Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
F1
Isu SemasaIsu TularPolitik

UMNO pertimbang tarik diri dari Perikatan Nasional? Adakah akan ikut Anwar?

By Subeditor
October 14, 2020 3 Min Read
Comments Off on UMNO pertimbang tarik diri dari Perikatan Nasional? Adakah akan ikut Anwar?

Semalam Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi ke Istana Negara untuk hadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Setelah bertemu dengan YDPA, Anwar sempat menurunkan tingkap cermin kereta sambil melambai dan tersenyum kepada petugas media di pekarangan pintu 2 Istana Negara.

728 X 90

Pertemuan tu dikatakan untuk mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya seperti dinyatakan ketika sidang medianya pada 23 September lepas.

Anwar yakin dapat sokongan majoriti MP, cuma minta YDPA diberikan ruang untuk menggunakan budi bicara

Setelah berjumpa dengan YDPA, Anwar adakan sidang media. Ketika sidang media tu, dia kata dah dapat sokongan lebih 120 Ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan. Katanya, dokumen sahih mengenai majoriti kukuh dan meyakinkan daripada Ahli Parlimen menyokongnya sudah dipersembahkan kepada YDPA.

“Saya pohon semua pihak beri ruang kepada Agong menunaikan tanggungjawab mengikut lunas Perlembagaan dan budi bicara untuk menelaah dokumen dan memanggil ketua parti mengesahkan (dokumen). Ini bukan soal kemenangan tetapi memohon kita dapat tegakkan negara yang adil, maju dan adil. Jaminan tentang hak tetap terpelihara,” – Anwar, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Anwar turut mendakwa kerajaan yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini dah jatuh. Dalam sidang media tu, Anwar turut beri jaminan akan keluarkan senarai Ahli Parlimen yang menyokong dirinya. Kalau ikut dari sidang media Anwar ni, dia cukup yakin untuk mengatakan kerajaan yang ada pada hari ini dah kehilangan majoriti.

Beberapa minit selepas sidang media Anwar, Istana Negara dia tak bagi senarai nama

Cuma, beberapa minit selepas Anwar adakan sidang media, YDPA katanya tak terima senarai ahli-ahli Parlimen yang menyokong Anwar Ibrahim dalam majlis menghadap di Istana Negara. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin kata, dalam sesi menghadap itu Yang di-Pertuan Agong telah memberi beberapa nasihat kepada Anwar. Antaranya kena ikuti jalur Perlembagaan.

https://www.facebook.com/IstanaNegaraOfficial/posts/219136779636860

“Dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan jumlah ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau. Walau bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut. Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” – Kenyataan Istana Negara

Menariknya, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li dikatakan turut pergi jumpa YDPA, semalam. Cuma, sama ada dia datang untuk nyatakan sokongan atau bantahan terhadap hasrat Anwar Ibrahim masih lagi misteri. Menurut sumber yang dilaporkan oleh Sinar Harian, selepas ini beberapa pemimpin utama parti politik negara akan dipanggil ke istana.

Semalam ada satu surat rasmi yang tular, katanya UMNO sedang mempertimbangkan untuk Perikatan Nasional kalau syarat-syarat yang diorang yang mintak tak dipenuhi. Keadaan ini sebenarnya memberi gambaran yang ada masalah dan pergesaran yang tengah berlaku di kem Perikatan Nasional. Kata orang kita, kalau takde angin, takkan pokok akan bergoyang kan?

Umno
Via Sabah Post

Cuma, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ‘mengunci mulut’ ketika ditanya sama ada diorang sokong Anwar atau tidak.

“Ada ke sebut begitu (dalam kenyataan media Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO),” – Ahmad Maslan, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Dia kata macam tu ketika ditanya sama ada UMNO telah berikan sokongan kepada Anwar susulan parti itu mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apa yang akan berlaku beberapa hari ni akan tentukan masa hadapan negara kita

Apa yang kami boleh katakan – sekarang adalah masa untuk YDPA menyiasat sejauh mana kebenaran jumlah majoriti yang didakwa Anwar. Apabila YDPA mula memanggil wakil-wakil parti politik, ia bermaksud sesuatu yang serius tengah berlaku. Walaupun Anwar dikatakan tidak membawa senarai nama ke istana, kita kena ingat – YDPA cuma memanggil wakil-wakil parti setelah Tun Mahathir meletakkan jawatan. Dalam erti kata lain, wakil parti dipanggil setelah kerajaan runtuh.

Ia adalah masa-masa yang mendebarkan untuk rakyat Malaysia. Cuma, seperti yang dinasihatkan YDPA semalam, kita juga perlu berusaha untuk meratakan semula lekuk jangkitan COVID-19 di Malaysia. Apa-apa pun, kita lihat nanti bagaimana semua drama ini akan berakhir. Untuk rakyat biasa macam kita, kita teruskan hidup macam biasa.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
F1
Previous

Kerajaan laksanakan PKPB di beberapa tempat, ini perkara yang korang perlu tahu

F1
Next

Macam mana pulak syarikat insurans ni boleh dapat keuntungan? Ini caranya

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme