Pelajar SPM buat petisyen markah lulus add math 5%, boleh berjaya ke?

S11
Pelajar SPM buat petisyen markah lulus add math 5%, boleh berjaya ke?

Dalam kemuncak era kepantasan teknologi ni, semua orang boleh bersuara kat alam maya. Daripada setakat berchatting, orang pun mulai pakai alam maya sebagai cara mereka nak minta perhatian untuk isu-isu semasa. Mesti korang pernah dengar pasal online petition atau petisyen dalam talian, kan?

Minta sokongan dari petisyen lebih mudah sekarang…

Petisyen ni ertinya surat permohonan atau rayuan yang biasanya ditandatangani oleh sekumpulan orang. Lepas tu, mereka akan beri pada pihak berkuasa sebagai tanda dan bukti bahawa apa-apa yang dikemukakan dalam petisyen tu dipersetujui ramai. Konsepnya tu macam nak undi sesuatu perkara tu dilaksanakan, tapi secara beramai-ramai dan bertulis.

Boleh minta sign? -Via Giphy

Online petition akhirnya terkenal sebab sesiapa je boleh buka petisyen secara mudah dan percuma. Lepas tu, mereka senang je kongsi petisyen tersebut untuk diisi secara dalam talian oleh saudara mara dan rakan-rakan. Kalau ada orang yang setuju jugak dengan tuntutan petisyen tu, lebih ramailah orang akan isi.

Beberapa laman sesawang yang popular digunakan adalah Change.org, Avaaz.org dan Givey. Sebagai contoh, kalau korang nak mulakan satu petisyen dalam talian ni, akan wujudlah tema-tema utama yang selalu orang guna untuk buat petisyen.

Tema Petisyen Dalam Talian
Antara tema yang tersedia untuk korang buat atau cari petisyen. -Via Change.org

Buat petisyen pun senang… sokong orang pun senang jugak dalam ni. Ye lah, tak payah bayar dan ada ‘feel good factor’ sebab korang boleh tolong orang lain yang perlukan sokongan. Macam sebuah petisyen pasal pencemaran alam sekitar ataupun penjagaan hak haiwan kat sesebuah tempat. Tak kiralah korang nak sokong isu tersebut yang bertempat kat Amerika ke, tandatangan korang tetap bermakna.

Petisyen jadi pemudahcara nak kumpul suara kat Malaysia…

Selain dari berita, korang boleh ketahui sesebuah isu yang berlaku kat negara kita menerusi petisyen dalam talian ni. Kadangkala berita pun tak boleh lapor semua isu yang tengah berlangsung dan masih harapkan informasi dari mereka yang terbabit.

Kami imbas semula beberapa petisyen yang popular kat Malaysia. Antaranya adalah petisyen nak calonkan Dr. Mahathir untuk Hadiah Nobel Keamanan, petisyen bantahan ICERD dan terbaharu, petisyen nak cadangkan cuti paterniti selama 7 hari. Semua ni dikumpul melalui Change.org dan semuanya memperjuangkan isu-isu penting untuk negara.

Mahathir Nobel Prize
Dah kena tutup petisyen tu, iaitu dengan tandatangan sebanyak 195,502. -Via Youtube

Namun begitu, ada je petisyen-petisyen yang buat kami kerut dahi kejap. Antaranya adalah petisyen nak minta turunkan gred Matematik Tambahan SPM 2019 iaitu 5% untuk markah lulus manakala 50% wajar dapat A+ disebabkan terlalu susah. Dikatakan bahawa guru-guru pun tak dapat jawab soalan tersebut. Memetik Joseph Tan, pemula petisyen tersebut:

“Tahun ini soalan matematik tambahan terlalu sukar dan kerajaan telah menambah soalan yang begitu susah sehingga guru juga terpaksa habiskan satu jam untuk menyiapkan 2 soalan. Batch pelajar yang mengambil kertas tersebut meminta agar kerajaan menurunkan markah lulus bagi subjek tersebut”- Joseph Tan, seperti yang dipetik oleh Ajar.com pada 22 November 2019

Tak salah sebenarnya nak keluar petisyen macam tu, kerana dalam satu tahap, nampaklah bahawa anak muda kita dah berani nak tuntut apa yang mereka rasa baik untuk mereka. Malah, mereka nak angkat isu tersebut pun dengan bawa sebab yang rasional dan takdelah berunsurkan sentimen atau terlalu beremosi.

Dulu-dulu, takde budak SPM yang berani buat petisyen macam ni. -Via Giphy

Boleh ke kaedah petisyen ni ubah undang-undang Malaysia?

Oleh kerana petisyen dalam talian ni sememangnya mudah dan bebas digunapakai oleh sesiapa je, kita tertanya-tanya jugak sejauh mana petisyen ni boleh ubah undang-undang negara. Kami pun terfikir benda yang sama.

Dr. Wong Chin Huat, aktivis politik jelaskan bahawa ni adalah suatu perkembangan yang bagus dan memperlihatkan bahawa masyarakat dah semakin peduli pasal politik. Lepas pilihan raya pada 2008, rakyat dah semakin percaya dengan kuasa mengundi dan menyuarakan pendapat mereka dengan tiga saluran iaitu demonstrasi, derma dan petisyen dalam talian.

Via Giphy

Sama ada petisyen ni berpengaruh sangat ke sampai boleh ubah undang-undang Malaysia, Asklegal.my ada jawapannya. Menurut kesimpulan mereka;

Walaupun jumlah orang yang sokong petisyen tu penting, pembuat petisyen dan isu yang dibawa pun sama penting juga. Jadi jika anda mahupun petisyen anda berkesan, gunakan rangkaian perhubuangan dengan organisasi sosial lain untuk bantu anda. Dengan cara tersebut, anda akan menjangkaui lebih ramai orang untuk menyatakan sokongan mereka (dengan menurunkan tandatangan).

Bukan senang nak menggubal undang-undang ye korang. Jadi tak semestinya wujud sesebuah petisyen nakkan kerajaan ubah perundangan, bererti kerajaan kena berbuat demikian hanya kerana ada sekelompok orang yang minta. Banyak benda yang kena dipertimbangkan lagi…

Via Giphy

Tapi korang masih boleh cadangkan beberapa perubahan kat kerajaan Malaysia dengan kaedah yang lebih berhemah, iaitu dengan bekerjasama dengan persatuan sosial lain. Dengan cara tu, petisyen korang akan lebih bermakna dan penting untuk disampaikan hingga ke peringkat kabinet.

Boleh guna petisyen sebagai saluran rakyat dan kerajaan…

Petisyen ni pun boleh jadi saluran supaya rakyat dan pihak kerajaan dapat mengenalpasti isu-isu yang perlu diselesaikan. Baru-baru ni, kerajaan dah sediakan sebuah platform sesawang untuk Belanjawan 2020 dulu dan mengalu-alukan cadangan rakyat.

Mungkin kita boleh pertimbangkan cadangan sistem petisyen awam dalam talian sepertimana yang dilakukan oleh Amerika Syarikat, ‘We The People’. Kalau sesebuah petisyen tu dapat sokongan ramai dan dapat lebih dari 100,000 tandatangan dalam masa kurang dari 30 hari, maka pihak kerajaan akan respon cadangan dari petisyen tersebut.

We The People White House
Sistem petisyen terbuka untuk warganegara Amerika. -Via UPI.com

Kami setuju kalau sistem macam ni dibuka untuk warganegara Malaysia, lagi-lagi bila kita pun dah ambil serius pasal Undi 18. Jika nak lebih selamat, kita boleh ketatkan syarat-syarat nak buat petisyen tu agar ia tak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top