan bendera Malaysia ada lima bintang dalam paparan skrin kat gelanggang.

S1
Via Astro Awani

MABA kata kesilapan itu amat dikesali dan akan mengambil sepenuhnya tanggungjawab.

“Tolong maafkan kami, kami senantiasa mencuba sedaya upaya untuk membangunkan sukan bola keranjang di Malaysia,” – menurut MABA dalam kenyataan ringkas tu, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Reaksi orang ramai ketika tengok video tu. Via Giphy

Netizen kecam tindakan penganjur dan desak MABA dikenakan tindakan sewajarnya sebab tak peka dengan sensitiviti. Kejohanan Bola Keranjang tu berlangsung dari 25 November hingga 1 Disember ni.

Steven Sim kata hal berkaitan Jalur Gemilang ni tak boleh dipandang ringan…

Antara respon yang terawal tentang insiden ni datang dari Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim yang minta Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) selaku penganjur ambik tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab memaparkan Jalur Gemilang “pelik” pada majlis perasmian Piala Lum Mun Chak MABA/Milo ke-28.

S1
Steven Sim. Via MalayMail

“Berkenaan peristiwa menggunakan Jalur Gemilang yang salah di perlawanan bola keranjang anjuran Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) semalam, saya sudah menghubungi Presiden MABA (Datuk Lua Choon Hann) untuk mendapatkan penjelasan beliau,” – kata Steven di laman Facebooknya, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Dia menambah supaya satu tindakan paling tegas perlu diambik terhadap pihak yang bertanggungjawab sebab hal berkaitan Jalur Gemilang ni tak boleh dipandang ringan.

S1
Via Berita Harian

Selepas 62 tahun negara capai kemerdekaan, adalah mustahil jika ada rakyat Malaysia yang tak tahu bintang Jalur Gemilang berwarna kuning ada 14 bucu yang lambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan serta masing-masing tujuh jalur merah dan putih.

Pada peringkat akhir, kita ada bendera yang guna bintang berbucu lima

Bagi yang tak tahu sejarah Jalur Gemilang, sebenarnya satu pertandingan reka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu dah diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1949. 373 orang ambik bahagian dalam pertandingan tu dan tiga rekabentuk bendera dipilih ke peringkat akhir.

S1
Via MalaysiaCoin
  • Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang kat tengah-tengah dan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.
  • Reka bentuk kedua hampir serupa dengan reka bentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang tu.
  • Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning kat bahagian tepi kiri.

Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan dah luluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara;

“That in the opinion of this Council, the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:-

Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven-pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet.”

S1
Via MalaysiaCoin

Reka bentuk yang kami tunjukkan tadi diubah dengan menukar warna putih pada bulan dan bintang kepada warna kuning untuk melambangkan warna diraja bagi raja-raja Melayu dan juga menambah bucu bintang kepada 11 untuk mengambil kira jumlah negeri yang ada dalam Persekutuan Tanah Melayu. Reka bentuk bendera tu dapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.

Ada isu terbaru, tapi korang kena bezakan bendera dengan manipulasi grafik…

Lepas tu ada jugak gambar yang tengah tular kat sosial media yang paparkan gambar bendera yang lebih kurang. Cumanya, kalau korang baca bahan bacaan Jalur Gemilang yang kami bagi tu, korang akan perasan sebenarnya bendera dalam gambar ni bukan ‘bendera sempurna’ tapi manipulasi grafik. Kalau MABA memang patut kena kecam sebab diorang paparkan bendera sempurna dengan bintang yang salah. Kalau manipulasi grafik takde isu pun, janji tak menghina bendera.

S1
Kat belakang tu sebenarnya manipulasi grafik, so tak jadi isu. Via FB
S1
Via Bahan Bacaan ‘Bendera Kita’

Kami harap kesilapan MABA ni jadi pengajaran kat penganjur sukan kat Malaysia, jangan sebab korang ‘selekeh’ dalam anjurkan kejohanan, tercetus pulak pergaduhan yang besar. Sebagai rakyat Malaysia yang baik – kita kena kenal bendera, dan bertanggungjawab dalam menjaganya jika digunakan dalam mana-mana acara.

Sudah tentu insiden-insiden macam ini akan diulas dari sudut politik, ia takdelah salah secara total. Cuma ada sesetengah ahli politik yang ulas melebih-lebih, sehingga boleh membangkitkan rasa marah rakyat. Selalunya ahli politik macam ni akan gunakan apa-apa jua isu demi kepentingan politiknya. Kami harap korang hati-hati.

Kalau nak marah berpada-pada, kalau nak percaya berhati-hati, kalau nak bertindak berjaga-jaga.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top