Kejayaan Dr Masliza buat seluruh rakyat Malaysia berbangga, itulah semangat “kekitaan”

F32
Kejayaan Dr Masliza buat seluruh rakyat Malaysia berbangga, itulah semangat “kekitaan”

Sama ada kita sedar atau tidak, sebagai rakyat Malaysia; kita sebenarnya hidup dalam satu keluarga yang besar. Korang masih ingat tak tentang isu nasi lemak dulu? Disebabkan kita rasa ia adalah makanan yang jadi “makanan kebanggaan” Malaysia, kita marah apabila ada orang yang kritik secara tak berasas. Ini cuma contoh mudah tentang kebersamaan rakyat Malaysia dalam hadapi isu-isu yang melibatkan negara.

Ia sama jugak kalau ada rakyat Malaysia di luar negara yang tengah berjaya atau buat sesuatu yang mampu buat kita rasa bangga. Walaupun kita tak kenal orang tu siapa, oleh kerana di warga Malaysia, kita pun akan tumpang berbangga. Sebab itulah kami kata, hidup sebagai rakyat Malaysia ni macam satu keluarga yang besar. Semangat kekeluargaan ni sepatutnya terus diamalkan, termasuklah dalam isu-isu yang kita berbeza pandangan.

Dr Masliza Mahmod lakar sejarah sebagai wanita pertama Malaysia sebagai prof. madya bagi perubatan kardiovaskular di Universiti Oxford

Beberapa hari lepas ada ahli “keluarga” kita yang buatkan kita semua rasa bangga. Dr Masliza Mahmod lakar sejarah sebagai wanita pertama Malaysia yang dinaikkan pangkat sebagai profesor madya bagi perubatan kardiovaskular di Universiti Oxford, United Kingdom. Kami rasa Universiti Oxford ni tak perlu doperkenalkan lagilah, sebut je pun kita dah rasa gerun; kerana terkenal dengan beberapa ahli akademik terkenal di peringkat global.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah turut ucapkan tahniah kepada Masliza atas kenaikan pangkat tu, dan akui kebijaksanaan dan pencapaian hebat Masliza sebagai pakar kardiologi.

“Beliau sememangnya seorang pakar kardiologi yang bijak dan meskipun berdepan pelbagai kesulitan serta cabaran, ketabahan dan minat mendalamnya dalam penyelidikan klinikal menjadikan beliau seorang pakar kardiologi akademik yang ulung. Tiada apa yang boleh menghalang beliau untuk terus melangkah ke tahap lebih tinggi. Kita amat berbangga dengan pencapaian beliau… ,” – Dr. Noor Hisham, melalui hantaran Facebooknya

Congratulations to Dr Masliza Mahmod, she has been been promoted to Associate Professor of Cardiovascular Medicine,…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Jumaat, 10 Julai 2020

Menurut Jabatan Perubatan Radcliffe di Universiti Oxford, penyelidikan Masliza berfokus kepada penggunaan pengimejan resonans magnetik kardiovaskular (CMR), teknik spektroskopi bagi pengesanan awal kelainan jantung serta mencari rawatan baru untuk pesakit kardiomiopati, kegagalan jantung, penyakit injap aorta dan diabetes mellitus. Kami pun sebenarnya tak faham sangat kajian ni pasal apa, tapi yang pasti ia penting untuk membantu pesakit.

Pening kepala baca tajuk kajian tu. Via Giphy

Doktor yang berusia 47 tahun dari Batu Pahat, Johor itu kini menganggotai Jawatankuasa Pemandu Pasukan Petugas Penyelidikan Kegagalan Jantung British Society of Cardiovascular Magnetic Resonance (BSCMR). Ahli Royal College of Physicians (MRCP) dari London tu ada Ijazah Sarjana Perubatan Dalaman (MMed) dari Malaysia dan ijazah perubatan awal (MBChB) dari Universiti Otago, New Zealand.

Yang di-Pertuan Agong turut ucapkan tahniah kepada Dr. Hasliza, kata dia merupakan sumber inspirasi untuk rakyat Malaysia

Pencapaian yang diperolehi oleh Dr. Masliza ni turut mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (YDPA). YDPA kita zahirkan ucapan tahniah kepada Dr Masliza Mahmod, susulan pelantikannya sebagai profesor madya bagi Perubatan Kardiovaskular di Universiti Oxford, United Kingdom (UK), baru-baru ini.

Istana Negara dalam satu hantaran menerusi Instagram kata, Seri Paduka turut zahirkan rasa bangga atas kejayaan Dr Masliza yang melakar sejarah sebagai wanita pertama Malaysia dilantik ke jawatan itu di universiti yang berprestij.

“Al-Sultan Abdullah turut berbangga kerana kejayaan Dr Masliza yang mengharumkan nama negara di persada dunia. Seri Paduka menzahirkan harapan semoga pencapaian dan ketabahan Dr Masliza menjadi sumber inspirasi dan teladan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing di dalam negara, mahupun di persada dunia,” – Seperti yang dilaporkan Berita Harian

Header En 0901 Easy Guide Facebook Marketplace
Via Astro Awani

YDPA kita turut ucapkan selamat maju jaya kepada Dr Masliza dan doakan semoga dirinya dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan dalam bidang kardiologi dan sebagai seorang pakar kardiologi yang ulung di dunia. Macam kami katalah, apabila ada rakyat Malaysia yang berjaya di luar negara, semua pihak tanpa mengira darjat akan ucapkan tahniah dan rasa bangga dengan mereka.

Rasa bangga ini kita kongsi bersama, sebab itu kalau gaduh pun, pada akhirnya kita sepatutnya kembali berbaik

Sebenarnya dalam peristiwa ni, ada benda yang kita boleh pelajari. Pada akhirnya, walaupun dalam isu-isu tertentu kita akan bergaduh sesama kita; tapi ia tidak sepatutnya menghancurkan rasa kebersamaan yang ada dalam kalangan rakyat Malaysia. Dia macam ini lah, kat rumah, ada masanya kita memang akan bergaduh dengan adik-beradik kita kan? Lepas beberapa jam merajuk, akhirnya kita akan berbaik semula. Jadi marilah kita berbangga dan jaga keharmonian yang ada kat Malaysia!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top