Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
S1
Isu SemasaPolitik

Menteri kata projek kereta terbang tak guna dana awam, PAC kata sebaliknya

By Subeditor
November 29, 2019 4 Min Read
Comments Off on Menteri kata projek kereta terbang tak guna dana awam, PAC kata sebaliknya

Kami jarang cover benda yang sama beberapa kali, tapi kami rasa ‘kereta terbang’ adalah topik yang perlu dibincangkan beberapa kali. Kalau korang belum baca artikel kami tentang kereta terbang sebelum ni, kami rasa korang patut baca dahulu. Kami pun tak tahu apa sebenarnya ‘idea’ atau ‘motif’ disebalik kereta terbang ni.

Katakanlah ia betul-betul dapat dicipta, tentu sahaja harganya akan mahal, tak pun kos mengambil lesen benda tu akan mahal. Bukankah baik kalau kita perkasakan pengangkutan awam – semua rakyat akan dapat manfaat.

PAC kata kereta terbang guna RM20 juta dana awam, minta ia segera diaudit

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menggesa pihak berkuasa audit pelaburan dana awam sebanyak RM20 juta yang dilaburkan ke syarikat Aerodyne Ventures Sdn Bhd (Aerodyne). Kalau ikut laporan PAC berkaitan projek kereta terbang, jawatankuasa tu maklumkan syarikat tu merupakan sebuah firma swasta yang dikaitkan dengan projek kereta terbang.

S1
Ahli-ahli PAC. Via Parlimen

Menurut jawatankuasa iu, dana disalurkan kepada Aerodyne melalui syarikat dikenali sebagai VentureTech Sdn Bhd (VentureTech), sebuah anak syarikat Malaysian Industry-Government Group for High Technology (Might) yang berada kat bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Walaupun menteri terbabit berkata projek kereta terbang adalah sebuah inisiatif swasta dan tidak menggunakan dana kerajaan, PAC mendapati Might melalui VentureTech meluluskan pelaburan sebanyak RM20 juta kepada Aerodyne. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengesahkan wang tersebut disalurkan dari VentureTech kepada Aerodyne pada 1 November 2019,” – Laporan PAC, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Desakan tu adalah salah satu daripada enam syor yang dikemukakan PAC dalam laporan diorang berhubung projek kereta terbang yang didedahkan semalam. Menteri yang dimaksudkan dalam laporan tu ialah Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang sinonim dengan projek kereta terbang.

Menurut laporan tu lagi, Ahli Lembaga Pengarah VentureTech luluskan pelaburan RM20 juta bagi membangunkan pusat pemprosesan data kat Cyberjaya, pusat penyelidikan dan pembangunan serta ‘perbelanjaan lain ‘termasuk beli beberapa dron’.

Banyaknya duit. Via Giphy

PAC turut sarankan agar perbelanjaan VentureTech dipantau dengan lebih teliti bagi memastikan pelaburan itu hanya digunakan hanya untuk tujuan yang diluluskan. PAC juga cadangkan agar pihak kementerian tu buat kajian dan perancangan teliti sebelum menghebahkan sesuatu projek supaya ia tidak memberi persepsi negatif.

Minggu lepas bukan main kerajaan kata takde dana awam digunakan untuk projek ni

Sebenarnya kerajaan pernah nafikan penggunaan dana awam untuk projek ni. Kerajaan kata tak pernah peruntukkan dana AS$30 juta kepada syarikat swasta untuk menerajui usaha bangunkan teknologi kereta terbang kat Malaysia. Masa tu Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, sifatkan spekulasi liar yang disebarkan kepada orang ramai itu amat tak berasas.

“Tidak betul. Kosong (dana diberikan kerajaan),” – Mohd Redzuan, ketika diasak beberapa Ahli Parlimen pembangkang semasa sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Penjelasan merujuk kepada kenyataan pemaju sistem pengangkutan udara tempatan, Aerodyne Group, yang umumkan satu pusingan pelaburan Siri B bernilai AS$30 juta (RM125.62 juta), diketengahkan pada 16 Oktober lalu.

Terbang macam ni ke? Via Giphy

Bangun mencelah pada sesi jawab lisan, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak), desak perincian mengenai kesahihan dakwaan kerajaan menyalurkan AS$30 juta bagi bangunkan ‘kereta terbang’. Menteri tu jawab;

“Saya ingin mendidik masyarakat, selain memberikan pendedahan mengenai Dasar Keusahawan Nasional (DKN) 2030,” – Mohd Redzuan, seperti yang dilaporkan Berita Harian

S1
Tun M pun nampak terkesima. Via PT Auto

Menerusi dasar tu, dia kata; antara teras strategik yang digariskan ialah pembangunan industri penerbangan, aeroangkasa dan pergerakan udara, termasuk hasrat bina prototaip pertama kereta terbang di Malaysia.

Ramai yang kata kereta terbang tu sebenarnya dron je…

Jelas tak berpuas hati dengan penerangan tu, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) pertikaikan apa yang ingin dibangunkan kerajaan dan dicanang kepada masyarakat ketika ini bukan kereta terbang, sebaliknya sekadar dron.

Tajuddin turut mencelah dan kata: “Menteri Pengangkutan kata itu dron, bukan kereta terbang.”

Mohd Redzuan jawab; kekeliruan berikutan percanggahan pendapat mengenai takrifan kereta terbang bukan isu besar yang harus dipanjangkan.

“Panggillah apa pun. Dron, kereta terbang, vektor atau kereta aeroangkasa, semuanya berbalik kepada mobiliti udara, iaitu sebahagian daripada teras strategik DKN 2030. Masyarakat seluruh dunia tidak menggelarkan dron, mereka panggil ‘flying dummy’ atau AUV (kenderaan tanpa pemandu), justeru kita kena jadi pendengar baik untuk memahami fungsi seluruh industri,” – Mohd Redzuan, seperti yang dilaporkan Berita Harian

S1
Via PanduLaju

Selepas hampir 10 minit saling bersoal jawab pasal kereta terbang, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, usulkan supaya Ahli Parlimen yang mempunyai prasangka terhadap kereta terbang boleh menyertai rombongan ke sesi pandu uji. Paling lawak, sesi pandu uji tu tak dapat kebenaran dan terpaksa dibatalkan.

Idea-idea yang tak jelas macam ni akan burukkan imej Pakatan Harapan…

Kami tak nak kata projek ni tak logik secara total, mungkin ada sedikit baiknya pada masa hadapan. Cuma, untuk saat ni – ada banyak lagi benda-benda lain yang lebih penting untuk difokuskan oleh kerajaan. Contohnya, cuba untuk menunaikan janji PRU14 diorang. Kenyataan yang bercanggah menambahkan lagi imej ‘kencing’ yang ada pada sesetengah rakyat.

Contohnya kereta terbang ni, pada awalnya kata tak guna duit rakyat, alih-alih PAC kata RM20 juta dilaburkan untuk projek ni. Macam mana rakyat tak marahkan?

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
S1
Previous

Buat aksi bahaya selepas peperiksaan SPM, polis trafik tahan 13 orang…

S2
Next

Godfrey Gao meninggal dunia kerana terlebih kerja, macam mana pulak masa kerja di Malaysia?

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme