Kerajaan laksanakan PKPB di beberapa tempat, ini perkara yang korang perlu tahu

F1

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali pertama yang dilaksanakan pada Mac lepas adalah satu tindakan yang kita boleh fahami. Keadaan tu berlaku kerana kita berada dalam fasa ‘kejutan’ – dengan kerajaan yang baru berubah, dan buat kali pertama menghadapi pandemik dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi, tempoh ‘bertenang’ diperlukan untuk merancang strategi.

728 X 90

Kita bayar harga yang mahal dengan PKP kali pertama; ramai orang kehilangan pekerjaan, perniagaan mula menggulung tikar mereka, dan cerita rakyat terputus bekalan makanan menjadi normaliti. Setelah tujuh bulan PKP buat kali pertama dilaksanakan di Malaysia, sepatutnya kerajaan sudah memiliki strategi dan perancangan yang jelas untuk menghadapi pandemik kali ini.

Semalam kerajaan umumkan PKPB untuk beberapa tempat, ini benda yang korang perlu tahu

Semalam, kerajaan laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula dari 14 Oktober sehingga 27 Oktober ini. PKPB ni turut dilaksanakan di seluruh Sabah hingga 26 Oktober ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kata, keputusan tu dibuat selepas dapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ambil kira peningkatan kes serta penularan yang berlaku seperti di Klang, Petaling dan Gombak.

Antara aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah pergerakan keluar masuk atau merentas daerah. Cuma, untuk pekerja yang perlu merentas daerah, diorang kena tunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan. Selain tu, hanya dua orang je dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk beli barangan keperluan. Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.

Moga PKPB yang dilaksanakan ni tak akan ambil masa yang terlalu panjang. Via Giphy

Masjid dan rumah ibadat bukan Islam pun ditutup, selain semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tak dibenarkan. Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.

Ketika pengumuman PKPB dilakukan, MB Selangor terkejut kerana ia datang secara tiba-tiba

Ketika kerajaan kita umumkan PKPB, kerajaan Selangor kata pihaknya terkejut dengan keputusan untuk mengenakan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB). Menurut Menteri Besar Selangor, hanya beberapa daerah di Lembah Klang yang catatkan jumlah kes Covid-19 yang membimbangkan.

 

Katanya pengumuman PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mengejutkan kerajaan negeri Selangor kerana keputusan mesyuarat tu tunjukkan hanya Klang, Gombak, Hulu Langat dan sebahagian Petaling yang ada bilangan kes yang membimbangkan.

Kerajaan Selangor katanya melihat ada beberapa cadangan tertentu yang boleh dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk dipertimbangkan. Ia termasuklah pandangan bahawa beberapa kawasan yang masih dikategorikan zon hijau dan kuning seperti Sabak Bernam dan Kuala Selangor masih terkawal.

5f84478f35a3283fc5df665b Amirudinshari Com 12 Okt Stfc Mukim Ib
Ini merupakan taburan COVID-19 di Selangor, semalam. Via Website MB Selangor

Amirudin turut berkata kerajaan negeri berharap semua pihak bersedia dengan perubahan ini agar sama-sama berjaya mengawal penularan wabak Covid-19.

“Kerajaan negeri juga sangat menghargai komunikasi krisis yang lebih efektif dan konklusif melibatkan semua pihak agar sebarang ketetapan yang diambil tidak menghasilkan sebarang bentuk ketidaktentuan pelaksanaan yang akan memberi impak kepada petugas barisan hadapan, rakyat lebih-lebih lagi pengusaha industri kecil dan sederhana,” – Amirudin Shari, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Salah satu persoalan yang susah dijawab, kenapa tak lakukan PKPB pada awal September dahulu?

Secara jujur, kami pun pening dengan PKPB yang baru dilaksanakan ni. Untuk Sabah, kami faham – walaupun kami kena cakap; kita sebenarnya dah terlambat nak buat PKPB di Sabah. Sepatutnya semasa kes COVID-19 melonjak naik pada awal September di Sabah, beberapa kawasan di sana dah kena mula melaksanakan PKPB. Malangnya, kerana ada PRN Sabah, hal itu tak terjadi.

Ada jugak yang kata; pelaksanaan PKPB kat KL, Selangor dan Putrajaya ni untuk halang tindakan Anwar yang akan bertemu YDPA pada hari ini. Itu apa yang orang cakap je lah, kami pun tak tahu kebenaran dari cerita ini. Apa-apa pun, kami harap korang tetap berdisiplin dan amalkan SOP yang telah ditetapkan, jangan jadi maca ahli politik yang suka langgar SOP sesuka hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *