Isu video panas menteri kanan, nampaknya ramai yang luah rasa muak

Tengah kita sibuk menyambut Aidilfitri, tiba-tiba ada satu kontroversi politik yang buatkan orang lain lupa tentang isu-isu lain, termasuklah tragedi kematian beberapa orang asli di Kelantan. Kontroversi ni tak lain tak bukan, tersebarnya video dan imej mirip seorang menteri. Kebanyakan rakyat Malaysia ni bila sebut pasal benda-benda gini memang laju diorang nak ambik port. Apa lagi benda yang lebih seronok, kalau bukan bincangkan aib orang secara terbuka kat media sosial? Boleh dikatakan seharian ni, kami tengok orang dok bincang benda ni je. Padahal banyak lagi benda lain yang perlu diberikan perhatian.

Ramai yang terkejut apabila Haziq buat pengakuan

Sebenarnya benda ni dah kecoh beberapa hari lepas, kami pun ada je dimasukkan dalam group WhatsApp yang tayangkan imej yang bukan-bukan. Tapi kami terus bla, sebabnya benda-benda macam ni kalau dilayan akan menjadi-jadi. Kita dalam era Malaysia Baharu kot, buat apa nak layan video-video macam ni, terang-terang taktik nak jatuhkan orang secara pembunuhan karakter. Lagipun, euw, geli.

Cuma benda ni jadi panas balik, apabila seorang mamat yang bernama Haziq pergi buat pengakuan yang sebenarnya dalam video tu – adalah dia. Agak dramatik jugaklah pengumuman yang dia buat. Sebijik macam orang nak buat pengumuman tarikh hari raya. Apabila mamat ni dah buat pengumuman, kecohlah. Dia bukan setakat mengaku yang dia menjadi rakan sekatil Azmin, tapi dia juga kata yang Azmin ni pemimpin yang tak layak jadi memimpin dan terlibat dengan rasuah. So, dia minta SPRM siasat Azmin. Kami terfikir jugak, kalau betul dia macam tu, apasal mamat ni nak beromen dengan Azmin?

 

Bagi yang tak tahu siapa Haziq Aziz, dia sebelum ini merupakan seorang aktivis pelajar dan aktif dalam PKR. Dia telah dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Shamsul Iskandar, Timbalan Menteri Industri Utama pada Januari lalu. Kami pun tak tahu kenapa mamat ni berani sangat nak mengaku yang dia dah lakukan homoseksual dengan seseorang yang begitu terkenal. Biasanya orang akan tutup aib dia, tapi dia pilih nak umumkan kat ramai orang. Harap-harap nanti dia beritahulah sebab dia berani gila-gila macam ni.

Via FB

Haziq ada sejarah yang lama dengan PKR. Ketika kat Universiti Malaya, Haziq menjadi pengasas dan presiden sayap pelajar PKR, Mahasiswa Keadilan, pada tahun 2012. Dia juga menyertai Program Mahasiswa Antarabangsa Fulbright. Ada jugak dakwaan dia ni ada kaitan dengan parti PBB kat Sarawak, dan jadi pembantu YB Nancy Shukri kat Sarawak. Cuma ada penafian tentang benda tu.

Ini antara pengakuan dia yang paling berani mati…

“Saya Haziq Aziz, dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama ***** ***  dalam video yang telah viral semalam. Video tersebut telah diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei semasa pilihanraya kecil Sandakan di bilik Azmin di Hotel Fourpoint. Saya menggesa SPRM untuk menyiasat ***** atas tuduhan korupsi. Dia bukanlah individu yang layak untuk menjadi seorang pemimpin” – Haziq Aziz

Banyak pemimpin politik kecam aksi macam ni, termasuk pemimpin pembangkang

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kata kerjaya politik sebagai satu bidang yang sukar dan ‘busuk’ susulan penyebaran video seks yang dikatakan mirip seorang menteri.

“Politik ialah profesion yang sukar. Ada kala ia kotor. Ada kala ia sangat kotor. Hari ini ia busuk sebusuknya (Today it stinks to the high heaven). Jika anda terlihat berita buruk berkenaan politik kita hari ini, alihkan pandangan. Hal seperti ini semakin marak apabila diberi perhatian,” katanya menerusi laman Instagram miliknya

Busuk. Via Giphy

Nampaknya Parti Keadilan Rakyat (PKR) pun dah buat meeting pasal benda ni. Semalam diorang kata menolak budaya politik macam ni sekeras-kerasnya. Diorang jugak minta supaya pihak berkuasa segera lakukan siasatan yang teliti berkenaan dakwaan ni. Walaupun dalam meeting tu dikatakan Azmin Ali tak datang, Anwar kata diorang dah adakan perbincangan berkenaan isu ni.

Azmin Ali pun nampaknya dah keluarkan kenyataan yang kata semua benda ni tak betul. Katanya ia adalah satu taktik untuk jatuhkan dirinya, dan dia akan gunakan jalan undang-undang untuk ambik tindakan dengan dalang penyebaran imej dan video tu. Agak-agaknya, siapa yang jadi dalang dalam kes ni?

Moga benda ni cepat selesai, dan kita boleh fokus benda lebih penting

Apa yang tak best apabila isu-isu skandal macam ni keluar, banyak benda lain yang lebih penting akan terabai. Macam yang kami cakap awal-awal tadi, ramai yang suka ambik port isu yang libatkan aib orang. Sepatutnya kita tak layan taktik-taktik murahan macam ni, dan terus desak kerajaan untuk pastikan diorang buat kerja dengan lebih baik untuk kebaikan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *