займ срочно

Lepas 18 kali fikir nak tulis artikel ni, akhirnya pada kali 19 kami tulis…

S1
Lepas 18 kali fikir nak tulis artikel ni, akhirnya pada kali 19 kami tulis…

Minggu ni kecoh dengan seseorang jejak ‘hot’ Malaysia – Da’i Farhan. Dia katanya dah menolak 18 kali lamaran daripada wanita, cuma untuk kali ke-19 di tak terdaya nak tolak; sebabnya dia dipinang di hadapan Kaabah.  Perkahwinan kali kedua pendakwah bebas Da’i Nik Farhan semakin jadi buah mulut orang apabila dia mengesahkan mengenai khabar angin dah ceraikan isteri pertamanya Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nurul Ain Mat Aris.

Dia ceraikan Fatin dengan talak satu menerusi rakaman suara pada aplikasi WhatApss pada tengah hari Selasa. Bagi yang tak tahu, isterinya tengah sarat mengandung…

Bekas isteri pertamanya ada buat penjelasan, katanya nak selesaikan cara baik

Bekas isteri pertama Da’i Farhan ni ada ulas kontroversi yang melanda mangkuk hayun bekas suaminya sebelum dia diceraikan. Dia ulas benda ni selepas mamat tu kahwin dengan janda anak lapan tanpa pengetahuannya ketika sarat hamil anak kedua.

S1
Farhan dan bekas isteri pertamanya. Via BeautifulNara

Masa tu Fatin menerusi kenyataan di Facebook kata; dia terpanggil untuk buat kenyataan sendiri, memandangkan ramai yang tertanya-tanya serta silap buat penilaian kerana dengar kenyataan daripada pihak ketiga dianggap sudah basi.

“Suami saya memaklumkan dari awal hasrat dia untuk berkahwin. Akad nikah yang diadakan di Makkah saya tahu daripada ibu mentua. Tipulah kalau tak kecewa, tipulah kalau tak marah, tipulah kalau tak stres. Saya manusia biasa. Bila tahu saja berita tu, terasa macam hilang arah. Keluarga juga sudah maklum dan kami cuba merahsiakan hal ini,” – Fatin, dipetik dari Harian Metro

Masa tu Fatin ni maklumkan pada Kak Ches yang bukan ahli keluarganya kerana percaya dia sebagai sahabat baik. Perkongsian yang dibuat oleh Ches Al Maliki (Kak Ches) menerusi Facebook tu sebabkan netizen katakan Fatin ni ‘lembik’ sebab biarkan suaminya diperlakukan dia macam tu.

Fatin menambah – soal rumah tangga, sebenarnya diorang dah bertemu mata, bercakap dari hati ke hati, saling bermaafan, sebab benda ni dah dua bulan berlalu.

Sebelum ni Farhan pernah buat laporan polis, katanya dia difitnah…

Selepas je cerita pasal ni viral kat media sosial, Da’i Farhan ni pergi buat laporan polis terhadap beberapa individu yang katanya mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah. Farhan menerusi Instagram kata; laporan yang dibuat semalam itu adalah pengajaran supaya pengguna media sosial menggunakan medium itu dengan berhemah.

S1
Via Mstar

“Alhamdulillah, sudah selesai semalam. Dua laporan polis dan dua tuntutan saman dikemukakan buat si dia dan beberapa pemfitnah tegar di media sosial. Nama mereka pun sudah disenaraikan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dapat mudarat. Semoga menjadi pengajaran buat semua warganet supaya menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak menyebarkan fitnah yang mengaibkan seseorang,” – Farhan, seperti yang dilaporkan Harian Metro

Via Giphy

Benda ni terjadi sebab kenyataan kawan baik isterinya Ches kat Facebook. Disebabkan benda tu, segelintir pihak mulai menyerang Instagram Farhan serta melabelnya sebagai ‘penunggang agama’.

Isu ni dapat perhatian daripada Mufti Wilayah, dia nasihatkan jaga perasaan isteri

Perceraian Da’i Nik Farhan Nik Mohamad dengan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris dapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan.

Menerusi satu posting di Twitternya, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri buat perkongsian semula mengenai hukum menceraikan isteri ketika hamil dan juga cerai menggunakan aplikasi WhatsApp. Menurut Zulkifli, majoriti ulama setuju bahawa hukum menceraikan isteri sewaktu dalam keadaan hamil ialah harus, tidak haram dan tidak juga makruh. Posting berkaitan hukum perceraian yang dikongsi Zulkifli di Twitternya.

S1
Via MStar

“Tapi suka juga kami ingatkan, seseorang isteri yang mengandung akan menghadapi keletihan dan tekanan perasaan memikirkan tentang kesempurnaan bayi kandungannya. Apabila berlaku perceraian, ia akan menambahkan lagi penderitaan dan kesusahan yang terpaksa ditanggung, sekaligus menjejaskan kesempurnaan bayi dan menganggu kesihatan si ibu. Seorang suami yang baik pastinya akan mengambil kira segala aspek dan melakukan semua ikhtiar sebelum melafazkan cerai terhadap isteri,” katanya.

S1
Mufti Wilayah. Via YADIM

Mengenai perceraian menerusi WhatsApp pula, Dr Zulkifli kata talak akan jatuh jika dilafazkan suami kepada isteri sama ada secara jelas sekalipun tanpa niat dan juga secara kinayah (samar-samar) jika disertakan dengan niat. Tiada pengecualian di dalam syarak jika talak berkenaan disebutkan ketika waktu normal, bergaduh mahupun bergurau-senda.

Benda-benda macam ni akan bawa ‘fitnah’ yang besar pada agama…

Sebenarnya memegang gelar ‘ustaz’ ni berat, sebab diorang bawak imej agama. Kalau diorang buat benda yang bukan-bukan, dah tentu diorang dalam masa yang sama burukkan agama. Cuma kebanyakan orang yang ada gelaran da’i, PU atau apa-apa rancangan realiti TV agama, diorang tak boleh disebut agamawan pun. Diorang cuma layak masuk rancangan realiti TV je pun.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top